Saturday, July 20, 2013

Europe Day 4

Day 4: 28 April 2013 : Ahad

Location: Paris

Pagi ni bangun tidur mandi solat breakfast apa yang ada dan terus zass bergerak2 khas mengikut itinerary yang telah kami sediakan. So, perkara pertama yang perlu dibuat adalah membeli tiket perjalanan di Paris. Ada banyak option, and we chose to buy Paris Visitee Pass Zon 1-Zon 5 berharga Euro48. Agak mahal di situ kalau convert ke RM, so jangan sekali2 cuba calculate ye. Haha 

Dia jadi mahal sebab tiket tu boleh cover smpai zon5 yang terletak di luar kawasan attraction. Kawasan attraction is within zon1-3 sahaja. Ini sebab kami nk pergi Disneyland & La Valle Shopping Village yang terletak di zon 5. Tiket ni anda boleh pakai unlimited turun naik train untuk tempoh 1 minggu x silap. Go google for more info.

Metro yang lengang since it sunday. The next monday, super full house

Please spot the Eiffel Tower at the back. It was a freezing cold morning

First place today ialah of course the famous landmark in Paris, Eiffel Tower aku datang!!! Since it sunday, the metro train sangat lah lengang. Jadi berbekalkan peta, kami berjaya sampai ke Eiffel Tower. Ada banyak metro stop untuk ke Eiffel Tower dan aku pun dah lupa stop mana yang kami turun, tapi agak jauh so perlu menapak ke situ.

At first, kami x rancang untuk naik ke atas tower, hanya nak bergambar2 di bawah2 sahaja. But then rasa macam rugi pulak kan. So, we decided to go up. Tiket naik ke atas tower ialah Euro 8.50. Since kami sampai awal, tiket kaunter pun belum buka. Jadi dapatlah beratur agak depan sikit di kaunter tiket. Kejap je lepas tu barisan dan panjang. Kalau nk cepat boleh je beli tiket online, so u can cut the queue nanti, dia ada fast lane untuk tiket bought online. Kalau x beli online, silalah datang awal. 

Dekat sini we met with 2 malaysian, a lecturer datang untuk conferences and her sister tagging along. The best part is, dia ialah lecturer faculty farmasi USM, what a small world it is. And we also made friend with a group of korean uncles tapi tak kasi kami panggil di ahjussi which mean uncles in korean, tapi suruh kami panggil dia oppa which means abang in malay. Haha

The queue getting long at the ticket kaunter

Most left: Malysian we met (x ingat nama), 2 from right ialah korean that we made friend with

The Seine River running along Paris

Dekat atas tower sangat freezing cold sebab hujan rintik2 dah mula turun dengan angin lagi, perghh mengigil. Sekejap je di atas sebab tak tahan sejuk. Oh, before naik atas perlu lalu tight security macam di airport ye kawan2. Dan security guard itu telah buang tin tuna kami, dia cakap x boleh bawak naik atas takut aku baling ke bawah kena kepala org. Apekahh...so terjadilah kejadian kami menahan lapar hari tu. Nanti cerita.

View i Love the most

Lepas turun boleh jalan ke depan sikit dekat kawasan dataran, situ boleh jumpa banyak negro jual keychain eiffel tower. Baik korang beli dgn mereka sbb murah. Dahlah diorang pandai ckp bahasa melayu. Murah, murah...beli..beli... dia cakap dekat kitorang. So, memang pulun beli keychain bayk2 wat sovenier, beg berat sbb keychain & fridge magnet je. Huhu

Boleh beli keychain murah pada mat2 negro yg pandai cakap bahasa melayu ni...murah...murah, beli..beli
Setel di sini around 11 am, terus bergerak ke La Valle Shopping Village. Agak jauh sebab terletak di zon 5. Dalam metro perut dan lapar, tapi tuna dah kena buang. Kitorang ada bawa nasi impit, niat di hati nak buat lunch dgan tuna, tapi at the end, makan nasi impit kosong. So sad...tapi alhamdulillah, perut x gastric walaupun x makan berat. Awal2 lagi dah sumbat gaviscon dalam bag in case of gastric sebab tau dah sini susah nak cari makanan hahal.



The RER train yang kami naik untuk ke La Valle Villgae. 2 tingkat, ohsemm!!


The view along the way together with the sad story of cute nasi impit


Trying to find way to the shopping outlet

La Valle Village which burn a big hole on my purse. Kalau boleh nak berkampung kat sini. 

La Valle Village ni ialah shopping outlet. Semua barang branded dijual pada harga murah. Perempuan kalau gila shopping masuk sini boleh gila sampai pengsan. Dalam kedai Longchamp, Guess, Coach dan lain2, semua wanita-wanita berebut2 beli bag macam dekat pasar malam. Banyak sungguh duit mereka. Kitorang pun beli lah jugak sikit2. Hehe. Tapi sangat worth it. Harga memang jauh beza dengan Malaysia.

Selesai melabur duit di sini around 5pm kitorang terus gerak balik hotel. Solat, makan lepas tu keluar balik, Since maghrib lewat dekat sini, silalah ambil peluang berjalan sehabis mungkin.

Petang tu kami terus ke the Famous Lourve Museum yang ada potret original Monalisa, tapi x masuk pun. Datang amek gambar je. So, layan je la gambar. Malas nak menaip dah ni.

Lourve Museum

The amazing architecture


Statue inside the museum


We don't know what is that. Haha. Di atas tiang sebatang tu ada tulis sejarah dia, tpi x ingat sudah

The gedik pose in front of Arch De Tromphe

Dari Lourve Museum tu kitorang berjalan pergi semua tempat seperti dalam gambar di atas. Nak kata dekat x berapa dekat sangat, tapi boleh basah keti jugak la, haha. Balik semula ke hotel around 10pm, terus pengsan. Kaki sakit tak usah cakaplah, rasa nak tercabut weh. Huhu


So, that the ends of day 4 in Duet Kembara di Bumi Asing. Perghh...English translation is, The Travelling Duo to Alien Planet.


sekian sahaja dari saya, bye

Salam Ramadhan

Dengan ini, saya ingin membuat ucapan
'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa'
walaupun hari ini hari ke 11 kita berpuasa, tapi masih belum terlambat untuk saya sampaikan ucapan ini
orang melayu cakap 'Better late than never'

diharap anda semua mendapat barakah dari bulan yang mulia ini

sekian dari saya 
wassalam

Saturday, June 22, 2013

Busy like a Bee

Rasenya dekat setahun nanti baru boleh habis cerita pergi berjalan ke europe nih
Lately i've been busy with worksss
Diri sendiri tamak pergi amek slot locum sabtu ahad non stop, locum weekdays pun full
I is super pengsan
in other word, i have became workaholic or should locumholic suit me best??

since today saya tiada apa2 perkara berkaitan kerja
Saya akan cuba cont' my travelog
we will see

Sebab saat dan ketika saya menulis ini, saya berada di pejabat imigresen, pekan rabu
Dalam usaha merenew passport untuk destinasi seterusnya

oh, since sekarang jerebu, please take good care of ur health
x perlu lah beramai2 datang ke klinik saya ye
prevention is better than cure
wear mask, banyakkan minum air masak dan duduk diam2 tengok tv dalam rumah

 ok , bye
Passport hampir siap 



Saturday, June 1, 2013

Europe Day 3

Day 3: 27 April 2013 : Sabtu

Location: Belgium --> Paris


Plan asal kitorang hari ini ialah untuk gerak ke Belgium dengan menaiki bas dari Rotterdam, Holland. Kemudian spend masa sikit di Belgium baru bergerak ke Paris petang hari yang sama.



Tapi maksu macam risau je kot tngok anak dara 2 org ni nak pergi sendiri naik bas, so maksu & paksu hantar kitorang sampai la Belgium. Hehe. Thank you. So kira tiket bas Eurolines yang kitorang dah beli dari Rotterdam-Belgium burn sahajalah. Sebab murah so x kesah, haha. Tiket bas Rotterdam-Belgium cuma Euro 9. Haa, x ke murah tuh.... 


So kitorang gerak dari rumah dlm 9am. Perjalanan dari Den Haag ke Belgium memakan masa dalam 2 jam lebih jugaklah. Sepanjang perjalanan view memang cantik, tapi sayangnya aku tidur...haha..

First stop ialah Atomium building. Masa sampai sini around 11am. Ini dikira landmark di Belgium. Building ni besar gabak nampak kecik je dalam gmbar kan. Dekat atas tuh boleh naik, tapi kitorang x naik pun sbb nak kejar masa. Building ni ialah atom structure yg korang belajar dalam chemistry dolu2 dan dibina dalam skala yg besar. Sejarah bila building nih dibina bagai, boleh google sendiri ye. I is malas. Hehe

The Atomiun Building

Told u, its HUGE!!


Di sebelah building ni, ada taman Mini Europe. Dalam tu ada miniature building sume attraction di Europe mcm Eiffel Tower di Paris. Tpi we all x masuk jugaklah. X sempat wooh.

Lepas ambil gambar bagai terus ke kawasan Grand Palace. Masa ni dah around 12 noon. Ini kira kawasan tourist attraction. Dkt sini boleh beli sovenier murah2, boleh beli coklat...belgium ni terkenal dgan coklatnye ok...then kalau datang belgium x makan waffle x sah....belgium is also famous for their Belgian Waffle. 

Jangan tanya macam mana nak datang sini sebab we came by car, thank to TOMTOM GPS...u guys boleh naik public transport untuk ke sini, ada tapi kena ask mr. google how to lah kan

Kedai coklat Belgian memang bersepah, masa nak beli check dulu takut ada alcohol ingredient

Paksu di tengah2 Grand Palace

Paksu doing his tour guide job...hehe

Oppsiee, jangan tiru aksi ini...tak senonoh, sambil makan wafle sambil?? errr

A picture with the famous Mannekin Pis
Kalau datang Brussels, wajib bergambar dengan Mannekin Pis ni. Ini sejarah mereka dimana budak kecik tuh pergi kencing dekat bom lalu telah menyelamatkan seluruh kampung dari melletup musnah lalu diangkat menjadi hero. Selalunya patung ni bogel je tak pakai baju, tapi mase kitorang datang dia tengah pakai baju askar lerr pulakk

We had this famous Belgian Waffle

And this is our lunch. Nasi beriyani again, kedai pakistan tapi pasang lagu Kuch Kuch Hota Hei~

Habis makan dalam pukul 3.30pm terus gerak ke bas station untuk ambil bas ke Paris. Kitorang memang a bit rushing la sebab bas ke paris pada pukul 5pm & we have to be there at least by 4pm sebab kena amek pass bagai. But alhamdulillah, sampai dalam 4pm sharp. Terus pergi ke kaunter check in Eurolines bas, dan ambil pass serta tagging luggage. So, di sini bermulalah episod kembara berdua ke bumi asing. Hehe...maksu muka risau je nk lepaskan dua orang budak ni, siap pesan nasihat bagai lah...kitorang mmg set dalam mind, nanti masa di Paris & London, mesti berhati2 dan menjadi sgt suspicious dgn sume org. 

Perjalanan dari Belgium ke Paris dengan Eurolines Bus memakan masa dalam 5 jam jugaklah. Sepanjang perjalanan memamng cantik, hijau je pemandangan. Tapi most of the time tuh ak tidoo, haha, sebab penat ok. Tiket dari Brussels ke Paris ialah Euro 22.
Kalau korang ada duit lebih bolehlah naik speed train dia, cuma 2 jam je dari Brussels ke Paris. Kalau naik bas ni makan masa dekat 6 jam lah jugak. Tapi tiket train super mahal heh! Maybe dalam Euro 70++ So, kita try cut cost di situ.

K
Off we go to Paris berbekalkan nasi goreng dari bibik.

The driver bus, kitorang duduk depannn sekali sebab seat belakang sume penuh dengan mat saleh

masa ni baru bangun tido...since duduk depan sekali, kenalah pakai sunnies kan sebab silau nak tido x bley nanti...haha

Highway menuju Puncak, impian di hati...eh...

Setelah 2 jam perjalanan, bas berhenti di satu station bas, kitorang pun konfius, eh dah sampai ke xkan sekejap sgt kan...lepas tu tanya driver tu. dia bebel ape tah x faham langsung, haha. Rupe-rupenye dia stop utk dropkan sesiapa yg berhenti di situ & rest dalam 30 mins. Nama station ni ?? x inagt dah lupe, ngeee...kira dah masuk France tapi bahagian atas, Paris agak tengah sikit mengikut map. Peraturan dkt sini, bus x boleh drive non-stop more than 2-3 hours. Kena stop & rest



Lepas tu continue lagi about another 3 hours & then we safely arrived in Galleni Station Paris around 10pm. Masa ni hari baru nak gelap. Dekat sini pukul 9 malam terang benderang lagi, sunset dalam pukul 10pm camtuh.

Keluar je dari station naik tangga terus nampak hotel kitorang. Dekat sini kami stay di Campanile Hotel. Rate ialah 63 Euro semalam for 2 person. Kira sorang dalam 32 Euro semalam la. Ni bukan backpackers hotel, sebab hotel ni sangat besar, cantik & selesa. We all love this hotel so much, Cuma lokasi agak jauh dari pusat bandar, tapi mo man tai lo, train sini sangat efficient dan reliable, sekejap je dah sampai bandar. So, no worries, station tuh bawah hotel ni je. Bersebelahan hotel ada shopping mall, so korang boleh pergi beli roti ke ape ke yg perlu di situ.

Bathroom inside the hotel room, kalau bagpackers hotel mostly bathroom tak attached & kena kongsi

The bed

Tepi ada meja, senang kitorang buat makan dekat situ

Inilah hotelnya, kan dah cakap besarr, bilik kitorang je dekat tingkat 6, so tatau sini ada berapa tingkat

Lepas setel check in, masuk bilik masing2 terus zzzzzzz. 

Ok sambung esok, berjalan2 di bandar pagghiiisss...hehe