Showing posts with label LONDON. Show all posts
Showing posts with label LONDON. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

EUROPE DAY 9

Day 9: 3 Mei 2013: Jumaat

Location: London --> Holland

Hari ini ialah hari terakhir di kota London....sedih...T_T..

since semalam punya plan sudah terkorban, jadi pagi ni kami terpaksa keluar seawal mungkin untuk memaksimakan masa yang ada sebab akan gerak balik semula ke Holland petang nanti dengan train.

Dalam pukul 6 lebih macam tu dah gerak keluar dari hotel...mula2 pergi drop semua luggage dulu lepas check out keluar dari hotel...ya ampun, mahal giler sewa lokar dia, sebab tersilap tengok harga...muahaha...ingatkan harga dia per 24 hours rupenya per item...masa nak bayar total is 51 pound...ngahaha...nganga kau sebab equal to RM250...tskk..things happen...:((...terpaksa bayar dengan muka kelat...Lesson learned: always read instruction twice, more is better.

dalam kesejukan 7 pagi macam tu, kami dah sampai di tower bridge...korang jangan confuse tower bridge dengan london bridge...duduknya memang sebelah menyebelah je bridge ni sepanjang sungai yang sama.

Ini dia map underground London yang memeningkan...ada banyak gile lines train dia...arghh...serabut

Ini lah dia Tower Bridge, London bridge sebelah sana..bezanya, london bridge landai je, takde tower2 macam ni

Then terus ke Eye of London

Dari eye of London tu, kita jalan kaki ke Big Ben & House of Parliament. Jam besar tu panggil Big Ben, sebelah dia tu House of Parliament

Mulut kena rajin minta orang lain untuk ambilkan gambar kalau jalan berdua je...haha

Stall jual sovenier..tapi paling murah boleh dapat dekat area Madamme Tussaud, x ingat lah nama kawasan tu

We are in Madame Tussauds you all!!

Queen pun nak bergambar dengan kami..muahaha

memang ramai orang...berebut2 semua nak ambil gambar dengan orang lilin ni

Jumpa Mahatma Gandhi pula

Then kita ke Oxford Street which is high end shopping street...sempat singgah Harrodz & beli macaron dekat laduree sekali lagi...ketagih agaknye..haha

Nyesal tinggal luggage dekat luggage storage St Pancras Station ni, mahal yang amat!!!

So, memang pack sangat hari ni sebab nak kejar train balik Holland pukul 5pm..so before 4pm dah kena check in dekat station...dekat station tu berlari-lari sebab last minute baru teringat nak return balik oyster kad yang dibeli tu...kita akan dapat balik deposit and balance topup yang ada dalam kad tuh..mengah sungguh main lari-lari dalam station tu..haha..kalau tanak pulang pun xpe nak buat kenang2an, tapi deposit burn la

Train pun bergerak meninggalkan kota London tepat jam 5pm...then masa dekat brussels kena tukar train dari eurotrain ke thalys untuk sampai ke Rotterdam then switch to another train di rotterdam untuk ke ke The Hague...hambik ko, 3 train baru boleh sampai rumah...

the worst part, train masa dekat rotterdam boleh pulak delay almost 1 hours lebih sebab ada somebody nak attempt suicide pergi baring atas landasan keretapi...kenapalah ko x terjun bangunan je weh...haha

at the end kami sampai the hague about 12pm midnight...scary sangat masa tuh...sebab hanya ada few peoples, dahlah station dekat the hague under construction, lagi menambahkan keseraman...huhu...kesian maksu paksu datang pick up kami around 12 midnight tu, rasa macam menyusahkan orang pulak

The Thalys train...ni dekat Staition Brussels untuk tukar train

Ni dah bosan sangat masa tunggu train thalys yang delay tu

Rotterdam train station untuk tukar train intercity ke The Hague, masa ni about 11pm...scary, takde umat manusia...

Akhirnya sampai jugak ke rumah maksu dekat 1 pagi...sampai terus pengsan masing2...letih sepanjang hari berjalan...masih berbaki 1 hari lagi percutian ni, lepas tu dah balik malaysia

sambung lagi nanti.











Tuesday, October 15, 2013

Europe Day 8

Day 8: 2 Mei 2013: Khamis

Location: London

Plan hari ini ialah untuk ke Warner Bros Studio untuk tengok HARRY POTTER!!! yeay!!!
i am a big fan of harry potter k...i bought all the harry potter series, read them, watch them & grew up with them...like seriously

so, untuk ke warner bros studio, ada 2 train boleh naik...1 direct train, 1 lagi train berhenti2...kami sebenarnya nak naik direct train tapi dah tersilap naik train berhenti2 sebab umat manusia terlalu ramai dkt train station tu lalu tersalah platform

x kesahlah janji sampai, bila dah smpai, keluar station pergi ke bas stand sebelah kiri & tunggu shuttle bas untuk angkut korang ke sana

so layan gambar...kalau korang peminat harry potter, mesti tau each picture from which scene

Dalam train menuju ke Warner Bros Studio

Bus Stand tempat tunggu shuttle bas

Yeay, sampai!!

Ticket masuk...we bought online, print & terus ke kaunter untuk dapatkan tiket betul

Dinning table in Hogwarts School of witchcraft & wizadry

Harry Potter's dormitory in Hogwart School

Potion class

The broom stick use to play Quidditch Game

Ini macam rumah Ron Weasley, tak ingat sudah..

Triple decker bus, ko hado???

The bridge
This is how they made the face features of each characters

This is......tak ingat nama...a place to shop in the Harry Potter novel

The details of the model for the movie...impressing

The school castle

Inilah shuttle bas yang akan bawa anda pergi dan balik ke train station for 1 pound sterling


So, bagi peminat2 cerita harry potter, this is an awesome place to visit...hanya mereka yang minat sahaja yang faham the excitement tuh

After done in here, kami bergerak ke Stadium Chelsea...and NO, i am not any football club fanatic, i don't even watch football...tapi temankan niza pergi cari jersey chelsea...ikutkan hati nak pergi stadium MU tapi jauh sangat Manchester dengan London...nak pergi stadium Emirates Arsenal pun x sempat...masa sangat mencemburui kami kot

Stadium chelsea...petang tuh ada game, so agak ramai orang time ni

Habis tour sini kami cadang nak pergi ke London Tower Bridge & Eye of London...akan tetapi nasib tidak menyebelahi kami sebab masa ada kejadian yang tidak diingini telah berlaku.

Mula2 ami sesat sebab x faham baca map underground dia yang memang sangat confusing, x macam metro dekat Paris lebih simepla & senang nak faham...so bila rasa dah sesat, masing2 pun mula la stress, tengah2 nak cari map yang betul, tiba2 niza dah masuk dalam coach sementara aku masih dkt luar, x sempat aku pun nak masuk, train dia dah gerak...bila msg or call x dapat sebab train underground takde line..dapat message sekali je janji nak jumpa dkt station sekian..

tapi bila dah sampai station sekian masih x berjumpa sebab besar kot kawasan tuh, about 1-2 hours jugak kami terpisah sebab x bleh contact each other...mcm mana nk jumpa, aku tunggu dkt atas, dia dkt bawah...call pulak x dapat2

lepas 2 jam macam tu baru terjumpa, itupun secara x sengaja...masa tu memang dah takde mood la nak berjalan padahal baru pukul 6 lebih la camtu...at the end, terus balik hotel je & cari makanan around situ...so itenerary ptg tu terpaksa ditunda ke esok pagi di atas sebab2 yg x dapat dielakkan...

tapi memang memory abes, setiap vacation mesti ada cerita terendiri kan.... walaupun kami terpisah tapi aku x rasa takut sangat pun walaupun sorang2 je masa tuh..entah kenapa tak rasa risau, mungkin sebab dah tahu jalan nk balik hotel kot....Alhamdulillah selamat semua dan dipermudahkan


bersambung ke keesokan harinya....










Sunday, September 22, 2013

Europe Day 7

Day 7: 1 Mei 2013: Rabu

Location: London

Hari ni kami akan ikut tour ke 3 tempat yang terletak sedikit jauh dari bandar London. Tempat yang kami akan pergi ialah:

1. Windsor Castle
2. Roman Bath
3. Stonehenge

Tour ni kami da book awal lagi dari Malaysia. Ada banyak tour yang available, cari je dekat Mr. Google. Beza satu tour ke tour yang lain ialah harga dan pakej. Ada pakej yang untuk pergi 1 tempat je, ada yg 2..tapi yang kami pilih ni 3 tempat. Tour yang kami ikut ialah Golden Tour dengan harga dalam +/-70 pound, x ingat the exact price

So pagi tu, tour akan datang utk pick up kita dekat tempat yang kita dah deal dengan mereka by emel. Pagi tu sangat sejukkk...aku masih ingat tahap kesejukannya sehingga ke tulang sumsum..huhu

Kami arrange dengan tour untuk datang pick up kami di St Pancras International Hotel, x jauh dari hotel kami stay

Dalam tour ni kami sempat berkenalan dengan 2 orang Malaysian, orang Sarawak x silap ataupun Sabah...dah lupa...sorang tuh dental lecturer datang untuk convocation, so pergi berjalan sekali lah.

Dalam bas tour kami

Tempat pertama yang di tuju ialah Windsor Castle. Perjalanan makan masa dalam 1 jam dari satu tempat ke tempat yang lain. View sepanjang perjalanan memang cantik...hijau mata memandang...akan tetapi, aku tido most of the time sebab badan letih sangat berjalan hasil berjalan dari hari2 yang lepas...haha

Admission ticket into the Windsor Castle

Dalam Windsor Castle

Kami dibekalkan dengan benda macam walkman, kau tekan2 je situ untuk dengar penjelasan setiap sudut mengenai Castle nih 


Apa ada dalam castle nih?? Macam-macam ada, tapi sayangnya no photo is allowed inside...so korang tengok dan rakam dalam memori je lah...kami spend about 1 and a half hour di sini...dalam nih ada banyak segment, ada tunjuk bedroom, meeting room, kitchen, hall tempat di mana keturunan raja2 nih duduk...cantik sangat2 especially furniture dia yang unik dan confirm mahal kan

After that, kami kumpul balik di tempat yang ditetapkan dan bergerak ke destinasi seterusnya which is Roman Bath & Pump room...naik je bas kami lunch denan bekal roti yang dibawa, after that sambung tido...selepas lebih kurang sejam sampai la di Roman Bath

itu tour guide kami...
Apa ada di roman bath house ni? Ada kolam air panas yang mana pada zaman dulu2 orang roman buat mandi...alamak, aku fail sikit bab sejarah2 ni...let the pictures do the talking...haha

The roman bath...air warna hijau tu lah kolam air panas, tapi tak boleh buat mandi, banyak kuman weh..


Spotted a man wearing a roman attire
Spend masa dalam sejam jugak dekat sini. Lepas habis tengok kolam air panas ni, kitorang pergi cari air panas pulak untuk diminum..haha...jalan2 jumpa starbuck, masa dekat europe ni hari2 minum starbuck, kalau dekat malaysia, setahun boleh kira berapa kali je dengan jari ni...since cuaca memang sejuk, hot coffee or hot choc is the best i told u...starbuck pulak bersepah dan memang murah kat sini..

menikmati hot chocolate with beautiful view

City of bath, sambil tunggu tour bas sampai
After that sambung perjalanan ke Stonehenge...tempat ni lah yang paling nak pergi sekali...masuk dalam list of 7 wonders..padahal cuma batu-bata je kan...haha...layan gambar please

yeay, sampai sudah di stonehenge

please excuse the mak datin pose by me

sekitar kawasan stonehenge ni ialah padang ragut biri2

kan dah cakap, cuma batu je...haha...akhirnya misteri batu terapung terungkai jua
masa dekat sini paling singkat, walaupun cuma batu je yang ada tapi macam a bit rushing, tak puas rasa ambil gambar, kalau lambat nanti kena tinggal pulak dengan bas, nanges tak sudah....jauh kot kawasan ni, agak pedalaman jugak & takde public transport unless naik kereta or ikut tour

overall, tour ni memang ok & recommended sangat2, tapi a bit pricey jugak...depends pada korang la, pada kitorang, this might be the first & the last one kot datang london, so why not cover these places as well kan..berbaloi2...view memang cantik

lepas habis tout tu kami menuju semula ke kota london...sampai sana around 6pm & terus kami ke bayswater untuk cari Malaysian Hall sebab lapar weh tak makan proper lagi untuk hari ni, cuma lunch roti je kot tadi...kalau nak cari makanan halal, dekat area bayswater ni bersepah2...kedai malaysia pun banyak...orang melayu pun bersepah ok...

sampai Malaysian hall terus order 'nasi goreng kampung I miss Malaysia', ok yg belakang tu aku tambah sendiri...harga memang standard lah harga kota london, ko tak payah lah convert duit RM, janji perut kenyang sudah

habis makan terus balik hotel pengsan..haha

ok, sambung nanti lagi...





Saturday, September 14, 2013

Europe Day 6

Day 6: 30 April 2013: Selasa

Location: Paris --> London

Hari ni hari last kami di Paris. Plan hari ini ialah check out hotel, then drop bag di Gare Du Nord Station dan sambung jalan di paris. Kami akan bergerak ke London jam 5:43pm by Eurostar train.

So pagi tu kami check out hotel & naik metro ke Gare Du Nord Station. Ia merupakan international train station yang mana kau boleh naik train untuk ke mana2 negara lain di europe ni. Sampai sana kami terus cari lokar untuk simpan beg luggage kami. Bayaran adalah sebanyak 9.50 Euro per lokar untuk tempoh 24 hours kalau x silap.

Gare Du Nord Station

Luggage kami, kecik je...yang besar tinggal dekat rumah maksu di The Hague

Setel letak bag, kitorang terus gerak ke Galeries La Fayette which is a very high class & high end punya shopping complex. Mampu tengok je weh, nak beli menangis nak sebab balik malaysia nanti tak cukup duit nak wat lucnh. Haha. So, window shopping la kita kat situ.

Yeay, dah sampai dengan menaiki metro yang efficient

Interior design of Galeries La Fayette, ko tengok betapa mewahnya design dia...x macam shopping complex pung

Shopping la sangattt
Setelah puas mencuci mata dekat sini, kami bergerak dalam misi mencari macaroon. Masa ni rasa macam frust sangat sebab tak jumpa kedai macaroon ni dekat mana. Orang cakap kalau datang Paris mesti rasa Laduree Macaroon sebab sedap sangat. Sesat barat kitorang masa ni. Nak cari lokasi kedai intenet takde. Kitorang kat europe ni tak beli pun dia punya simkad. Kalau di Paris, nak activekan simkad je dah take 3 days baru boleh pakai, so no use la kan.

Menapak je la tanpa hala tuju sebab nak habiskan masa sementara nk tunggu train petang. Tengah jalan2, tetibe boleh pulak terjumpa kedai Laduree tuh, wah...rasa macam nak melompat2 sebab x sangka akhirnya boleh terjumpa jugak.

Akhirnya terjumpa kedai Laduree tanpa sengaja

Wide selection of macaroon with variety of flavors

Desserts....nyum...nyum

Laduree is actually a cafe...tapi saya cuma nak rasa macaron dia yang sedap tu...harga x ingat la berapa, tapi rasa macam +/- 1.5 euro per pieces. Sumpah sedap habis macaron dia, x manis, soft & crunchy at the same time. Pernah rasa yg dkt malaysia punya macaron, ya ampuuun, manis yang amat sangat. Boleh diabetes dibuatnya. Haha

Dalam 3.30 pm macam tu kitorang dah gerak ke Gare Du Nord station semula sebab nak kena check in train awal. After check in, sempat lagi beli perfumes dkt tax free kedai dalam station tu. Train station dia nih dah standard mcm KLIA pulak.

Tepat 5. 43pm, train Eurolines pun bergerak ke London. FYI, dari Paris ke London memakan masa dalam 2 jam sejauh lebih kurang 500km. Kira macam dari JB nak ke Perak kot. Train ni sama laju macam naik flight. Train akan lalu dalam tunnel yang ditebuk di bawah laut yang dipanggil English Channel Tunnel. Kagum weh. Tapi masa lalu bawah laut tu tak nampak pun ikan, sebab lalu dalam tanah bawah laut. Cuma rasa berdengung semacam je. Harga tiket Paris - London by Eurolines adalah Euro 50.

Dalam train...seat dia siap ada meja attach dkt in front seat mcm dalam flight...I is jakunn
After about 2 hours journey, kami pun sampai lah ke St Pancras International Station di London. Suhu di London lebih sejuk berbanding di Paris. Lepas sampai kami terus beli Oyster Card. Kira macam touch & go card untuk memudahkan proses naik transport di sini. Then terus check in hotel. Hotel kami dekat je dengan station ni sebab senang sikit tak payah nak heret bag jauh2.

Di London, kami stay di Meridiana Hotel selama 4 hari. Rate untuk semalam ialah 84 pound sterling per night. So untuk 4 malam, sila kira sendiri dan convert ke duit RM.

Yeay, dah smpai St Pancaras International Station

Meridiana Hotel thay we stayed in
Lepas check in, solat dan terus keluar balik saje nak jenjalan area situ. Masa ni dah dekat 9pm kot, tapi hari masih cerah. Maghrib dalam 9.30pm macam tu. So kalau nak pergi Europe, pergi lah masa hari siangnya panjang, kalau musim sejuk, siangnya pendek je nanti.

Bus merah double decker trade mark London

St. Pancras International St with it amazing architecture
Malam tu kitorang cuma makan maggi. Lepas tu terus tido...sambung esok pulak day 7 k.

Sekian. Bye~