Saturday, July 20, 2013

Europe Day 4

Day 4: 28 April 2013 : Ahad

Location: Paris

Pagi ni bangun tidur mandi solat breakfast apa yang ada dan terus zass bergerak2 khas mengikut itinerary yang telah kami sediakan. So, perkara pertama yang perlu dibuat adalah membeli tiket perjalanan di Paris. Ada banyak option, and we chose to buy Paris Visitee Pass Zon 1-Zon 5 berharga Euro48. Agak mahal di situ kalau convert ke RM, so jangan sekali2 cuba calculate ye. Haha 

Dia jadi mahal sebab tiket tu boleh cover smpai zon5 yang terletak di luar kawasan attraction. Kawasan attraction is within zon1-3 sahaja. Ini sebab kami nk pergi Disneyland & La Valle Shopping Village yang terletak di zon 5. Tiket ni anda boleh pakai unlimited turun naik train untuk tempoh 1 minggu x silap. Go google for more info.

Metro yang lengang since it sunday. The next monday, super full house

Please spot the Eiffel Tower at the back. It was a freezing cold morning

First place today ialah of course the famous landmark in Paris, Eiffel Tower aku datang!!! Since it sunday, the metro train sangat lah lengang. Jadi berbekalkan peta, kami berjaya sampai ke Eiffel Tower. Ada banyak metro stop untuk ke Eiffel Tower dan aku pun dah lupa stop mana yang kami turun, tapi agak jauh so perlu menapak ke situ.

At first, kami x rancang untuk naik ke atas tower, hanya nak bergambar2 di bawah2 sahaja. But then rasa macam rugi pulak kan. So, we decided to go up. Tiket naik ke atas tower ialah Euro 8.50. Since kami sampai awal, tiket kaunter pun belum buka. Jadi dapatlah beratur agak depan sikit di kaunter tiket. Kejap je lepas tu barisan dan panjang. Kalau nk cepat boleh je beli tiket online, so u can cut the queue nanti, dia ada fast lane untuk tiket bought online. Kalau x beli online, silalah datang awal. 

Dekat sini we met with 2 malaysian, a lecturer datang untuk conferences and her sister tagging along. The best part is, dia ialah lecturer faculty farmasi USM, what a small world it is. And we also made friend with a group of korean uncles tapi tak kasi kami panggil di ahjussi which mean uncles in korean, tapi suruh kami panggil dia oppa which means abang in malay. Haha

The queue getting long at the ticket kaunter

Most left: Malysian we met (x ingat nama), 2 from right ialah korean that we made friend with

The Seine River running along Paris

Dekat atas tower sangat freezing cold sebab hujan rintik2 dah mula turun dengan angin lagi, perghh mengigil. Sekejap je di atas sebab tak tahan sejuk. Oh, before naik atas perlu lalu tight security macam di airport ye kawan2. Dan security guard itu telah buang tin tuna kami, dia cakap x boleh bawak naik atas takut aku baling ke bawah kena kepala org. Apekahh...so terjadilah kejadian kami menahan lapar hari tu. Nanti cerita.

View i Love the most

Lepas turun boleh jalan ke depan sikit dekat kawasan dataran, situ boleh jumpa banyak negro jual keychain eiffel tower. Baik korang beli dgn mereka sbb murah. Dahlah diorang pandai ckp bahasa melayu. Murah, murah...beli..beli... dia cakap dekat kitorang. So, memang pulun beli keychain bayk2 wat sovenier, beg berat sbb keychain & fridge magnet je. Huhu

Boleh beli keychain murah pada mat2 negro yg pandai cakap bahasa melayu ni...murah...murah, beli..beli
Setel di sini around 11 am, terus bergerak ke La Valle Shopping Village. Agak jauh sebab terletak di zon 5. Dalam metro perut dan lapar, tapi tuna dah kena buang. Kitorang ada bawa nasi impit, niat di hati nak buat lunch dgan tuna, tapi at the end, makan nasi impit kosong. So sad...tapi alhamdulillah, perut x gastric walaupun x makan berat. Awal2 lagi dah sumbat gaviscon dalam bag in case of gastric sebab tau dah sini susah nak cari makanan hahal.



The RER train yang kami naik untuk ke La Valle Villgae. 2 tingkat, ohsemm!!


The view along the way together with the sad story of cute nasi impit


Trying to find way to the shopping outlet

La Valle Village which burn a big hole on my purse. Kalau boleh nak berkampung kat sini. 

La Valle Village ni ialah shopping outlet. Semua barang branded dijual pada harga murah. Perempuan kalau gila shopping masuk sini boleh gila sampai pengsan. Dalam kedai Longchamp, Guess, Coach dan lain2, semua wanita-wanita berebut2 beli bag macam dekat pasar malam. Banyak sungguh duit mereka. Kitorang pun beli lah jugak sikit2. Hehe. Tapi sangat worth it. Harga memang jauh beza dengan Malaysia.

Selesai melabur duit di sini around 5pm kitorang terus gerak balik hotel. Solat, makan lepas tu keluar balik, Since maghrib lewat dekat sini, silalah ambil peluang berjalan sehabis mungkin.

Petang tu kami terus ke the Famous Lourve Museum yang ada potret original Monalisa, tapi x masuk pun. Datang amek gambar je. So, layan je la gambar. Malas nak menaip dah ni.

Lourve Museum

The amazing architecture


Statue inside the museum


We don't know what is that. Haha. Di atas tiang sebatang tu ada tulis sejarah dia, tpi x ingat sudah

The gedik pose in front of Arch De Tromphe

Dari Lourve Museum tu kitorang berjalan pergi semua tempat seperti dalam gambar di atas. Nak kata dekat x berapa dekat sangat, tapi boleh basah keti jugak la, haha. Balik semula ke hotel around 10pm, terus pengsan. Kaki sakit tak usah cakaplah, rasa nak tercabut weh. Huhu


So, that the ends of day 4 in Duet Kembara di Bumi Asing. Perghh...English translation is, The Travelling Duo to Alien Planet.


sekian sahaja dari saya, bye

Salam Ramadhan

Dengan ini, saya ingin membuat ucapan
'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa'
walaupun hari ini hari ke 11 kita berpuasa, tapi masih belum terlambat untuk saya sampaikan ucapan ini
orang melayu cakap 'Better late than never'

diharap anda semua mendapat barakah dari bulan yang mulia ini

sekian dari saya 
wassalam