Showing posts with label works. Show all posts
Showing posts with label works. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Boring weekend

ahhhhh, i am stuck here in Segamat again....another weekend for methadone....sigh
and seriously.....sangat sangat sangat bosan
rasa sangat STRESS sebab sudah 3 minggu tak keluar dari daerah ini
i need a life!!!

semua orang balik kampung since cuti weekend ni 3 hari
tapi saya....-_-"
when will all these come to an end


Friday, March 25, 2011

conversation 1

Staff: Makcik ni makan macam biasa eh, blaa...bla...blaa (seramah kami sedia membantu)
Pesakit: ok, plastik ade? (acuh tak acuh mendengar)
Staff: Tiada (sambil tersenyum ramah)
Pesakit: Apesal la miskin sangat kerajaan ni (sambil berlalu pergi without even a thanks)
Staff: -_-"

that is one super annoying patient


Saturday, January 29, 2011

Gaji

sedih tau...masalah gaji haku ni tak setel2 lagi
kawan2 lain yang mula kerja sama dengan aku semua dah dapat kenaikan tahunan tuh
aku??? haram....tang tu jugak lah gaji nye
udahlah gaji bulan ni makin sikit
sebab cola aku dah kena potong 200, pastuh kwsp punye caruman pun dah naik so potong lagi dekat 100
total lost of 300...heh
gaji....gaji...

bila call tanya tmpt kerja lama dan tanye knpe nih gaji i tak naik lg?
diorang ckp eh kite dah stat bayar gaji baru since october 2010 dgn tunggakan skali
heh, mane de..gaji i masih tang tuh jugak, tunggakan pun tiada lah dapat 

bile check2 kembali....rupenyerr akauntan lupe nak masukkan eventhough diorang sudah buat penyelarasan kenaikan gaji tahunan haku tuh...hangin tak??
then tanya bila boleh dapat gaji baru camni, they said paling cepat bulan april nanti
huarghh..ni baru january kak oii....lambat sungguh tuh
boleh kurus aku kalau begini
*heh...propa je tuh*

gaji itu adalah HAK
dan hak itu mesti diberi, kalau tidak diberi maka ia harus dituntut

sekian

Wednesday, January 19, 2011

Wordless or speechless??

mungkin sekarang trend untuk buat wordless wednesday, so saya pun nak buat satu, tapi sebab dah terbuat banyak words ni instead of wordless, saya tukar dia jadi speechless wednesday, sebab kalau speech dia lagi panjang dari bebelan ini. heh, sudah. full stop.

Ramai, tapi belum cukup ramai sampai tahap tertepek depan kaunter ni



Saturday, January 15, 2011

kerana ubat

dulu masa belajar perkara pertama pikir bila masuk sem baru ialah
 'Bila duit JPA nak masuk ni, wa nak shopping der'
eh, eh, silap tuh....kami nak beli buku laa 
^_^

tapi sekarang bila dah kerja
'Bila duit nak masuk ni, wa nak beli ubat der'

Motif di sini ialah: 
keadaan saya tengah kronik dan kritikal
saya perlu beli ubat...BANYAK ubat
kalau tiada ubat, hari-hari yang saya lalui sangat hampa tanpa semangat
 lemah lesu longlai lembik lembab

heh senang cakap malas nak pergi kerja der
kalau asik-asik nak menjawab ubat takde
hah, cemana tak lemah semangat begitu

tengok kawan-kawan dekat tempat lain pun sama
shortage of supply juga
-_-''

dan sangat bersetuju dengan kata-kata seorang rakan rx di FB
kenapa nak dimanjakan sangat pesakit methadone sedangkan pesakit lain yang kronik pula kekurangan ubat, tapi pesakit methadone ubat konfem cukup, tak payah risau

dan kenapa perlu klinik 1 malaysia dibuka pula sedangkan yang sedia ada pun kekurangan bekalan ubat, yang jadi mangsa nanti pesakit juga. Ditendang ke sana ke mari seperti main tarik tali

Memang berlaku adegan tendang menendang ni, tapi tak juga masuk goal kan. hospital tiada ubat lalu SPUB ke klinik kecil. kami pula lagi lah tiada ubat lalu disuruh ke hospital semula. Heh, sakit yang simple pun boleh jadi kronik kalau begitu

Pernah terbaca juga artikel di internet pasal klinik 1 Malaysia
ada yang tidak setuju
memang kita nak tingkatkan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit sebab tuh mereka buka klinik 1 malaysia
tapi saya rasa banyak sahaja tidak cukup, tak guna banyak kalau bekalan ubat pun tak cukup, itu tak ada, ini tak ada, kalau tujuan klinik itu untuk setakat check darah dan BP tanpa perlu bagi ubat saya setujulah sesangat nye

apa yang penting?
Kerjasama!!
heh, bukan tu lar tapi
kualiti lebih penting daripada kuantiti
maksudnye biarlah sedikit tetapi kualiti dijamin yang terbaik

sekian
terbebelpanjangpulapasalketidakpuashatian

Friday, January 14, 2011

Hari Diabetes & AIDS sedunia

Segamat nih memang suke buat pameran sempana itu atau sempena ini
dari Ogos sampai Disember 2010 tahun lepas je ada 4 pameran kesihatan
hampir setiap bulan lah senang cakap
setiap kali tu jugaklah kami kena buka booth farmasi
kali ni ialah pameran sempena 'Hari Diabetes dan Aids Sedunia' pada 29.12.2010 yang lepas

tapi saya lebih suka kalau duit untuk pameran tuh disalurkan untuk membeli ubat
ya, ubat tak pernah cukup
masalah yang tak pernah sudah

Event took place at Dewan Serbaguna Segamat

Our so simple booth

Tak tahu nak pamer ape, hentam saje lah

Drug identification chart pun pinjam hospital S punya untuk buat display.

Booth PZM memang menggiurkan selera makan...itu makanan betul, masing2 dah cop  yang mana mahu dilahap lepas habes pameran

Big boss talking

Audience adalah student nurse dipaksa datang penuhkan dewan

Mari belajar CPR

Demonstrasi tercekik

Maka,
Kurangkanlah manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman, elakkan diri dari DIABETES

Dan
Jauhi DADAH, Jauhi HIV/AIDS....ingatlah orang yang tersayang

Iklan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh saya 
sekian~



Friday, December 24, 2010

bosan plak asik cite pasal melaka kan, so kita tukar
kali ni nak cite pasal kerja

ishh...aku tengah stress ni pasal ubat tak cukup
rasa macam ahhhrghh, tanak pegi keje sebab banyak ubat tade
makan, tido, mandi semua tak kena asyik pikir pasal ubat je
cehh, mengalahkan orang frust bercinta sungguh
pastuh kena bagitau kepada patient ubat tade sangatlah macam tidak best

pharmaniaga, kamu bila nak bagi saya punya stok...asyik ade gangguan bekalan je, ngan aku-aku sekali kena gangguan jiwa la macam ni
hospital plak, kamu bila nak bagi LP item secara penuh, since last month indent byk tak dapat
huarghh

oh, itu sahaja
bubbye 

Monday, December 13, 2010

Hari ini

tak tahu lah hari ni nak marah ke taknak marah
boleh tak aku datang kerja pagi tadi semua ubat prepack habes
terhegeh2 aku  nak kira metformin daonil tuh, patient plak dah la ramai, berduyuuunn tibaa
metformin takpe lagi, ade counting tray...daonil tuh....amek kau...lembapp gilerr aku dispens
ppf aku plak mc
tinggallah aku terkontang-kanting gelabah
pcm piriton voltaren sume abes takde yang dah prepack
arrghh....tak tahu nk marah ke hape ni

dari pagi sampai petang aku x makan langsung, tak sempat kott
dah macam org puasa pulak
naseb la perut tak meragam
bukan salah aku kan sebab cuti seminggu lalu ubat tak sempat nk di pre-pack
huh!

stress macam ni lah buat aku nk cuti selalu
muahaha...alasan terbaekk~

Friday, December 3, 2010

Medical Camp


Lokasi: Kampung orang asli, Segamat Kechil
Tarikh: 29/11 - 30/11

First time masuk kampung orang asli, tapi sangat impress
mule-mule aku bayangkan diorang ni macam duduk dalam pondok2 kayu je, sekali aku sampai tengok wahhh, rumah batu ok....walaupun ade yang duduk pondok2 buruk kayu je tapi ade astro derrr..kagum abes
orang asli ke ni? maju sangat kott??
cuma jalan nk masuk ke situ dari luar agak mencabar, jauh ke dalam hutan dengan tanah merah berbukit-bukau, line telefon pun takde...hebat betul astro...hhaha..semua pelusuk ko pegi eh..

aku cuma pergi on the second day, dan akitivit utama hari tuh adalah sukaneka kanak2

Sekolah orang asli.....they purposely built it tinggi2 camtuh sebab sini selalu banjir...so boleh guna as tempat pemindahan
Booth kami - bahagian farmasi

Ada buat sukaneka....sangat seronok budak2 ni main
Acara pancing ikan dalam botol...susahh
Peserta sukaneka ni semua budak2 kecuali pakcik sorang ni....lepas lari dalam guni tuh dia semput2 dekat belakang...haha
Lawatan VIP bersama-sama Tok Batin-tok Batin ke setiap booth

Gilerr lecak sebab hujan malam sebelum tuh....ngan aku2 sekali gaya dah macam orang asli...haha

sebenarnya ade buat booth untuk health check up dan juga check gigi, tapi aku tak amek gambar la pulak

sekian...itu sahaja~

Thursday, November 25, 2010

Rindu mahu oncall

ok, memang bunyi macam tak logik kan
tapi serius weh, aku rindu mahu oncall kerja macam dolu2
tapi dulu asyik mengeluh je sebab selalu sangatt kena oncall dekat hospital tuh
sekarang ni dah tak kena buat rindu-rinduan pulak...gelii kann..haha
sepanjang kerja kat segamat ni tak pernah oncall lagi lah
duduk KK ni setakat kena buat oncall methadone sahaja la
kalau ikut jadual patutnya aku oncall methadone minggu ni
tapi ade orang willing nak kerjakan untuk aku tanpa aku perlu mengganti dikemudian hari...terima-kasih!!
nanti aku belanja ko makan k, tp kena tunggu aku turun segamat laa..hehe
jasamu kukenang...so boleh balik jb esok...hehe

ok...chow.

Monday, November 22, 2010

Back to work tomorrow

ahhh, malasss sungguh nak kerja esok lepas bercuti lamaa camni
lagi-lagilah johor cuti hari ni isnin sempena birthday sultan, daulat tuanku...

for the record, bulan ni aku baru kerja selama 5 hari sahaja....hari2 yang lain tuh pergi kursus lah, meeting lah, pergi majlis hari raya korban lah, cuti rehat je dah 4 hari amek bulan ni, pastuh cuti raya haji lagi, pastuh cuti birthday sultan lagi....sangat suke NOVEMBER....banyak cutiii...hehe..

ok bye.

Thursday, November 18, 2010

Hari ini dalam sejarah, pergi kerja dari rumah senai ke chaah, segamat dengan balik hari sahaja. Niat asal bukan begitu, ingat nak balik esok jumaat petang lepas kerja, tetapi tiba-tiba dapat call dari office kena pergi majlis hari raya korban dekat JKNJ plak esok pagi jumaat, so alang2 kita balik jb terus la petang ni.

Kalau aku ade duit banyak dan tenaga yang cukup, ada possibility untuk aku kerja di chaah tetapi menetap di jb, hari-hari gie kerja balik hari walaupun jarak adalah sejauh 120km dari rumah ke tempat kerja.

Muahahaha. Ko rase ade ke orang yang wat camtuh. Bole pengsan setiap hari begitu. Unless la aku ade private jet or heli ke, baru tiada masalah.

Ok, penat.
Mahu tidur.
Bubbye

Friday, October 29, 2010

Another Bad Day

so today just so happened to be my another bad day

as early as 4 am dah terbangun disebabkan mimpi ngeri, mungkin bukan kategori ngeri kot sebab bukanlah ade hantu kejar or jatuh longkang ke, tapi its a dream yg menyebabkan anda tersedar kemudian x boleh tido...get it??

kemudian tersedar lagi around 5 am sebab tetibe rase uterus contraction...ceh...macam nak beranak pulak

dekat klinik, first patient je dah screw up mood aku, dah ade masalah.. i mess up with everything...urghh

then datang lagi sorang komplain2 bawak newspaper nanyang siang pau dengan gambar klinik tersergam indah, ko ingat aku paham tulisan cina ke oii...pastuh kecoh dekat kaunter....sekali lagi buat aku rasa marah

then mereka ade buat kind of makan pagi dekat sini and they forgot to leave some for me...oh yang ini sangat sedih...memang selalu setiap pagi jumaat ade sesi mengaji dan makan...selalu lepas mengaji aku terus makan, tp hari ni x bley nak  mengaji, so bile nak pegi makan tengok dah tade...huwaa...laparr sebab x sarapan...T_T

seharian mengalami period pain

then i had to call hospital nak pinjam ubat, kalau tanak bagi fine xpe, tapi x perlulah anda obviosly annoying ok! i hate u!!

during lunch break balik rumah almost bergesel dengan lori yg bawak kalah ferrari

ahhh...this is life....this is what i've chosen
sabar sahajalah wahai hati

but heyy, i'm home....in JB for weekend retreat yeah
and the happy part is i'll be away from works for the whole week starting tomorrow till the next sunday
its time to get refresh and heals...muahaha

Tuesday, October 26, 2010

G.E.R.A.M

Arghhh, gerammnye dengan hospital tuhh...
x pasal2 sebab diorang, kitorang dkt sini plak kena marah dengan patient dia
patient pe lagi kalau bukan SPUB, aku cukup x suke le kalo diorang SPUB ubat pepelik ke sini, hape ingat sini ade sume tuh ke

Fine, memang tade, dah tuh ko x reti2 nak hantar ke sini
kitorang dah hantar indent untuk ubat pepelik tuh 2 minggu lepas tau!!
tapi setiap kali datang nak amek ubat tuh diorang mesti cakap x siap lagi....ishhh...what the fish!!
kalo dekat dari sini nak ke sana xpe, nih dalam 40km, ko ingat kitorang ni dah tade keje lain suke sangat nak gie sana tetiap hari ke?? Dapat  gie seminggu skali pun dah cukup bagus tau

driver plak ade sorang je, itu pun x boleh berapa nak harap sangat
most of the time pergi by own car, pastuh x bley claim pun duit minyak
x ke nangis ko kalau sebulan pergi 4 kali, cube kire dah dekat 320 km pegi balik ke sana sahaja
minyak dahlah mahalll skang yang oii!!!

Arghhh...geramm...geramm...geramm

Ps: Kalo tatau spub tuh hape gie google, wa takde mood mau terangkan

Monday, September 20, 2010

STRESS

iye, saye sangat stress hari ini
gaduh dengan patient
dan kena dispens sorang2 
ppf ku kuar x reti2 nak blik
patient pulak ramai dekat 100++

saya sangat stress
kalau boleh hari ni jugak saya nk isi borang transfer
T______T


Saturday, September 4, 2010

Hopital Vs Klinik Kesihatan

aku nak kongsi sikit ape perbezaan yang aku nampak dan rasa especially lepas kerja dkt KK nie
both places pun ade pros & cons sendiri

dekat hospital banyak oncall, kena kerja malam lagi, weekend konfem kena kerja at least twice a month
tapi dkt KK tak perlu kerja malam, kerja weekend pun tade, cume ade on call methadone on weekend which will be once every 2 - 3 months

tapi kerja dekat hospital seronok sebab ramai orang, ramai kawan dan meriah
dekat KK pulak sunyi sepi, kau sorang2 je, patient pun tak ramai...ya ampunn bosan gilerr

kerja dekat hospital ada orang nak guide kau buat ape, tatau boleh tanye sebab sana banyak pegawai
tapi dekat KK semua kena belajar sendiri, nak tanya siapa pun tatau sebab kau sorang je lah pegawai dekat situ

tapi dekat KK kau jadi boss, kau boleh cuti xde orang nk halang, kau boleh mintak parking lot siap ade bumbung dengan name kau di tulis di situ
dekat hospital haram nak dapat tempat parking, park kereta pun dekat tempat parking orang awam, nak cuti pun bukannya semudah ABC sebab sana banyak kerja

dekat hospital time rehat kau boleh pergi makan dekat cafe hospital dengan kawan2 dan gossip tak hengat
tapi dekat KK mana ade cafe, semua orang balik rumah waktu lunch break, tinggallah kau dkt situ makan angin sorang2 sampai kenyang nk gossip pun dengan siapa..bosann lagi

tapi dekat KK kerja x banyak, agak rilex, kerja utama adalah dispens dan management, procurement sahaja, patient pun x ramai, ubat pun simple2 je
dekat hospital patient ramai kerja banyak, ubat semua complicated

tapi dekat hospital prescription semua logik2 sebab doktor yang prescribe
dekat sini tah pape prescription MA tuh bagi, tuliasan dah lah ya ampunnn memang aku x reti nak bace langsung...patut ke cloxa bagi 250mg tds utk adult, bukan sekali, berkali2 kot aku jumpe

dekat KK kite jadi sangat kedekut, ubat memang bagi sedikit gilerr, kate budget limited, kalau piriton tuh bagi 4 biji je, syrup yg dalam bottle semua divide 2, tuang dalam botol lain kasi half-half
tapi kalau dekat hospital kite sangat pemurah, piriton bagi 15 biji, syrup bagi full bottle

conclusion nye:
kerja KK boleh tahan senang, rilex tapi bosann, lagi-lagilah kalau kena hantar pergi KK kecik dekat area district macam aku ni
kerja hospital bz, banyak kerja tapi meriah x pernah bosan

tapi malangnye, pilihan bukanlah di tangan kita
seperti mana tag line KKM, walau di mana pun jua kami berada
'Kami Sedia Membantu'

jadi, renung-renungkanlah dan selamat beramal
:)




Monday, August 30, 2010

Bosannnn

sungguh bosan....sekarang pukul 12.15 pm...tapi patient takdo sunyi sepi lengang segala dkt sini...




aku pulak sensorang di sini, ppf tuh pulak kuar dri tadi x balik2 lagi
naseb baik ade laptop juga broadband sebagai hiburan
nak buat kerja lain tp tatau nk buat ape..sedey btol
arghhh...bosann 
nak blik jb...sigh...T_T

Saturday, August 21, 2010

Hospital Sultan Ismail

Entry ni dibuat khas untuk mereka2 yang banyak membantu saya sepanjang dekat HSI dan juga kepada rakan2 PRP seperjuangan...
I'll be missing u guys damn much and i'll always remember HSI...sebab yang pertama itu memang sangat sukar dilupakan...

this was taken mase we all punya jamuan perpisahan on 3/8/2010
Aktiviti-aktiviti Farmasi HSIJB
We had so much fun

regardless of all the up and down jadi PRP with the super stressful assignment and presentation, stupid hectic requirement, the endless on call, the arguments with doctors, nurses, patients and not to forget arguments with FRP...i still enjoyed my time here...

i learned a lot of things, i gained so much experienced...(so sesiapa nak jadi prp sila pilih HSI, better than any other hospital in johor...believe me, u won't end up feeling regret for not chosing HSA, muar or HBP)

here, i would like to thanks all bosses, all senior FRPs, PRPs friend, all PPFs and PPKs for all the help throughout my prp time in HSI and sorry for everything that i did wrong (i know u guys may not read this, :p, but still, thank you so much!)

last but not least, kepada teman2 rapat especially niza, ai, izzati, numan, kak aisyah, rizal, acap dan arif...keep in touch...sesiapa kawin sila jemput...:)




Saturday, August 14, 2010

Posting

Rasanye ramai yang dah tahu tempat posting masing2...dan alhamdullilah aku dapat johor
yang belum dapat tu harap bersabar okay.. :)
so, lusa akan pergi melapor diri...nanti baru tahu ke mana akan di letakkan
harap2 tidaklah jauh sangat...kalau boleh mahu stay di hospital sekarang, seperi kata salah seorang bos di sini
'nanti masa lapor diri awak merayulah mintak HSI'
okay...akan diusahakan...
jadi, good luck kepada semua kawan2
kepada yang perlu menyeberang laut ke sabah sana. harap korang bersabar ye, mungkin rezeki kamu semua disana...dengar cerita 4 orang dari batch kita yg di posting ke sana...good luck u guys!!

Tuesday, August 3, 2010

Habes PRP

semua orang nak buat shout out happy dah abes PRP dan buat entry happy ending
shout yeahhhhhh!!!
aku pun mesti nak kena buat jugak kan...hahaha
so sekarang tengah floating...tapi aku rasa sangat kelakar dan pelik sebab aku di-floatingkan ke manufacturing
ahahaha....seronok OK
actually utk floating ade 2 post kosong dkt opd, dan 1 post kosong dkt manufac, dan disebabkan mereka mengalah dgn kesungguhan aku utk duduk manufac, so mereka pilih opd dan aku di sini, bergembira di manufac..thank you!!!
tapi aku x faham kenapa perlu ade post kosong dkt manufac sedangkan sudah ade 2 prp di situ...tapi x pe...aku sukee

dan 1 lagi aku paling x paham...bos besar asyik dok suruh kitorang amek time-off...dia ckp awak pegilah bercuti...bila aku datang keje siang tadi, dia ckp ' eh, awak bila nak amek cuti??'
padahal semalam aku baru cuti kot...lagipun dok umah bukan de benda nak buat pun...tido je nnt
tapi xpe....aku tetap sukeeee cuti-cutian nie!!
kalau x kerana kena keje weekend nie, dan kena keje malam khamis nie memang dah lama aku pergi bergembira suka ria dkt pantai

majlis perpisahan pun dah buat tadi
sedih.
tapi gembira.
jugak berdebar

hehe