Showing posts with label HOLLAND. Show all posts
Showing posts with label HOLLAND. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

EUROPE DAY 10

Day 10: 4 Mei 2013: Sabtu

Location: Holland

Last day in Europe before our flight back to Malaysia tomorrow...tskk...sedih2...
ape2 pun, last day mesti di spend sebaik mungkin...

Hari ini kami akan ke Zaanse Schans which is a countryside of Holland. Dekat situ boleh tengok and experience windmill, clog shoes, cheese factory etc. Perjalanan dari The Hague ke Zaanse Schans memakan masa dalam 1 jam menaiki kereta. Entrance adalah free cuma perlu bayar tiket parking kereta sahaja.

View adalah sangat amazing Subhanallah, angin pun bertiup kuat dan dingin...layan gambar...post ni akan banyak sangat gambar...please bear with it..haha

Posing dengan tulip yang baru blooming depan rumah dulu pagi2

This is the view that greet us in Zaanse Schans...amazing

Kalau datang naik basikal boleh park di situ
First of all, kami masuk ke clog shoes factory untuk tengok show pembuatan kasut terompah mereka yang femes tuh

So many choices to choose..beli buat sovenier

Maksu & paksu waiting outside sebab mereka dah datang sini berkali2 bawa rombongon cik kiah dari malaysia

Padang ragut biri-biri sekitar kawasan zaanse schans

Kemudian ke cheese factory untuk borong cheese pula

Wide selection of cheese, macam2 perisa ada...pilih jangan x pilih

Price for a cheesesss
Bonding session dengan si kambing

I love the view of canal & windmill...beautiful!!


Inside the windmill..old houses in Holland still have windmill, used to generate electricity & grind spices...bila kipas windmill tu berpusing, roda atas ni pun sama berpusing jugak

These is use to store all the grinned spices

View of another windmill from inside of a windmill
I want to have a house build in area like this

Garage sale from one of the houses in the area

Sesiapa yang ada hobi mengumpul pinggan mangkuk unik antik, this is the place for you


Semua gambar di atas adalah di kawasasn Zaanse Schans, dalam 2-3 jam spend time dekat situ. Kemudian kami bergerak ke Volendam, which is kawasan perkampungan nelayan tapi versi mat salleh punya la. Dalam setengah jam perjalanan dengan kereta dari Zaanse Schans. Dekat sini ada kapal, fish & chips & sovenier shops etc. Jommm

The view captured from inside the car on the way to Volendam


We were so hungry, this is what we had for lunch at Volendam...fish & chip



Done with few shopping in Volendam


Ada flea market before nak sampai ke dari kawasan parking ke volendam area 

A must take foto if u came here in Holland, cuba menjadi orang dutch...we are ducth lady!!!

Godaan shopping bagi kaum wanita...kedai jual france lace..memang cantik buat alas meja, cantik lagi harganya..:))

Berlatar belakangkan kapal-kapal layar

Masa di sini berlaku kejadian di luar jangkaan. Setelah selesai makan fish & chips kami bergeraklah ke kedai foto untuk ambil gambar pakai baju dutch tu. Dah siap pakai baju dutch tu, masing-masing carilah kamera. Kemudian saya pun cari lah ipad saya nak snap gambar kan, tapi x jumpa....waaaaa...rupa-rupanya tertinggal dekat kedai fish & chips...nak nanges dah masa tuh bukan sedih sebab hilang ipad, tp sedih sebab mengenangkan banyak giler gambar dalam tu dari hari first sampai lah hari ni...Ipad hilang boleh ganti, gambar hilang...ko mana boleh putar balik masa semula...T_T

so, maksu terus lari keluar ke kedai fish & chips tu since kami masa tu dah pakai baju dutch tu kan, kang lari keluar ngan baju tu jadi cerita lain pulak...then, dalam 10 minutes gitu maksu balik with my Ipad safe & sound...syukur sangat...orang kedai tu tolong simpankan bila dia jumpa...ni kalau kat malaysia sekejap je tinggal dah hilang kot...huhu

kalau x tak dapatlah nak jamu blog ni dengan gambar2 indah di atas...hehe
so, thats the end of day 10...

Keesokan harinya kami pun bergerak balik ke malaysia flight tengahari 5 Mei 2013 iaitu hari yang sama jatuhnya hari mengundi di Malaysia. So, kami pun mengundi dalam flight ajelah jawabya...haha

sebelum boarding flight, boleh claim refundable tax di airport. Kalau anda shopping banyak jangan lupa minta borang tax refund di kedai tersebut. Tapi dia ada min limit berapa yang korang kena beli baru boleh refund tax. Walaupun korang beli barang tersebut di Paris & London tapi balik melalui Amsterdam macam kami, boleh je refund tax barang yang dibeli di paris & london tu, no problem asal ada borang yang dinyatakan. So, sesiapa yang nak refund tax, datanglah awal ke airport sebab queue untuk refund kaunter tu sangatlah panjang...berbaloi2 sebab kitorang dapat balik dalam rm300++ dari barang yang dibeli tu..faham?? lagi banyak amount korang beli, lagi banyaklah korang boleh refund.

sekian habis cerita melancong ke Eropah...still sampai hari ini rasa macam x percaya that i've been there...seriously tak percaya sebab x terlintas pun berkemampuan untuk jejak kaki ke sana dengan sendiri tanpa group travel tour, just the two of us pulak tu....if we can do it, u can do it too...hehe...thanks to my travelling partner yang memaksa yakinkan diri ini untuk book flight tiket tu...bila dah book tu, everything start from there...yakin dan banyakkan berdoa je...

later i'll share in detail perbelanjaan di sana in one post and some tips

after that akan share pengalaman ke Australia pula...tapi itu x pasti bila pula boleh habis...this europe trip took me 5 months to finish...hehe

bye~


Saturday, May 25, 2013

Europe Day 2

Day 2 : 26 April 2013 : Jumaat 

Location: Holland

Today's Itenerary: Keukonhof Tulip Garden --> Amsterdam City


Masih di HollandRutin dekat sini bangun pagi terus check weather forecast sebab nak estimate suhu brape...lepas tu tengok hari dijangkaa hujann...huarghh...sedihh...tapi xpe, percutian harus diteruskan... lepas sarapan around 8.30 pagi kitorang pergi ke supermarket dekat area rumah maksu. Pergi jalan kaki je, masa ni hujan renyai...perghh...gila gigil habis tak tahan sejuk sangattt..kitorang beli caramel waffle, ni dikira kira mcm makanan tradisis diorang la...sedap, rase manis caramel


Lepas tuh balik semula ke rumah sbb tak tahan sejuk sangat dkt luar. Hari ini mengikut itenerary kita akan ke Keukonhof Tulip Garden & Amsterdam town. Disebabkan maksu nk ikut tapi dia bekerja hari ini, kena keluar lambat sikit la kiranya...maksu cabut awal dari ofis dalam pukul 12 noon. Kehkeh...bos takde kot...ke dia sendirijadi bos...hehe


Dalam cuaca hujan renyai, kami pun bergerak la ke keukonhof garden. Kalau dekat Holland ni trademark dia ialah bunga tulip. So, dekat garden ni banyak gilerr kot bunga tulip dan semuanya cantikk. Sesiapa yang minat bunga memang suke abes la kalau datang sini.

Tiket masuk x pasti berapa sebab maksu bayarkan...hehe...korang boleh google...garden ni dia cuma buka waktu musim bunga sahaja...waktu lain dia tutup, yela kalau winter rumput pun mati, bunga lagilah tak tumbuh kan. Sedar x sedar we all spent dekat 3 hours dekat sini, leka betul tengok bunga. Maksu cakap time ni bunga belum fully bloom sbb winter lambat abes this year, by right kalau ikut kalendar mmg dah sepatutnye blooming dengan cantik la. Kalau datang 2 more weeks maybe baru semua fully bloom kot sebab kalau ikut  weather forecast matahari akan shine bright like a diamond next 2 weeks. 

Maksu presnting the TULIPSS....ini kebun Tulip di kawasan luar, actually dia x open tu public, tapi pandai2 lah korang berhenti sekejap dkt tepi jalan yg sempit tu utk turun ke ladang ini...rugi x ambil gambar di sini
kan dah cakap....cantik sangattttt
Bergambar bersama Gadis Dutch di entrance masuk ke Kuokonhof Garden
Niza bersama windmill & canal di dalam Keukonhof Garden
Merata-rata bungaa
kalau zoom di situ bleh lihat hidungku yang merah akibat suhu yang terlampau sejuk...haha
lagi sekali singgah ladang sebelum balik untuk ke destinasi seterusnya

Lepas habis dekat sini kitorang terus gerak ke Amsterdam City. Kalau korang nak tau, negara ni menghalalkan penjualan Cannabis which is Ganja. Kalau dekat city tu bersepah kedai jual ganja. Ada macam2 bentuk. Ganja dalam candies, biskut, air, roti u name it all semua ada. Tapi aku tak beli la, mampus kena tahan dgn polis malaysia nanti...haha...haramm lagipun weii!! 

tapi chinese friend aku sorang pernah try beli biskut ganja & makan..dia cakap lepas makan tuh syiokk gilerr, bila jalan tuh dia rasa dia jalan terbalik, kaki pijak awan dekat atas, kepala dekat bawah...haha...nasib tak gilerr, itupun dia cuma makan separuh je biskut tu, saje nk try katenyerr...and she's a pharmacist...bagus betul experiment beliau..hehe


Lagi satu, negara ini juga menghalalkan pelacuran...gulpp...all the prostitue yg nak kerja akan menjalani medical checkup, kalau lulus baru boleh jadi prostitue. Kalau deka city ni, kalau korang nak tengok kawasan prostitue silalah pergi ke Red Light District...hanya untuk 18tahun ke atas sahaja...hehe...and guess what?? we all pergi ke red light district...tapi kawasan ni macam scaryy sikit la & x boleh amek gambar, kalau diorang nmpak nnt camera kena rampas...

kalau nak describe, tempat dia dalam satu lorong, lampu dekat lorong tu sumer kaler merah, then kiri kanan akan ada kedai yang ada cermin macam diorang selalu buat display barang tuh, but here, mereka display prostitue la, sume pakai 2 piece je duduk dalam cermin display tu...kirenya, org akan lalu tengok dkt cermin and pilih prostitue mane diorang suka pastu lu pikirlahh sendiri...Jap tempek gambar dari google eh


Ini lah lorong Red Light District. 18SX sahaja
Dalam lorong ada orang dalam cermin...pilih2...ish2..kan dah cakap 18SX
Ok, tutup cerita Red Light District. Selain itu, dekat amsterdam ni, kitorang sempat naik cruise untuk lihat canal sepanjang amsterdam town...kira mcm cruise dkt sg melaka la, tp sini canti sikit lerr...hehe


Kaunter ticket untuk naik Canal Cruise. Dewasa: Euro 9, Children: Euro 5
Sini ada Sex Museum...fuyoohhh
Sejuk sehingga ke tulang sumsum
Boat House. Memang ada orang duduk dalam tu, macam rumah betul, cantik pulak tu.
Inside the cruise
Lepas habis cruising dalam 1 hour jugak lah, we all stop untuk makan. Dekat Holland ni banyak restauran indonesian, tp x semua halal ye. Kena tanya dulu, jangan ko main redah je. Hehe. Sebab dulu orang Belanda datang menjajah bumi Indonesia, so banyak orang belanda kawin dgn indonesian migrate dtg ke sini. Tapi kitorang x makan pun dkt indonesian restoran, kitorang makan dkt restoran pakistan...makan nasi beriyani & roti naan. Kira kedai mamak versi oversea la. Haha

Our Dinner. Nasi Beriyani & Roti Naan

Lepas makan pergi jalan lagi dkt area town beli souvenier sikit lepas tu terus balik rumah.Untuk perbelanjaan di Holland ni tak dapat nak list down la sebab mostly maksu yang tolong bayarkan walaupun kitorang hulur duit dia insist nak bayar, so we are more than happy to accept lah kan.. Hehe

The Happening Amsterdam City

Jalan-jalan cari sovenier


Ok, esok sambung ke negara ke-2 which is Belgium

p/s: ntah kenapa tulisan bengong begitu sekejap ok, sekejap background kaler putih, x reti aku nak edit..so, abaikan ye










Saturday, May 18, 2013

Europe Day 1

Day 1 : 25 April 2013. Khamis

Location: Holland

Today's Itinerary: Den Haag  --> Rotterdam --> Schevenigen Beach -->  Den Haag

Setelah sampai ke rumah maksu di Den Haag, kami cepat2 mandi dan sarapan sekali lagi ^_^ sebab bibik dah masak nasi lemak for breakfast, dalam flight tadi pun nasi lemak jugak...amek kau double dose of cholestrol yg bangus...hehe

Since maksu kerja hari tu, so paksu lah yang bawa kami berjalan. FYI, paksu menjadi penganggur terhormat...hehe...yelah, dia kan mengikut isteri yg bekerja posting ke oversea...so, kalau ada guest datang, dia lah yg entertain.

Around 10am, kita pergi ke Rotterdam, dari rumah di The Hague ke Rotterdam dalam setengah jam driving by car, ape ada di Rotterdam?? Rotterdam ni sebuah pusat pelabuhan yang agak besar dan terpenting di eropah. Banyak kapal berlabuh di sini.  Dan bandar dia banyak bangunan yang unik2, architecture design dia memang pelik2 dan cantik2.

Kami cuma jalan di kawasan bandar dia sahaja & makan lunch dekat salah satu kedai kebab halal. Kebab dia memang big portion, so, nak order jangan tamak k...

Kami singgah di ofis maksu sekejap, saje nak tengok ofis MATRADE di Rotterdam
Cubic shape building
Pencil shape building

Basikal dikira pengangkutan paling penting di Holland, bersepah basikal merata-rata..

Menuju ke kedai kebab mencari makanan tengahari

Itu dia, kedai kebab Al Aviv..yeay!!!
x banyak pun yang kami buat disini, Ada juga shopping mall & banyak jugak brand outlet dekat sini, tapi masa ni mood nak shopping belum mari. Kehkeh....baru nak warm aup katernyee. Lepas makan bagai, kami balik semula ke The Hague untuk pergi the famous Scheveningen Beach. Masa ni cuaca boleh tahan, matahari memang memancar dengan girang sekali, tapi suhu maybe around 10 degree

on way back

windmill di rotterdam
Dekat the beach tu, kami lepak dekat kedai makan, tapi cuma minum air je laa sebab haus gilerr...dapatlah minum fresh orange...kalau beli barang dan makanan/minuman, x perlulah nak convert ke duit RM, kalau convert confirm tak makan lah kau, turun terus 10kilo sepanjang percutian nanti...haha...kalau jalan ke hujung beach sikit sana ada kawasan naked beach...eh..eh...tapi kitorang x pergi pun...haha...rugi x??

dekat beach, cuaca memang cantik...matahari cerah, suhu pun masih boleh bertahan dalam 10 degree celcius

dekat sini banyak kedai makan, mostly seafood sebab tepi beach kan...kitorang stop sekejap di kedai ni untuk menghilangkan  dahaga

haa, nampak tak laut tuh, kitoarang x pergi pun ke laut tu sebab leceh nak jalan di atas pasir pantai yang halus tulus tuh, Laut tuh ialah English Chanel ataupun BM nyer panggil selat Inggeris, dulu kan ada perenang malaysia yg berenang dkt situ..haaa, kalau ko berenang dari sini, sampailah ko ke UK sebelah sana..konfirm beku dalam air laut tuh..haha

burung spesis ni memang bersepah, lepas tuh kita campak ape sume dia makan..tskkk..

Balik dari beach, kami berjalan di kawasan rumah maksu. Kawasan surrounding di situ ialah building kedutaan. Kami berjalan sampai ke Peace Palace. Dekat situ terletaknya International Court of Justice yang mana kes perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia & Singapura dibicarakan.


Intenational Court of Justice, Peace Palace
Ok, itu sahaja untuk hari pertama...kitorang memang x jalan banyak pun, sebab badan masih letih dari flight journey yang lama...mata masing2 dah kuyu je tahan mengantuk, jetlag katerrnyee...yelah, masa ni baru pukul 6pm di Holland, tapi Malaysia dah 12 tengah malam., memang cun waktu tidor lah tu...so terus balik rumah, dinner dan terus tidur tanpa menunggu makanan sempat hadam pun..haha

bersambung kemudian...