Wednesday, November 23, 2011

Penat is tired

Alhamdulillah, sudah selamat berpindah ke rumah baru semalam, at least kalau banjir lagi this time insyaAllah takkan kena sebab duduk rumah tingkat 3 atas bukit lagi ni....huhuhu

tapi hamekk kau, seharian sakit kaki tangan pinggang angkara mengangkat barang utk berpindah semalam...penat habis, tangan lenguh sampai rasa macam nak tercabut kott

bulan ini sangat2 busy...boleh dikira dengan jari bilangan hari saya masuk klinik...tskkk...macam mana nak carik patient utk completekan survey seperti yang diarahkan ni??? first week naik bas so memang tak masuk klinik langsung, second week 2 hari je masuk klinik, third week memng masuk tp busy kemas stor yg baru siap renovate & busy buat final order sekali, this week hari ni je masuk klinik, next week pulak 2 hari je, the rest yang tak masuk tuh semua kena balun hantar pergi kursus....kalaulah banyak berkursus tuh sehingga boleh kurus kan bagus...ehh

nak cuti pun tak boleh ni cemana.......arghhh....saya penattt

sekarang saya setiap hari pukul 9 malam sudah pengsan sebab penat terlampau macam kerja buruh kasar...tulaa, siapa suruh locum bila weekend, kan dah takde masa nak berehat...wiken orang cuti bersantai, tapi saya perah keringat....lepas tuh sibuk nak complaint letih...sungguh tak patut

ok lah bye, nak tidurrrr...

-_-''










Wednesday, November 16, 2011

Pepatah melayu

orang melayu pernah cakap 'Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi'

hari ini dalam sejarah, klinik baru banjir...bukan sebab hujan lebat ke hape, klinik yang mereka baru start operasi last week pada tarikh 11.11.11 banjir disebabkan tangki air bocor, mula2 second floor tempat dental banjir, then air dari second floor keluar ikut celah-celah dinding mcm air terjun turun ke first floor kawasan opd, serius macam air terjun tapi ikut celah2 dinding, cuba imagine...

sangat dramatic, dahlah kain mahupun surat khabar takde, makanya chinese paper, bed sheet dan juga langsir digunakan demi mengelakkan air terkena pada soket elektrik pada lantai...naseb baik air tak sampai farmasi, kalau sampai mahu nanges nak alih ubat semua...penat pindah dari klinik lama ke klinik baru pun tak hilang lagi dah kena punggah balik...naseb bukan klinik saya, saya cuma datang relieve staff sahaja..klinik saya masih old school klinik lama lagi....jadi saya hanya lihat mereka kelam-kabut pergi kaup air keluar...

 rumah seorang staff di quaters baru pun banjir, tapi lebih horror sebab dia banjir tahi...ya tahi  atau omputeh panggil stool or feces...blurghhh...saya masih belum pindah ke kuaters baru, maybe next week, tapi esok ingat nk pergi try flush toilet rumah baru tu dulu takut-takut la rumah tu nanti banjir tahi juga...yukss

demikian pepatah melayu "Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi"

jom saman kontraktor!! ahahahaha

Wednesday, November 2, 2011

Lets get moving

pejam celik pejam celik dah masuk november
sekejap je kan???

and so, lets get moving people!!!
bulan ni insyaAllah akan pindah dari rumah sewa sekarang ni ke quaters klinik baru
mungkin lepas raya haji, mungkin lagi lambat sebab air dan api belum masuk lagi
siapa nk tolong aku angkat tv, mini bar, katil, tilam ke rumah baru tingkat 3 tuh
kurus lah aku nanti macam ni
hihi

farmasi pulak tengah renovate skarang
memang haru-biru kelabu cokelat lah klinik sekarang ni
ubat pulak terabur sana-sini, aku nak cari pun tak jumpa mana dah
rimass oooiii, habuk bersepah sebab kontraktor tebuk dinding besarkan stor untuk aku
huahuahua....takpe as long as kau besarkan stor farmasi aku tu
dah siap nanti nk kena basuh klinik pulak, kemas semula farmasi yang dah macam setinggan tu
haishhh