Saturday, June 1, 2013

Europe Day 3

Day 3: 27 April 2013 : Sabtu

Location: Belgium --> Paris


Plan asal kitorang hari ini ialah untuk gerak ke Belgium dengan menaiki bas dari Rotterdam, Holland. Kemudian spend masa sikit di Belgium baru bergerak ke Paris petang hari yang sama.



Tapi maksu macam risau je kot tngok anak dara 2 org ni nak pergi sendiri naik bas, so maksu & paksu hantar kitorang sampai la Belgium. Hehe. Thank you. So kira tiket bas Eurolines yang kitorang dah beli dari Rotterdam-Belgium burn sahajalah. Sebab murah so x kesah, haha. Tiket bas Rotterdam-Belgium cuma Euro 9. Haa, x ke murah tuh.... 


So kitorang gerak dari rumah dlm 9am. Perjalanan dari Den Haag ke Belgium memakan masa dalam 2 jam lebih jugaklah. Sepanjang perjalanan view memang cantik, tapi sayangnya aku tidur...haha..

First stop ialah Atomium building. Masa sampai sini around 11am. Ini dikira landmark di Belgium. Building ni besar gabak nampak kecik je dalam gmbar kan. Dekat atas tuh boleh naik, tapi kitorang x naik pun sbb nak kejar masa. Building ni ialah atom structure yg korang belajar dalam chemistry dolu2 dan dibina dalam skala yg besar. Sejarah bila building nih dibina bagai, boleh google sendiri ye. I is malas. Hehe

The Atomiun Building

Told u, its HUGE!!


Di sebelah building ni, ada taman Mini Europe. Dalam tu ada miniature building sume attraction di Europe mcm Eiffel Tower di Paris. Tpi we all x masuk jugaklah. X sempat wooh.

Lepas ambil gambar bagai terus ke kawasan Grand Palace. Masa ni dah around 12 noon. Ini kira kawasan tourist attraction. Dkt sini boleh beli sovenier murah2, boleh beli coklat...belgium ni terkenal dgan coklatnye ok...then kalau datang belgium x makan waffle x sah....belgium is also famous for their Belgian Waffle. 

Jangan tanya macam mana nak datang sini sebab we came by car, thank to TOMTOM GPS...u guys boleh naik public transport untuk ke sini, ada tapi kena ask mr. google how to lah kan

Kedai coklat Belgian memang bersepah, masa nak beli check dulu takut ada alcohol ingredient

Paksu di tengah2 Grand Palace

Paksu doing his tour guide job...hehe

Oppsiee, jangan tiru aksi ini...tak senonoh, sambil makan wafle sambil?? errr

A picture with the famous Mannekin Pis
Kalau datang Brussels, wajib bergambar dengan Mannekin Pis ni. Ini sejarah mereka dimana budak kecik tuh pergi kencing dekat bom lalu telah menyelamatkan seluruh kampung dari melletup musnah lalu diangkat menjadi hero. Selalunya patung ni bogel je tak pakai baju, tapi mase kitorang datang dia tengah pakai baju askar lerr pulakk

We had this famous Belgian Waffle

And this is our lunch. Nasi beriyani again, kedai pakistan tapi pasang lagu Kuch Kuch Hota Hei~

Habis makan dalam pukul 3.30pm terus gerak ke bas station untuk ambil bas ke Paris. Kitorang memang a bit rushing la sebab bas ke paris pada pukul 5pm & we have to be there at least by 4pm sebab kena amek pass bagai. But alhamdulillah, sampai dalam 4pm sharp. Terus pergi ke kaunter check in Eurolines bas, dan ambil pass serta tagging luggage. So, di sini bermulalah episod kembara berdua ke bumi asing. Hehe...maksu muka risau je nk lepaskan dua orang budak ni, siap pesan nasihat bagai lah...kitorang mmg set dalam mind, nanti masa di Paris & London, mesti berhati2 dan menjadi sgt suspicious dgn sume org. 

Perjalanan dari Belgium ke Paris dengan Eurolines Bus memakan masa dalam 5 jam jugaklah. Sepanjang perjalanan memamng cantik, hijau je pemandangan. Tapi most of the time tuh ak tidoo, haha, sebab penat ok. Tiket dari Brussels ke Paris ialah Euro 22.
Kalau korang ada duit lebih bolehlah naik speed train dia, cuma 2 jam je dari Brussels ke Paris. Kalau naik bas ni makan masa dekat 6 jam lah jugak. Tapi tiket train super mahal heh! Maybe dalam Euro 70++ So, kita try cut cost di situ.

K
Off we go to Paris berbekalkan nasi goreng dari bibik.

The driver bus, kitorang duduk depannn sekali sebab seat belakang sume penuh dengan mat saleh

masa ni baru bangun tido...since duduk depan sekali, kenalah pakai sunnies kan sebab silau nak tido x bley nanti...haha

Highway menuju Puncak, impian di hati...eh...

Setelah 2 jam perjalanan, bas berhenti di satu station bas, kitorang pun konfius, eh dah sampai ke xkan sekejap sgt kan...lepas tu tanya driver tu. dia bebel ape tah x faham langsung, haha. Rupe-rupenye dia stop utk dropkan sesiapa yg berhenti di situ & rest dalam 30 mins. Nama station ni ?? x inagt dah lupe, ngeee...kira dah masuk France tapi bahagian atas, Paris agak tengah sikit mengikut map. Peraturan dkt sini, bus x boleh drive non-stop more than 2-3 hours. Kena stop & rest



Lepas tu continue lagi about another 3 hours & then we safely arrived in Galleni Station Paris around 10pm. Masa ni hari baru nak gelap. Dekat sini pukul 9 malam terang benderang lagi, sunset dalam pukul 10pm camtuh.

Keluar je dari station naik tangga terus nampak hotel kitorang. Dekat sini kami stay di Campanile Hotel. Rate ialah 63 Euro semalam for 2 person. Kira sorang dalam 32 Euro semalam la. Ni bukan backpackers hotel, sebab hotel ni sangat besar, cantik & selesa. We all love this hotel so much, Cuma lokasi agak jauh dari pusat bandar, tapi mo man tai lo, train sini sangat efficient dan reliable, sekejap je dah sampai bandar. So, no worries, station tuh bawah hotel ni je. Bersebelahan hotel ada shopping mall, so korang boleh pergi beli roti ke ape ke yg perlu di situ.

Bathroom inside the hotel room, kalau bagpackers hotel mostly bathroom tak attached & kena kongsi

The bed

Tepi ada meja, senang kitorang buat makan dekat situ

Inilah hotelnya, kan dah cakap besarr, bilik kitorang je dekat tingkat 6, so tatau sini ada berapa tingkat

Lepas setel check in, masuk bilik masing2 terus zzzzzzz. 

Ok sambung esok, berjalan2 di bandar pagghiiisss...hehe

Saturday, May 25, 2013

Europe Day 2

Day 2 : 26 April 2013 : Jumaat 

Location: Holland

Today's Itenerary: Keukonhof Tulip Garden --> Amsterdam City


Masih di HollandRutin dekat sini bangun pagi terus check weather forecast sebab nak estimate suhu brape...lepas tu tengok hari dijangkaa hujann...huarghh...sedihh...tapi xpe, percutian harus diteruskan... lepas sarapan around 8.30 pagi kitorang pergi ke supermarket dekat area rumah maksu. Pergi jalan kaki je, masa ni hujan renyai...perghh...gila gigil habis tak tahan sejuk sangattt..kitorang beli caramel waffle, ni dikira kira mcm makanan tradisis diorang la...sedap, rase manis caramel


Lepas tuh balik semula ke rumah sbb tak tahan sejuk sangat dkt luar. Hari ini mengikut itenerary kita akan ke Keukonhof Tulip Garden & Amsterdam town. Disebabkan maksu nk ikut tapi dia bekerja hari ini, kena keluar lambat sikit la kiranya...maksu cabut awal dari ofis dalam pukul 12 noon. Kehkeh...bos takde kot...ke dia sendirijadi bos...hehe


Dalam cuaca hujan renyai, kami pun bergerak la ke keukonhof garden. Kalau dekat Holland ni trademark dia ialah bunga tulip. So, dekat garden ni banyak gilerr kot bunga tulip dan semuanya cantikk. Sesiapa yang minat bunga memang suke abes la kalau datang sini.

Tiket masuk x pasti berapa sebab maksu bayarkan...hehe...korang boleh google...garden ni dia cuma buka waktu musim bunga sahaja...waktu lain dia tutup, yela kalau winter rumput pun mati, bunga lagilah tak tumbuh kan. Sedar x sedar we all spent dekat 3 hours dekat sini, leka betul tengok bunga. Maksu cakap time ni bunga belum fully bloom sbb winter lambat abes this year, by right kalau ikut kalendar mmg dah sepatutnye blooming dengan cantik la. Kalau datang 2 more weeks maybe baru semua fully bloom kot sebab kalau ikut  weather forecast matahari akan shine bright like a diamond next 2 weeks. 

Maksu presnting the TULIPSS....ini kebun Tulip di kawasan luar, actually dia x open tu public, tapi pandai2 lah korang berhenti sekejap dkt tepi jalan yg sempit tu utk turun ke ladang ini...rugi x ambil gambar di sini
kan dah cakap....cantik sangattttt
Bergambar bersama Gadis Dutch di entrance masuk ke Kuokonhof Garden
Niza bersama windmill & canal di dalam Keukonhof Garden
Merata-rata bungaa
kalau zoom di situ bleh lihat hidungku yang merah akibat suhu yang terlampau sejuk...haha
lagi sekali singgah ladang sebelum balik untuk ke destinasi seterusnya

Lepas habis dekat sini kitorang terus gerak ke Amsterdam City. Kalau korang nak tau, negara ni menghalalkan penjualan Cannabis which is Ganja. Kalau dekat city tu bersepah kedai jual ganja. Ada macam2 bentuk. Ganja dalam candies, biskut, air, roti u name it all semua ada. Tapi aku tak beli la, mampus kena tahan dgn polis malaysia nanti...haha...haramm lagipun weii!! 

tapi chinese friend aku sorang pernah try beli biskut ganja & makan..dia cakap lepas makan tuh syiokk gilerr, bila jalan tuh dia rasa dia jalan terbalik, kaki pijak awan dekat atas, kepala dekat bawah...haha...nasib tak gilerr, itupun dia cuma makan separuh je biskut tu, saje nk try katenyerr...and she's a pharmacist...bagus betul experiment beliau..hehe


Lagi satu, negara ini juga menghalalkan pelacuran...gulpp...all the prostitue yg nak kerja akan menjalani medical checkup, kalau lulus baru boleh jadi prostitue. Kalau deka city ni, kalau korang nak tengok kawasan prostitue silalah pergi ke Red Light District...hanya untuk 18tahun ke atas sahaja...hehe...and guess what?? we all pergi ke red light district...tapi kawasan ni macam scaryy sikit la & x boleh amek gambar, kalau diorang nmpak nnt camera kena rampas...

kalau nak describe, tempat dia dalam satu lorong, lampu dekat lorong tu sumer kaler merah, then kiri kanan akan ada kedai yang ada cermin macam diorang selalu buat display barang tuh, but here, mereka display prostitue la, sume pakai 2 piece je duduk dalam cermin display tu...kirenya, org akan lalu tengok dkt cermin and pilih prostitue mane diorang suka pastu lu pikirlahh sendiri...Jap tempek gambar dari google eh


Ini lah lorong Red Light District. 18SX sahaja
Dalam lorong ada orang dalam cermin...pilih2...ish2..kan dah cakap 18SX
Ok, tutup cerita Red Light District. Selain itu, dekat amsterdam ni, kitorang sempat naik cruise untuk lihat canal sepanjang amsterdam town...kira mcm cruise dkt sg melaka la, tp sini canti sikit lerr...hehe


Kaunter ticket untuk naik Canal Cruise. Dewasa: Euro 9, Children: Euro 5
Sini ada Sex Museum...fuyoohhh
Sejuk sehingga ke tulang sumsum
Boat House. Memang ada orang duduk dalam tu, macam rumah betul, cantik pulak tu.
Inside the cruise
Lepas habis cruising dalam 1 hour jugak lah, we all stop untuk makan. Dekat Holland ni banyak restauran indonesian, tp x semua halal ye. Kena tanya dulu, jangan ko main redah je. Hehe. Sebab dulu orang Belanda datang menjajah bumi Indonesia, so banyak orang belanda kawin dgn indonesian migrate dtg ke sini. Tapi kitorang x makan pun dkt indonesian restoran, kitorang makan dkt restoran pakistan...makan nasi beriyani & roti naan. Kira kedai mamak versi oversea la. Haha

Our Dinner. Nasi Beriyani & Roti Naan

Lepas makan pergi jalan lagi dkt area town beli souvenier sikit lepas tu terus balik rumah.Untuk perbelanjaan di Holland ni tak dapat nak list down la sebab mostly maksu yang tolong bayarkan walaupun kitorang hulur duit dia insist nak bayar, so we are more than happy to accept lah kan.. Hehe

The Happening Amsterdam City

Jalan-jalan cari sovenier


Ok, esok sambung ke negara ke-2 which is Belgium

p/s: ntah kenapa tulisan bengong begitu sekejap ok, sekejap background kaler putih, x reti aku nak edit..so, abaikan ye










Saturday, May 18, 2013

Europe Day 1

Day 1 : 25 April 2013. Khamis

Location: Holland

Today's Itinerary: Den Haag  --> Rotterdam --> Schevenigen Beach -->  Den Haag

Setelah sampai ke rumah maksu di Den Haag, kami cepat2 mandi dan sarapan sekali lagi ^_^ sebab bibik dah masak nasi lemak for breakfast, dalam flight tadi pun nasi lemak jugak...amek kau double dose of cholestrol yg bangus...hehe

Since maksu kerja hari tu, so paksu lah yang bawa kami berjalan. FYI, paksu menjadi penganggur terhormat...hehe...yelah, dia kan mengikut isteri yg bekerja posting ke oversea...so, kalau ada guest datang, dia lah yg entertain.

Around 10am, kita pergi ke Rotterdam, dari rumah di The Hague ke Rotterdam dalam setengah jam driving by car, ape ada di Rotterdam?? Rotterdam ni sebuah pusat pelabuhan yang agak besar dan terpenting di eropah. Banyak kapal berlabuh di sini.  Dan bandar dia banyak bangunan yang unik2, architecture design dia memang pelik2 dan cantik2.

Kami cuma jalan di kawasan bandar dia sahaja & makan lunch dekat salah satu kedai kebab halal. Kebab dia memang big portion, so, nak order jangan tamak k...

Kami singgah di ofis maksu sekejap, saje nak tengok ofis MATRADE di Rotterdam
Cubic shape building
Pencil shape building

Basikal dikira pengangkutan paling penting di Holland, bersepah basikal merata-rata..

Menuju ke kedai kebab mencari makanan tengahari

Itu dia, kedai kebab Al Aviv..yeay!!!
x banyak pun yang kami buat disini, Ada juga shopping mall & banyak jugak brand outlet dekat sini, tapi masa ni mood nak shopping belum mari. Kehkeh....baru nak warm aup katernyee. Lepas makan bagai, kami balik semula ke The Hague untuk pergi the famous Scheveningen Beach. Masa ni cuaca boleh tahan, matahari memang memancar dengan girang sekali, tapi suhu maybe around 10 degree

on way back

windmill di rotterdam
Dekat the beach tu, kami lepak dekat kedai makan, tapi cuma minum air je laa sebab haus gilerr...dapatlah minum fresh orange...kalau beli barang dan makanan/minuman, x perlulah nak convert ke duit RM, kalau convert confirm tak makan lah kau, turun terus 10kilo sepanjang percutian nanti...haha...kalau jalan ke hujung beach sikit sana ada kawasan naked beach...eh..eh...tapi kitorang x pergi pun...haha...rugi x??

dekat beach, cuaca memang cantik...matahari cerah, suhu pun masih boleh bertahan dalam 10 degree celcius

dekat sini banyak kedai makan, mostly seafood sebab tepi beach kan...kitorang stop sekejap di kedai ni untuk menghilangkan  dahaga

haa, nampak tak laut tuh, kitoarang x pergi pun ke laut tu sebab leceh nak jalan di atas pasir pantai yang halus tulus tuh, Laut tuh ialah English Chanel ataupun BM nyer panggil selat Inggeris, dulu kan ada perenang malaysia yg berenang dkt situ..haaa, kalau ko berenang dari sini, sampailah ko ke UK sebelah sana..konfirm beku dalam air laut tuh..haha

burung spesis ni memang bersepah, lepas tuh kita campak ape sume dia makan..tskkk..

Balik dari beach, kami berjalan di kawasan rumah maksu. Kawasan surrounding di situ ialah building kedutaan. Kami berjalan sampai ke Peace Palace. Dekat situ terletaknya International Court of Justice yang mana kes perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia & Singapura dibicarakan.


Intenational Court of Justice, Peace Palace
Ok, itu sahaja untuk hari pertama...kitorang memang x jalan banyak pun, sebab badan masih letih dari flight journey yang lama...mata masing2 dah kuyu je tahan mengantuk, jetlag katerrnyee...yelah, masa ni baru pukul 6pm di Holland, tapi Malaysia dah 12 tengah malam., memang cun waktu tidor lah tu...so terus balik rumah, dinner dan terus tidur tanpa menunggu makanan sempat hadam pun..haha

bersambung kemudian...



Saturday, May 11, 2013

Europe Trip Introduction

janji harus ditepati....so, here my europe travelodge tapi ini baru intro sahaja...wahhh gituu

semuanya bermula pada bulan Januari yang lepas bila si Niza, my travelling partner ajak pergi ke Holland since my aunty is working there. Jadi, after tengok kalender dan merancang cuti, we bought the ticket from MAS pada harga RM 3,328 to Amsterdam. We consider the price as OK laa sebab its include return ticket from Senai airport, kalau from KLIA price would be less maybe around RM 2,800 kot. Why did i put the price up?? because people asked lerr. But u may get cheaper price kalau naik KLM airlines. KLM airlines is from Holland itself, price normally x sampai rm2500 with return ticket.

then we started to plan. Ko nak pergi negara asing ko kenalah plan dari awal hokeh. Sampai demam2 aku masa nk plan trip ni. Haha...Tapi semuanya at the end of u're fingertip. Google sahaja mana nak pergi, sediakan itenerary. Familiarized u'rself with the map, pakai google map yang boleh nampak bangunan, ape nama dia x pasti, Go Google about it. List down everything. Berapa helai baju nak bawa. ape nak makan dekat sana nanti, berapa duit nak bawa, kat mana nak tinggal, kat mana train station, kat mana bus station, learn a bit about their language especially dkt paris kena lah ckp french, diorang x faham english sgt

Macam kami hanya di Holland sahaja ada relative, after that pergi Belgium, Paris & London on our own. Aku masa tuh fikir, boleh ker kita ni berdua je nak pergi negara omputih pulak tu, selamat ke, x bahaya ke perempuan anak dara pulak tuh...haihh...but Alhamdulillah, we survived safe & sound...nanti i bagi tips how to be safe & avoid pickpocket. Sana ramai hoii pickpocket, mereka dikira golongan professional sebab yang pickpocket ko x pakai selekah, sume cantik kacak bergaya pakai blazer & suit lagi, u would not suspect mereka pun.

Sebelum pergi we all dah settlekan everything for transport dari 1 country to another since ada 4 negara kita nak pergi, places to stay pun dah settle & booked dari malaysia lagi, tempat or attraction places yang nak pergi yang memerlukan ticket pun semua kita dah settle, booked & paid dari malaysia lagi. Duit yang dibawa hanya memang untuk makan dan shopping sahaja. So, less cash u akan bawa, lebih selamat la.

We were there for 12 days...lagi 2 days tu consider travelling day sebab duduk dalam flight je pun...so dalam 10 days je sebenarnya...from 24 April 2013 - 7 April 2013. Kalau ikutkan hati nak lagi lama, boelh cover lagi byk tmpt...tapi apakan daya takde org nak ganti tempat kerja, cuma dapat cuti 8 hari sahaja....sob...sob...and we don't get to vote...yeay!!! alahai rasa ralat sebenarnya, tp ticket bought already what...

jadi bermulalah perjalanan kita dari dari Senai ke KLIA ke Amsterdam yang memakan masa dalam 20jam itu kalau dikira dari senai + transit time in KLIA, kalau dari KLIA terus ke Amsterdam dalam 13 jam... hambik kau...kematu pungkok...dalam flight tu cuma ada 2 groups of malays, kami berdua and lagi 1 group makcik pakcik tua dalam 6 org begitu..the rest of the passenger adalah mat salleh & sume cakap bahasa alien bukan english tau..alien sungguh rasa...they were talking in dutch language...all seats were occupied, plane adalah penuh amat 

on 27/4 tu aku masih bekerja, cuma ambil off petang....balik kerja dlm 1.30pm sempat pergi bank nak activekan credit card in case of duit habis dkt sana...rushing sangat sampai x sempat nak lunch, cuma dapat makan dinner itupun dah at 9pm di KLIA masa transit lalu menyebabkan gastric attack dalam flight...being a pharmacist memang berbondong2 ubat aku  bawak tapi sume masuk dalam luggage...apekahh?? then dengan muka tak malu nye minta pada steward MAS ubat gastric. Dapatlah actal 2 biji tapi x hilang pun sakit perut tuh. So i was up all night dalam plane selama 13 jam sebab sakit perut tak boleh tido...can u imagine how jetlag i am bila sampai holland tuh. By the way, time differences is 6 hours late in Holland.

We reached Schipol Airport 7am Holland time, Malayisa time 1pm. My paksu & maksu came to pick us up. Then straight away balik rumah mereka in Den Haag, a small town in Holland about 1 hour drive from the main city. Main city dia ialah Amsterdam.


first meal serve, tapi x luak makan sebab gastric sampai steward tu tanya, kenapa x makan?? x sedap ke?? haha...terus mintak susu lepas tu sebab takleh telan ini semuaa...tidakkk...rugi sungguh

 second meal is breakfast, nasi lemak...pulun habis sebab lapar sebab dkt 10 jam x makan sampai perut pun dah sehat semula

 3 hours more to reach after about 9 hours journey

 we are on top of ukraine air...yeay!!!

 schiphol international airport...pronounce as 'skipol' not 'shipol'
 'sch' dikira as 'K'

 a must take photo on the signage...tak bley zoom dekat sebab muka orang selebet setelah kematu pungkok 13 jam dalam flight

 very nice of my maksu & paksu who came to pick us up...siap kirim 1 kilo ikan bilis dan 1 kilo cili kering lagi dari malaysia utk dibawakan...naseb baik lepas kastam...kalau tidak...haha

tips utk lepas kastam: sila jalan di lane 'nothing to declare' dengan muka confident walaupun nampak busuk, my cousin last time x lepas kena tahan dekat kastam

sini kastam dia x strict on foods yg dibawa x macam australia ye kawan2...i bought ikan bilis, cili kering, maggi, milo 3in1, sup campbell instant, biskut, tuna dan macam2 lagi...haha


on way to aunty's house in den haag, u can see the windmill...

yang ini jenis moden punya made from steel...diorang memang generate energy pakai windmill sebab sana angin dia Subhanallah, kuat sangat...memang x henti berpusing la kipas tu

jenis old school from wooden tu nanti baru letak ok

sampai di sini sahaja, to be continue Europe Trip Day 1 later
nak buat intro je dah makan masa dekat 3 jam...hadoii...macam siput sungguh lerr