Showing posts with label my days. Show all posts
Showing posts with label my days. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Penat

kenapa ye saya rasa lebih penat dengan hanya duduk diam mendengar sahaja sepanjang hari seperti meeting dan kursus berbanding dengan bekerja sepanjang hari yang memerlukan saya duduk bangun kemudian duduk dan kemudian bangun semula berulang kali untuk filling dan dispens juga bercakap tanpa henti perkara yang sama kepada semua pesakit

kenapa??

mungkin penat sebab meeting semalam jauh ke pontian dan perlu drive sendiri, meeting dari pagi ke petang pula tu
mungkin penat sebab kursus siang tadi memerlukan saya bangun seawal 5.30 pagi dan pukul 6.10 pagi dah keluar rumah lalu fast & furious drive pulang ke chaah dengan matlamat mahu sampai sebelum 7.15pagi...lalu rekod peribadi telah tercipta, pemanduan secara fast & furious membolehkan saya tiba dalam tempoh masa 1 jam 10 minit sahaja. Tapi tak boleh buat selalu sebab bahaya nanti kena saman ekor habis laa. 

okay fine, sendiri tanya sendiri jawab
teknik pengolahan cerita alaf baru
-_-"

Tuesday, March 1, 2011

Saman

seriously saya baru tahu pasal mende alah saman ni last friday
masa tuh ade majlis maulidurrasul tapi budak2 ni cabut jap mase majlis kate nk pi bayar saman
then saya pun dengan bengongnye tanya
'Kenapa nak bayar saman?'
*ok, saman memang sepatutnya dibayar kan*
hahahaha....oh, rupenya ade diskaun untuk bayar saman before 28.2.2011

sabtu tu dekat umah mak pulak kecoh2 nak pegi bayar saman
malam tuh baru teringat eh saya ada satu saman tak bayar lagi la
bijak sungguh

so semalam 28.2.2011 - hari terakhir untuk bayar saman
saya pun pergi la kekonon nak bayar kat pos office
sekali, perghhh, ramainye orang
sume nak bayar saman kottt
pulak tuh sistem jammed sebab ramai sangat orang pakai
tengok betapa kita rakyat malaysia semua suke buat benda last minute sangat2
semua bagi reason baru je tahu, and yes that includes me
wahaha, tulah...lain kali kena rajin sikit tengok berita or baca newspaper
sungguh bagai katak bawah tempurung 

then cuba untuk bayar secara online
tapi nasib kurang baik sebab sistem jammed sepanjang hari
then minta tolong driver bayarkan dekat unit trafik
tapi dia cakap orang beratur sampai ke luar bangunan
thrn tunggu sampai 12tengah malam semalam sebab dalam berita cakap dia extend smpai midnight utk bayar, so tercanguklah saya depan laptop cuba untuk bayar secara online tetapi, harammm, connection dia lembap macam siput sedut.

dan nak dijadikan cerita, misi membayar saman tidak berjaya
T_T

dalam paper ade stated akan blacklist sesiapa yg x bayar saman
and worst they'll wont't allow u to renew license and road tax
risau ni lagi 2 minggu kena renew lesen, bulan April pulak renew road tax
*lap2 peluh sikit*
sigh



Monday, February 7, 2011

I need Holiday STAT

i seriously need a holiday STAT
life has been hectic since banjir last week
been stucked here in segamat 
when others are enjoying & rejuvenating with their long CNY holidays and i am not
i had 4 days in a row of CNY holiday spent in klinik from 9am to 3pm
how's that sound??? depressing isn't it??
i haven't finish cleaning my things yang berlumpur kena banjir
and to make it worse, patients adalah sangat banyak hari ini, klinik banjir dengan patient pula
:((
and ubat masih belum habes kemas since banjir the other day
ubat juga banyak tidak sempat dipacking
and i am on my own since my ppf is on medical leave
STRESS giler kott!!!


Thursday, January 27, 2011

Khamis

mood untuk berblogging sekarang berada di tahap paling rendah
atau paling mudah orang panggil MALAS

siang tadi mentari menyinar gemilang walaupun ade awan hitam berarak kelabu 
makanya, sekarang ini hujan turun mencurah-curah ke muka bumi
air sungai sebelah tuh pasti naik lagi malam ni
jangan dia melimpah masuk ke rumah ini sudah

hujan semakin lebat, internet pula semakin lambat
oleh itu malam ni mari tidur cepat
sudahlah, selamat malam semua~

Wednesday, January 26, 2011

Raining Wednesday




Its been raining the whole day in Segamat since last night and I kinda like it because less patient is coming to the clinic. ;))
Some of the place here in Labis sudah pun banjir which is dekat kawasan Tenang....tadi ade kuar kat berita, and still yet, mereka orang2 kuat politik tetap gigih berkempen duduk bawah khemah hujan2 begitu ada bersepah2 tepi jalan tuh hah saya nampak mase balik kerja tadi
Sungai yang sebelah taman ni pun saya nampak dah naik air tadi, tinggal lagi sikit je nk melimpah, harap kawasan rumah sini tak banjir dan harap chaah juga tak banjir
saya dah pesan dekat ppf yang duduk chaah tuh, kalau air dah naik cepat2 pergi selamatkan ubat dulu dekat klinik nanti...kite dah lah tak cukup bajet nih...heh

hemmm, hujan2 nie paling best ialah tido
bubbye and Selamat Malam Sayang~

Friday, January 21, 2011

Hutan Bandar Putra

Lokasi: Hutan Bandar Putra
Time: 5:30pm - 6:30pm


suddenly je bersemangat waja tau nak berjoggng nih
hehe, mungkin sebab dah termakan secara banyak waktu lunch tadi dengan Mama Surya *cam comel je kan panggil ko mama, hehe*
balik dari lunch tuh pi singgal mall kejap beli sport shoe baru lagi tau
sampai rumah rehat2 jap pastuh pkul 5.30pm kuar balik pegi jogging
wahh, semangat kental gilerr
hehe

 Inilah kawasannya, dapatlah jugak buat 3 round jogging tadi, hurrm, jogging nye 5-10 minit je, pastuh selebihnye berjalan secara laju, hehe. Yelah, takut nanti badan terkejut sebab dah dekat setahun leebih berkarat tak buat senaman berat kan.Teruk sungguh kan. Cemana nk fit begini -_-"

 Baru jogging halfway ada pulak kapal terbang lalu dekat atas kepala bersiap-sedia nak landing kat depan tuh, depan sket dari hutan nih ada landasan kapal-terbang mendarat. Yelah, airport depan sket tuh je hah, kalo joging pun bleh smpai kat airport tuh, dekat bebenar ;)

Jogging2 lagi pastuh ade lagi 1 plane nk mendarat jugak, stop jap snap2 gambar. Haha. Lepas tuh ade lagi 1 plane gak tapi x snap sebab nanti orang cakap kau ni nak joging ke nak snap2 gambar. Lari sket benti, lari sket benti pastuh kuar henpon amek gambar. muahaha

ade aku kesah?

tunjuk sket kasut baru...dan2 lepas beli terus pakai

Budak yang kuheret skali dan dia dengan gembiranya main dekat playground situ

dan sekarang rasa penat, mungkin badan terperanjat, len kali sebelum pape warm up dulu heh, ni main terjah je, mana tak cramp bagai sume

jadi rakan-rakan, mari bersenam!
bersenam menyihatkan badan
;))






Wednesday, January 12, 2011

Kucing

Kucing milik jiran depan yang mana saya selalu rase macam nak culik mereka kerana terlalu comel dan gemukk









miawww....arrrrr
:)

Monday, January 10, 2011

My 2011 Planner

Good Morning and Happy Monday People!!
baru hari ke-10 tahun 2011 
masih dalam mood tahun baru

 Bila masuk tahun baru, first thing yang mesti di buat WAJIB is to mark each Public Holiday on the calendar
senang nak rancang cuti
ye, saya pekerja contoh
^_^


yang pangkah merah tuh: PH
siap pangkah hari isnin sekali kalau PH tuh jatuh hari ahad...ish..
methadone pulak hanya kena kerja sebanyak 4 kali: Bulan Feb 2 kali, Mei dan Dis sekali . Like secara banyak

dan hari pertama bekerja di 2011 pun dah amek CR, macam hantar anak ke sekolah hari pertama pula....tskk
hari ni cuti lagi, esok pun cuti jugak dkt Johor as PH sebab hari Hol sultan johor

Alhamdulillah, murah rezeki banyak cuti
;))

Tuesday, January 4, 2011

How i spent my new year's night

This is the story of how i spent my new year's night
ececeh, bunyi dah macam "Kids, this is the story of How I Met Your Mother" 
tulah, asyik dok tengok How I Met Your Mother kan, tajuk entry pun nak macam tuh jugak

oohh, anyway, crap the story about me tidoq atas katil on my Happy New Year entry when the world celebrates 12am nite on 2011
that one was auto publish because i thought i would already be sleeping by 12am 2011...^_^
well, that was what i usually did for the past previous years
but sometime things just turn as otherwise

................................................................................................................................

my family and i were in KL on 31th of Disember 2010 because my cousin is getting married on 1.1.2011
we stayed at my auntie's place in wangsa maju
went to shah alam on the day to get some stuff for my brother because he is moving out from college to a rented house in seksyen 7
damn, i really missed shah alam

then on the night, we went to my uncle house in melawati to do some rewang
well, not exactly rewang potong bawang cili semua
because the wedding will be held at the hall, so just let the caterer worried about potong all the bawang
its rewang buat doorgift time!!!



we done with the doorgift around 11.45pm, then quickly make a move back to my auntie place with hope that we'll manage to watch the fireworks
and we happily reached home and missed by 2 seconds when the fireworks started



so yeahh, there were few fireworks and we managed to get a clear view of it
the one exactly in front of KLCC was beautiful
but it would be great if we go up to level 20, the view would probably be much nicer there, tapi malasss
this one was taken from level 1 at my auntie's condo
pardon for the low quality picture, DSLR camera yet to buy...ok, let put that into 2011 wishlist....haha

hope u guys enjoy yours too
^_^

Monday, January 3, 2011

Bola dan cuti

saya tahu orang lain dah lama berkurun cerita pasal malaysia menang piala AFF tuh kan
sejak tahun lepas lagi 2010...tengok sekarang dah 2011 pun
:))

anyway, congrates kepada team Malaysia sebab menang piala AFF sekaligus membuatkan PM kita Najib gumbira senang hati, lepas tuh terus declare friday tu as a public holiday...saya sangat sukee tau sampai siap buat status i sayang najib dekat FB lagi tuh...hehe

actually, saya tak tengok pun bola final rabu malam tuh, rumahku di segamat kan hanya dapat tv3 sahaja,
tapii, rakan2 semua wahh bukan main hapdate status dkt fb setiap minit pasal game tuh
so, sekurang-kurangnya saya tahulah team kita menang kan

anyway, ade jugak yang hapdate status pasal pemain2 kita
pasal khairul fahmi la, safee sali laa..macam2
then masa blogwalking i came across blog gf si fahmi ni
chekidaut!!

the next day khamis. pergi kerja budak dekat kaunter tuh dah cakap awal2 esok cuti sebab malaysia menang
tapi saya serious tak percaya sebab malam tuh saya memang tak tengok tv
kate nyer ngadap fb tengok hapdate status bola
bola abes pkul 10 teruslah tidoo kan..haha

"kau nazid muka memang tak boleh percaya"
kesian PPK tak bersalah setelah cubaan menyatakan esok cuti kepada saya gagal
tapi setelah dikonfem dengan PPFku, hah, betullah tuh
haruslah wajib berdesup waktu lunch hour tuh balik labis sekejap, kemas2 barang so that nanti pukul 5 je terus cabut dari chaah kan

dan seperti tahu2 pula, hari ini hari isnin pun saya CUTI juga
hamek kau 4 hari cuti straight
cuti sebab penat lorr
been busy dari khamis lepas, balik dari segamat sampai jb 6.30pm kemudian pkul 8pm dah bergerak2 khas ke KL pula...will update later
dan semalam baru pulang semula ke jb..so hari ni kita mahu rest
tuh, ada 2 bakul baju busuk mahu di laundry kan
ishh...ishh

Happy Monday People
and have a great weekdays ahead!!

Thursday, December 30, 2010

Of 2010

One more day left before 2011 knock in
time flies pretty fast kan?
hope we all did well this year and may next year will be even more better

A.Z.A.M
????????
muahaha....tak perlu lah cakap, buat malu sahaja
kalau ada pertandingan mengotakan azam, mesti konfem aku kalah siap menduduki carta terbawah sekali kot
silap-silap siap boleh disqualified lagi
haramm jadah satu pun tak tercapai
so untuk tahun 2011 ni, kita sambung je lah azam-azam yang tergendala dulu tuh

ohh, cuma nak tambah 1 azam je tahun depan
nak transfer balik ke JB ASAP
pretty please
^_^

sebab segamat bosann gilerr
T_T

dan oh, oh....lagi 1 azam
nak kumpul duit banyak2 tahun depan
:))

last but not least, nak wish happy birthday dekat adik aku
birthday dia hari ni 30/12/... , tahun aku tak ingat, muahaha
Happy birthday!!
baru 14 tahun...kecik lagi...tapi dan meninggi mencapai langit 
ke aku yang comel sangat...hahaha

Itu aku pakai heel, kalo tidak....mesti nampak super comel kan....haha

Monday, December 13, 2010

Hari ini

tak tahu lah hari ni nak marah ke taknak marah
boleh tak aku datang kerja pagi tadi semua ubat prepack habes
terhegeh2 aku  nak kira metformin daonil tuh, patient plak dah la ramai, berduyuuunn tibaa
metformin takpe lagi, ade counting tray...daonil tuh....amek kau...lembapp gilerr aku dispens
ppf aku plak mc
tinggallah aku terkontang-kanting gelabah
pcm piriton voltaren sume abes takde yang dah prepack
arrghh....tak tahu nk marah ke hape ni

dari pagi sampai petang aku x makan langsung, tak sempat kott
dah macam org puasa pulak
naseb la perut tak meragam
bukan salah aku kan sebab cuti seminggu lalu ubat tak sempat nk di pre-pack
huh!

stress macam ni lah buat aku nk cuti selalu
muahaha...alasan terbaekk~

Thursday, November 25, 2010

Rindu mahu oncall

ok, memang bunyi macam tak logik kan
tapi serius weh, aku rindu mahu oncall kerja macam dolu2
tapi dulu asyik mengeluh je sebab selalu sangatt kena oncall dekat hospital tuh
sekarang ni dah tak kena buat rindu-rinduan pulak...gelii kann..haha
sepanjang kerja kat segamat ni tak pernah oncall lagi lah
duduk KK ni setakat kena buat oncall methadone sahaja la
kalau ikut jadual patutnya aku oncall methadone minggu ni
tapi ade orang willing nak kerjakan untuk aku tanpa aku perlu mengganti dikemudian hari...terima-kasih!!
nanti aku belanja ko makan k, tp kena tunggu aku turun segamat laa..hehe
jasamu kukenang...so boleh balik jb esok...hehe

ok...chow.

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali

hari ni ade rajin sikit so aku buat kek lapis cadbury....ohh yummy!!!

in the making...hot from the oven


ok fine, cuma dapat 5 lapis je.....muahaha.....kelakar sungguh...pulak tuh tebal sesangat setiap lapisnye tuh...sebab aku buat setengah adun lagipun saja mencuba..tapi sedappp tauuu..

next time cuba lagi boleh improvee

resepi boleh google sendiri...terima-kasih

ohhh, sebelum terlupa happy deepavali kepada semua penganut yang beragama hindu
HAPPY DIWALI PEOPLE!!!

deepavali tahun ni kita makan kek lapis, maruku illekkk...takde

ok bye
kuch kuch hota hei~
yadaa...yadaaa!!

Friday, October 29, 2010

Another Bad Day

so today just so happened to be my another bad day

as early as 4 am dah terbangun disebabkan mimpi ngeri, mungkin bukan kategori ngeri kot sebab bukanlah ade hantu kejar or jatuh longkang ke, tapi its a dream yg menyebabkan anda tersedar kemudian x boleh tido...get it??

kemudian tersedar lagi around 5 am sebab tetibe rase uterus contraction...ceh...macam nak beranak pulak

dekat klinik, first patient je dah screw up mood aku, dah ade masalah.. i mess up with everything...urghh

then datang lagi sorang komplain2 bawak newspaper nanyang siang pau dengan gambar klinik tersergam indah, ko ingat aku paham tulisan cina ke oii...pastuh kecoh dekat kaunter....sekali lagi buat aku rasa marah

then mereka ade buat kind of makan pagi dekat sini and they forgot to leave some for me...oh yang ini sangat sedih...memang selalu setiap pagi jumaat ade sesi mengaji dan makan...selalu lepas mengaji aku terus makan, tp hari ni x bley nak  mengaji, so bile nak pegi makan tengok dah tade...huwaa...laparr sebab x sarapan...T_T

seharian mengalami period pain

then i had to call hospital nak pinjam ubat, kalau tanak bagi fine xpe, tapi x perlulah anda obviosly annoying ok! i hate u!!

during lunch break balik rumah almost bergesel dengan lori yg bawak kalah ferrari

ahhh...this is life....this is what i've chosen
sabar sahajalah wahai hati

but heyy, i'm home....in JB for weekend retreat yeah
and the happy part is i'll be away from works for the whole week starting tomorrow till the next sunday
its time to get refresh and heals...muahaha

Tuesday, October 26, 2010

G.E.R.A.M

Arghhh, gerammnye dengan hospital tuhh...
x pasal2 sebab diorang, kitorang dkt sini plak kena marah dengan patient dia
patient pe lagi kalau bukan SPUB, aku cukup x suke le kalo diorang SPUB ubat pepelik ke sini, hape ingat sini ade sume tuh ke

Fine, memang tade, dah tuh ko x reti2 nak hantar ke sini
kitorang dah hantar indent untuk ubat pepelik tuh 2 minggu lepas tau!!
tapi setiap kali datang nak amek ubat tuh diorang mesti cakap x siap lagi....ishhh...what the fish!!
kalo dekat dari sini nak ke sana xpe, nih dalam 40km, ko ingat kitorang ni dah tade keje lain suke sangat nak gie sana tetiap hari ke?? Dapat  gie seminggu skali pun dah cukup bagus tau

driver plak ade sorang je, itu pun x boleh berapa nak harap sangat
most of the time pergi by own car, pastuh x bley claim pun duit minyak
x ke nangis ko kalau sebulan pergi 4 kali, cube kire dah dekat 320 km pegi balik ke sana sahaja
minyak dahlah mahalll skang yang oii!!!

Arghhh...geramm...geramm...geramm

Ps: Kalo tatau spub tuh hape gie google, wa takde mood mau terangkan

Wednesday, October 20, 2010

Taufan Megi

Tadi tengok dekat berita dia ada cakap pasal taufan megi
taufan yang melanda filipina dan sekarang dah beralih ke china pulak
sama-samalah kita mendoakan keselamatan penduduk-penduduk di sana
dan bersyukurlah sebab kita ni duduk di Malaysia di kawasan luar lingkaran gunung berapi
wahh, aku masih ingat geografi...mantap

bila sebut perkataan megi mesti ingat mee maggi
ouh, lapar tiba-tiba
semenjak duduk sendirian di segamat ni memang megi itu teman sejati
dulu mase dok umah sana haram x pandang megi

*drool*

ahh, drool lagi
teringat mamak hensem buat megi sedap...bahaha

pics taken from mr. google, maggi aku takde secanggih ni nyerr, aku buat megi siram air panas sudahh, tunggu 5 minit terus ngapp, takde nye kau nak nampak sayur mayur hiasan di situ

okay bye, nak pergi masak air panas untuk siram megi dan dimakan...nyum2

Tuesday, October 19, 2010

Jerebu

when i woke up this morning, i thought its going to be a rainy day because dekat luar nampak gelap seperti mendung berarak kelabu....so i said to myself "sigh, such a gloomy weather to start a day"...hilang semangat hari ni...lagipun i am not feeling at my best this morning, rase macam ade sikit fenin la kepala, mungkin sebab mimpi tah pape malam tadi plus tido lama sangat..pukul 9 malam dah tarik selimut into lala land

so i wait for the rain, but it never comes
mendung yang kusangkakan rupa-rupanya adalah jerebu berarak kelabu
jadi hari ini jumlah pesakit yang berkunjung melawat aku di klinik rata-ratanya diberi saguhati ubat batuk syrup benadryl
ya, ubat paling fofular jatuh kepada sirup benadryl, tab piriton dan juga pcm. sekian

i still remember those days dekat uitm yang mana masa tuh ada jerebu which i can say agak teruk
i think it was back then during my first year...if i am not mistaken la
masa tu ada kebakaran hutan dekat indonesia
memang sangat teruk la masa tuh
pemakaian mask memang satu trend yang wajib bagi setiap pelajar ketika itu
and the happy part came when they announce DARURAT
ish..ish...mestilah darurat sebab asap2 ni tak baik untuk kesihatan kita
kesian paru-paru
sebab darurat maka kami semua dihalau pulang balik ke kampung halaman masing2
masing2 gembira angkut bag

agak-agak esok kalau jerebu dekat sini masih tak berkurang boleh tak aku nak isytihar darurat
so tak perlu kerja...*mari berangan*

Tuesday, October 12, 2010

My first weekend is Segamat

i just had my first weekend here in segamat during the last weekend
tak pernah lagi dalam sejarah sepanjang 2 bulan duduk sini merasa weekend segamat
every week for sure balik...jumaat petang pecut balik jb, dan isnin pagi pecut kembali ke sini

and why did i stay here instead of going back home as i usually did??
cuba teka?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SALAH
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hahaha...
no particular reason actually
cuma mahu temankan cik huda oncall methadone
so that when my turn come, she'll teman'ing' me pulak
and it was a pretty damn bored weekend actually
there's nothing fancy here in segamat
how i wish they have jaya jusco here
*sigh*
btw, if any of the JJ workers are reading this, please laa bina satu jusco di sini ye
thank you..u'r kindness is very much appreciated
hehe
bye.

Thursday, October 7, 2010

29 Syawal1431


tomorrow remarks the end of raya....and still masih ada lagi mereka2 yang buat open house hari ni though tomorrow is the last day...i'll be missing syawal (dah boleh stat pikir next year nak pakai baju kaler ape...hihi)

layannn beberapa kerat gambar sepanjang raya tahun ini...

1 Syawal 1431

2 Syawal 1431

open house by puan surya

makan dan makan..okay, berape kilo naik?? itu rahsiaa...haha

oooh, ni je rupenye gambar yg ade, ekekeke, banyak je gie open house dan raya, tapi x sempat pulak nak amek2 gambar kan, sampai2 je terus terkam lontong ketupat sume x hirau dah camera tu

bubbye syawal~