Monday, March 7, 2011

Tuna Casserole

ok here is another recipe to satisfy u'r taste bud
oh, i just love to prepare/cook any food by using oven
so takkan dapat lah nak tengok saya masak nasi ayam ke nasi lemak ke mee kari ke sebab tak boleh buat pakai oven...:))




Tuna casserole: untuk makan 5-6 orang dewasa

Bahan:
1. 1/2 kg kentang
2. 1 tin campbell chicken mushroom sup
3. 2 tin tuna flakes
4. 1 tangkai/tongkol broccoli & cauliflower
5. Garam & blackpepper for seasoning
6. 2 ts butter

Method:
1. Rebus kentang sampai empuk kemudian lenyek. Gaul mesra butter dan garam bersama kentang yang dilenyek.
2. Celur broccoli & cauliflower dlm air mendidih around 5 mins.
3. Then gaul mesra campbell sup, tuna flakes bersama broccoli dan cauliflower. *tuna flakes tu ambil isinye sahaje, kalau ada air/kuah tak perlu ambil, campbell sup tu tak perlu masak dulu, keluar tin terus gaul je semua*
4. Then masukkan no .3 dalam casserole tapi saya pakai loyang kek je, lepas tuh tutup dengan kentang yg dilenyek dibahagian atas. Kire mcm ade 2 layer lah. 
5. Lastly letak butter sket atas kentang lenyek tadi dan bakar at 200 degree cel approx 30mins
6. Tadaaa, yumme-eah








Saturday, March 5, 2011

Pizza

i made a homemade pizza last weekend from scratch
*ehem, lately ni mood rajin memasak datang pulak*


okay nah resepi: yield 2 medium size 10" pizza 

Dough: 
200gm tepung roti
1 tbs yeast
1 tbs gula
1 ts garam
250ml air suam

Topping:
1 can tomato puree
2 biji bawang besar
2 cawan minced beef
sosej, crabstick, pineapple, cheese


Method:
1. Untuk doh: Mix yeast dalam air suam, biar sampai berbuih, Kalau berbuih tuh maknanye yeast tu sihat, kalau tak buang je lah sebab konfem yeast tuh dah mati.
2. In another bowl mix tepung roti, gula dan garam. Then tuang bancuhan yeast tadi dan gaul secar mesra sampai adunan tak melekat dkt tangan. Uli doh selama 10 - 20 minits 
3. Rehatkan adunan atau perap selama 1 jam sampai doh naik 2 kali ganda. Then tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Pastuh boleh lah gelek2 ke bentuk yang disukai.
4. Untuk topping: Tumis bawang dengan minced beef sampai beef masak.
5. Sapu tomato puree atas doh yg digelek tadi, then tabur beef yang ditumis dengan bawang tadi
6. Pastuh suke hati la nk letak pe, tapi i letak sosej, crabstick dan nenas yg dipotong2 kecil, pastuh tabur cheese
7. Bakar 150 degree celcius approx 40 mins sampai roti masak kekungingan sket
8. Tadaaa, ready to eat...nyumm2















Thursday, March 3, 2011

Saman Ekor

Saman masih belum settle, hihi, anyway saman saya tuh saman ekor, and it wasn't my fault and i came across this article dekat FB posted by a friend of mine, just wanna share.

KETAHUI HAK ANDA: SAMAN EKOR

OLEH : Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan


Hak terhadap harta. 
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. 

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Marilah sama-sama kita renung-renung dan fikirkan

Tuesday, March 1, 2011

Saman

seriously saya baru tahu pasal mende alah saman ni last friday
masa tuh ade majlis maulidurrasul tapi budak2 ni cabut jap mase majlis kate nk pi bayar saman
then saya pun dengan bengongnye tanya
'Kenapa nak bayar saman?'
*ok, saman memang sepatutnya dibayar kan*
hahahaha....oh, rupenya ade diskaun untuk bayar saman before 28.2.2011

sabtu tu dekat umah mak pulak kecoh2 nak pegi bayar saman
malam tuh baru teringat eh saya ada satu saman tak bayar lagi la
bijak sungguh

so semalam 28.2.2011 - hari terakhir untuk bayar saman
saya pun pergi la kekonon nak bayar kat pos office
sekali, perghhh, ramainye orang
sume nak bayar saman kottt
pulak tuh sistem jammed sebab ramai sangat orang pakai
tengok betapa kita rakyat malaysia semua suke buat benda last minute sangat2
semua bagi reason baru je tahu, and yes that includes me
wahaha, tulah...lain kali kena rajin sikit tengok berita or baca newspaper
sungguh bagai katak bawah tempurung 

then cuba untuk bayar secara online
tapi nasib kurang baik sebab sistem jammed sepanjang hari
then minta tolong driver bayarkan dekat unit trafik
tapi dia cakap orang beratur sampai ke luar bangunan
thrn tunggu sampai 12tengah malam semalam sebab dalam berita cakap dia extend smpai midnight utk bayar, so tercanguklah saya depan laptop cuba untuk bayar secara online tetapi, harammm, connection dia lembap macam siput sedut.

dan nak dijadikan cerita, misi membayar saman tidak berjaya
T_T

dalam paper ade stated akan blacklist sesiapa yg x bayar saman
and worst they'll wont't allow u to renew license and road tax
risau ni lagi 2 minggu kena renew lesen, bulan April pulak renew road tax
*lap2 peluh sikit*
sigh