Showing posts with label luahan tah pape. Show all posts
Showing posts with label luahan tah pape. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

kasihan kamu...
dibiar tidak berupdate wahai blog sayang...
tapi saya super busy
busy tahap sampai tidak ada masa mahu bermesra-mesra dengan dengan alam maya
walaupun hujung minggu sabtu dan ahad
maaf ye
harap kamu faham
sekarang, saya sangat penat, tapi ini apa yang saya telah pilih

semoga kita dapat bermesra-mesra alam di kemudian hari nanti
:)

Tuesday, May 10, 2011

MOTIVATED!!!

wah....
hari itu bercerita pasal mood yang baik, hari ini bercerita pula pasal motivasi
engkau dah kenapa macam bersemangat semacam je ni heh sampai perlu buat tajuk secara CAPS LOCK

mungkin terlebih hormon serotonin barangkali

eh...sebelum merepek lebih jauh......nah, ini adalah sebab untuk saya merasa bermotivasi tinggi



its an electronic weighing scale!!!
hahahaha
lama sudah saya mencari kamu, akhirnya bertemu juga kita pada harga yang agak berpatutan

jadi....saya sangat bermotivasi tinggi untuk kehilangan berat badan
dan saya sangat harap dia boleh hilang sendiri secara magis...eh, macam agak mustahil di situ

nah.... gun-chart sudah ada
jadi kamu, sila jangan hot-hot chicken poo 









Thursday, May 5, 2011

Good Mood

selalunya kalau sesi meluah perasaan di sini pastinya kerana saya sedang merasa stress
jarang sekali meluah perasaan gembira
eh, hidup saya ni stress sentiasa ke? takkan tak pernah gembira...hurmm

tapi hari ini
i am in a very very good mood because i am happy
anyone who ask me to belanja them, i'll definitely say yes straight away...that is how good my mood is today
:)))))

why??
i would just say that it has been a very happy smooth week so far
ahhh...i really love my job

but be prepare for next week
as good thing don't usually last long

eh, did i mention i already bought a new broadband
but to my disappointment, the coverage is poor here at my place in segamat
so i switch with a friend of mine who is using another provider, and now i am a happy net surfer
haha

but i don't really go net surfing nowadays
because i am fully occupied watching korean dramas at night
oppa...saranghe!!!
eh, did i spell that correctly

oh...i should stop here before i go crazy telling unnecessary lies things
bye!





Monday, May 2, 2011

I'm coming home

 i have been working more than buruh bangla or buruh indon
even they have their day off on hari Buruh
i haven't had any breaks for 3 weeks, been working back to back since then
had kursus on weekend, then had to work for methadone another 2 weekend

i am done with methadone, luckily another person is going to work on PH tomorrow
so, i would like to sing a song for u guys!!

I'M COMING HOME, I'M COMING HOME
TELL THE WORLD I'M COMING HOME
LET THE RAIN WASH AWAY, ALL THE PAIN OF YESTERDAY

i am still coming home even if there is only a day left for holiday

Friday, April 22, 2011

Nah update sikit

hari ini sedikit stress & pening kepala sebab kena buat pengurusan asset
ishh...aku dahlah tak faham hape kebenda tuh semua, tiba-tiba jadi pegawai aset
surat beranak asset tuh semua tah ke mana
MA dulu yang incharge memang macam tettt...........
sekarang sape susah???
saya juga
ada stress di situ
-_-"

minggu ini tiadalah dapat pulang ke JB kampung halaman 
semuanya gara-gara kamu, kamu dan kamu Mat Don
tidak mengapa, saya pasrah sahaja

dan saya sangat bersabar menanti hari isnin
saya rindu kamu gaji
dari minggu lepas hanya tinggal ringgit malaysia satu ratus sahaja dalam akaun
oleh itu, sudah satu minggu tak makan nasi
ini semua gara-gara sikap belanja melebihi kemampuan
sebenarnya sudah terlebih shopping di langkawi tempoh hari







Thursday, April 14, 2011

No update

dear blog,
i am sorry for neglecting you
you won't be updated because i still hasn't got my broadband yet
and i'll be busy these few days
but the main reason for not being able to blog is because i am internet-less
which lead me to a very early sleep time every night
i used to update u during working hour/ lunch break or weekend at home
but sigh....i won't be home for 3 consequences weeks
due to kursus and methadone

so,
April is really a busy month

see u later!

Friday, April 1, 2011

Hello April

Hello, hello
sekejap je dah April
sekejap ke??  kadang-kadang macam sekejap, kadang-kadang macam lambat kot

will be kinda busy this april, kursus + methadone
eh, dulu saya pernah berbangga kerana hanya perlu kerja methadone sebanyak 4 kali sahaja tahun ini
anda tahu tak rupa-rupanya langit itu tidak selalunya cerah kan....haha

suddenly orang hospital taknak buat methadone lagi
so, we in kesihatan sahajalah, dulu sebab orang hospital tolong buat sekali so dia punya rotation tu jadi lama 
sekarang dah jadi semakin kerap
but still okay sebab once every 2 months sahaja, still manageable

April ni genap 9 bulan ter'campak' ke segamat ni
surat pertukaran pun dah ada dalam tangan ni
tunggu masa sahaja nak isi
surya, ko tolong save kan tempat dkt JB utk aku k..hehe
take time sikit nk fikir the best reason utk letak dalam surat tu
tapi yang sebenarnya saya segan dengan bos saya
rasa macam too soon utk isi
macam belum banyak memberi khidmat di sini, yet saya tak mahu berlama-lama di sini

fening rasa
ok bye
and happy weekend!!


Sunday, March 27, 2011

It is not Fine

Its a FINE country


Location: Tampenis Avenue, Singapore

even parking at u'r own flat area require a parking coupon or else u get FINE 

who does that anyway
no wonder they're a pretty rich country

i know our county won't do that, but i do hope that at least we can apply charges on medicine as it should be
because the way right now, it is not fine
:))

Wednesday, March 23, 2011

kswp vs pencen

help me!!! tah tahu mahu pilih between kwsp and pencen
arghhh
*nyanyi* tak tahu antara dua...lallalala

ye, saya tahu orang ramai cakap ambillah pencen, sebab duit tu masuk macam gaji setiap bulan tapi separuh je la masa kita dah bersara nanti, more secure i guess
sebab kwsp tu macam simpanan je, lepas pencen segebuk dapat ribu-riban
tapi bukit tu kalau ditarah jadi lah landai, lepas tu jadi sungai, kalau nanti lemas susah kot, eh yeke?
paham tak peribahasa yang saya cuba gunakan ni?
kalau pencen dia takkan habes, sebab dia bayar macam gaji bulan2
at the same time kalau op for pencen pun still bole menyimpan sendiri kan, kekonon mcm simpan dalam kswp jugaklah

tapi...tapi...what if i quit from gomen?
what if lah kann, we don't know what the future behold for us kan
sebab sometimes tu i really feels like quitting, penatnya kena kerja
or i quit from gomen, then pergi retail or industry or jadi lecturer tp tu kena further study dulu la
or
what if malaysia got dispensing rite
of cos lah saya dah jadi mata duitan nak pergi buka farmasi sendiri sebelah klinik Dr. Raju, tak pun klinik Dr Tan tak pun klinik Dr. Ali ke
eh saya ada sepupu doktor, sekejap kira ada 1, 2, 3...haa, ada 3 orang
kalau mereka bukak klinik kot2 masa tuh dah ada dispensing rite, bolehlah kita join venture saya supply ubat ye, hihihi
tapi...tapi...mungkinkah kita akan dapat dispensing rite?
kamon lah, indonesia pun dispensing rite tau
or
takpun, kot-kot saya kawin orang kaya ke lepas tuh terus jadi stay-at-home-mum
ohh, mesti bahagia kan masa tuh, duduk relax je dekat rumah, house chores sume maid buat, kata kawin orang kaya, haruslah hire banyak maid kan...haha, lepas tuh bila bosan je keluar shopping atau pergi melancong 

oh well, fikir....fikir....fikir
but i think the last option is the most best-est 
:)



Friday, March 18, 2011

Broadband-less

now i am broadband-less
i have returned the BB back to my friend
it has served me well, thank you

so sekarang tengah fikir should i or shouldn't i go and get myself a new BB
since i'm staying alone in segamat, i used to FB-ing, bloghoping, surfing and chatting every single night before i get mengantuk
yelaa, what else to do kan
tv pun dapat channel tv3 only

if i were to get myself a new BB, i would save myself from a super-boring night life
but if i were not to get myself any, i would save a lot of money from monthly internet bills
okay, call me stingy or whatever
tapi simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan
besides, i do think i can survive my night without internet
errr, lets hope so because i never been far apart from internet before

Monday, March 14, 2011

of weekend & Monday

am finally home after 3 days of short shopping spree in KL last weekend
ahahaha, penat yet had fun
too much of walking-shopping sampai lupa nak makan and kaki sakit the next morning as if i jogged 5km non-stop
okay, perhaps i am just getting old...easily get drained out nowadays
-_-''

has successfully done a major hole in the pocket 
so, please puasa shopping until further notice yea

today is monday 
 luckily i'm on leave to re-energized back my power supply
so people, happy working and lets hope that friday come fast
enjoy your weekdays ahead!!!

last but not least, i would like to express my condolence to the earthquake victims in Japan 
 lets pray for our dear friends there
and may Allah ease their ways and blessed them, insyaAllah 

Thursday, March 3, 2011

Saman Ekor

Saman masih belum settle, hihi, anyway saman saya tuh saman ekor, and it wasn't my fault and i came across this article dekat FB posted by a friend of mine, just wanna share.

KETAHUI HAK ANDA: SAMAN EKOR

OLEH : Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan


Hak terhadap harta. 
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. 

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Marilah sama-sama kita renung-renung dan fikirkan

Monday, February 28, 2011

Move on

February has always been a short month
with 28 days and 29 days once in a 4 years 
but February this year has been the longest one for me
and i'm hoping for a better March
so, lets move on

Monday, January 24, 2011

Just Breath


wannasmile.com
here's for another week ahead
;))

Sunday, January 23, 2011

Astro First

mari sini rapat2 sebab saya nak cerita sikit pasal Astro First


anda rasa malas-malas nak keluar pergi cinema tapi teringin nak tengok movie terbaru??
astro first lah jawapannya
senang je, hanya perlu ke saluran astro 480, kemudian ikut langkah2 yang tertera di situ
tak sampai 10 minit dah boleh tengok
cube kalau kau keluar pergi cinema, nak mandi lagi, siap2 pakai baju, pastuh naik kereta, perjalanan ke sana pastuh beratur beli tiket wayang lagi je dah dekat 1 jam kan
hah...tak payah susahkan diri, tak payah mandi pun dah boleh tengok dah ni, lepas tuh baring2 kuak lentang depan tv lagi..hehe

bayar rm15 pastuh boleh tengok selama 48hours
hah, lantak lah kalau nak tengok berkali2 dari pagi sampai petang pun boleh 
ajaklah jiran-jiran sekalinan kampung datang rumah tengok pastuh charge per head rm2
hahaha

saya dah cuba dah wah wah senang je
tengok cerita ngangkung lagi
anda bile lagi?

happy watching people!!

Tuesday, January 18, 2011

Persistent

I have been persistently write and publish a post each day starting January 1st until today which mean i have been successfully blogging each day without fail for a total of 18 days in a row
so ho-yeah!!!!

tak pernah segigih ini hokeh
selalunye 2-3 hari ade entry then tetibe senyap for few days kekonon busy kalo ade pun just bloghoping and then taraa ade balik entry cinonet 2-3 hari then senyap kembali..and that cycle goes on and on

so, congrates to my dear self for such an achievement
hahahaha
let see how long this 'an entry a day' spirit will last
i bet it may not be that long
*tengok!! awal2 sudah cakap mahu mengalah...ape der*

ok, until then, keep that spirit girl!!!

Monday, January 17, 2011

'How to Make Your Pharmacist's Day'

hari tuh nampak kak dayah post ni dekat fb, so nak copy letak dkt sini pula

'How to Make Your Pharmacist's Day'
  1. Do not demand your prescription gets filled "right away." They understand that your time is precious, but please realize there are others whose scripts are before you. They will do their best to get you out of the pharmacy as quickly as possible. (tolonglah sabar dan sila beratur, jangan potong queue) 
  2. Do not stare at the pharmacy staff or stand right by the counter as they are filling your prescription. This does not make them move faster, and in many cases, it makes them a little nervous or irritated. The last thing you want is for the pharmacy staff to concentrate on anything other than filling your prescription correctly. (ye betul!!! tolonglah jangan bertepek beramai-ramai dekat cermin kaunter tuh macam lah saya ni sedang buat magic show di situ, sangat irritating hokeh!!!)
  3. Please believe the pharmacy staff when they tell you that your prescription has not been called in. Your doctor might have told you that they would call it in, but they are also human. Maybe they forgot, or haven't gotten to it yet, or a ton of other reasons. (blame the doctor, hehe...kesian doktor, mereka penat la tuh)
  4. Do not argue the pharmacy staff about your copay amount. If you have insurance, your insurance company decides what you are responsible for. If you do not have insurance, the pharmacy staff does not set the price. It is set by a corporate office in large pharmacy chains. (bayar singget wat cara cam bayar singget k, plastik tade jangan nak bising, shadap sudah)
  5. Try to be patient if the pharmacy does not have your medication in stock. They do their best, but if a pharmacy have every medication in every strengh, the pharmacy would have to be the size of a warehouse. Yes, there are that many medications in existance. (tolonglah faham kalau ubat tuh takde dan janganlah nak marah2 tak tentu pasal, ingat saya suke2 ke nak cakap ubat takde stok)
  6. Lastly, please do your best to smile. The staff realizes that you probably don't feel the best, but if you smile, you will feel better. And your pharmacy will realize that you truly appreciate their work. (senyum, tak perlu kata apa-apa , -Anna Rafali & Mior Hassan-)

Tuesday, January 11, 2011

AJL 25

ok meh sini nak cite pasal AJL 25 ahad malam lepas
bersungguh2 lah mengadap tv sampai pukul 12 malam tuh nak tnggu result
tapi result macam hape
tak pasal2 tido lambat, kalau tak pukul 10 malam je dah babai ke lala land tuh

pas result kuar je, wahhh
bukan main lagi dkt FB semua berdebat kan
ade yang ckp juri salah tulis result atas ketas lah
ade yang ckp ketua juri tu M. Nasir sebab tuh result cam hape je
ade yang ckp sape yang menang tuh? tak kenal la, or tak pernah dengar pun lagu ni or tolong lah ingatkan aku nama dia. haha.
ade yang ckp Faizal tahir lebih baik bersara lah kalau macam ni
ade yang cakap macam ni aku pun boleh nyanyi bawa gitar pakai baju kurung pastuh menang
ada yang ckp ajl ni patut tukar jadi pertandingan karoke baru betul
macam-macam hal...hahaha
kelakar pun ye

tapi aku memang tak paham ape motif nak nyanyi dalam sangkar tuh
rasenye faizal tahir lebih layak menang
terbaekk lah lagu selamat malam dia tuh, props terhebat, menyentuh jiwa...ececeh

hah.. okeylah.. tak kesah lah sape menang pun
bukannye boleh tarik balik kan keputusan tuh
muktamad kata nyer

tapi opening memang best lah
konsep yang menarik di situ, terbaekk
penutup pun best
dato' siti kalau masuk bertanding tuh konfem boleh menang, suke baju dia yang cunn

shadap not shadap is the best joke ever



Saturday, January 8, 2011

TV3

nak complaint ni, kenapa tv3 tukar waktu siaran slot akasia tuh kepada 7pm - 8pm heh?
kan dulu dah okay 6.30pm - 7.30pm
just nice what, abis je 7.30pm tuh boleh terus solat maghrib
ni pukul 8pm, dah nak ke isya' tuh, kang aku solat waktu iklan kang tak khusyuk plak nanti
haih....ye alasan~

eh, macam mana lah tv3 nak tahu aku complaint dekat sini kan
cemana eh...eh...eh??
okay
bye

Friday, December 24, 2010

bosan plak asik cite pasal melaka kan, so kita tukar
kali ni nak cite pasal kerja

ishh...aku tengah stress ni pasal ubat tak cukup
rasa macam ahhhrghh, tanak pegi keje sebab banyak ubat tade
makan, tido, mandi semua tak kena asyik pikir pasal ubat je
cehh, mengalahkan orang frust bercinta sungguh
pastuh kena bagitau kepada patient ubat tade sangatlah macam tidak best

pharmaniaga, kamu bila nak bagi saya punya stok...asyik ade gangguan bekalan je, ngan aku-aku sekali kena gangguan jiwa la macam ni
hospital plak, kamu bila nak bagi LP item secara penuh, since last month indent byk tak dapat
huarghh

oh, itu sahaja
bubbye