Sunday, January 30, 2011

Banjir

saya mahu cerita lebih lanjut pasal banjir
tapi kemudian nanti baru cerita bila keadaan kembali tenang

sekarang mahu cerita mengenai perasaan saya
tengah berada dalam keadaan perasaan risau yang amat sangat kerana 

SATU: sekarang adalah sedang terkandas di bandar segamat kerana jalan pulang ke labis sudah terputus disebabkan banjir, menumpang di rumah bintul, dan masih perlu bekerja esok kecuali jika anda terperangkap dalam rumah tidak boleh keluar rumah langsung, perlu melapor diri ke mana2 fasiliti kesihatan berdekatan jika tidak boleh pergi bekerja di tempat sendiri, oleh itu saya akan melapor diri utk bekerja di klinik berdekatan iaitu kk bandar putra, cuma bermasalah tidak mempunyai baju yang formal utk kerja esok 
-_-"

DUA: risau memikirkan keadaan klinik sendiri, kerana baru mendapat khabar air telah mulai naik ke klinik, dan sekarang hanya meletakkan harapan kepada ppf sendiri untuk pergi selamatkan ubat, tetapi telah dikhabarkan juga bahawa kereta beliau tidak dapat melepasi jalan ke klinik kerana jalan sudah dinaiki air. risau sangat
-_-"

TIGA: bertambah risau bile memikirkn keadaan rumah sewa di Labis, mungkinkah dinaiki air atau mungkinkah tidak..kalau tengok berita dekat tv tadi seluruh bandar labis dah banjir, so most probably rumah saya juga banjir. Kalau banjir habeslah semua barang baju tv peti ais tak dapat diselamatkan sebab saya sendiri terkandas di sini tak dapat balik ke sana.
sangat risau
-_-"

hujan masih lagi berterusan di luar
risau
-_-"

Saturday, January 29, 2011

Gaji

sedih tau...masalah gaji haku ni tak setel2 lagi
kawan2 lain yang mula kerja sama dengan aku semua dah dapat kenaikan tahunan tuh
aku??? haram....tang tu jugak lah gaji nye
udahlah gaji bulan ni makin sikit
sebab cola aku dah kena potong 200, pastuh kwsp punye caruman pun dah naik so potong lagi dekat 100
total lost of 300...heh
gaji....gaji...

bila call tanya tmpt kerja lama dan tanye knpe nih gaji i tak naik lg?
diorang ckp eh kite dah stat bayar gaji baru since october 2010 dgn tunggakan skali
heh, mane de..gaji i masih tang tuh jugak, tunggakan pun tiada lah dapat 

bile check2 kembali....rupenyerr akauntan lupe nak masukkan eventhough diorang sudah buat penyelarasan kenaikan gaji tahunan haku tuh...hangin tak??
then tanya bila boleh dapat gaji baru camni, they said paling cepat bulan april nanti
huarghh..ni baru january kak oii....lambat sungguh tuh
boleh kurus aku kalau begini
*heh...propa je tuh*

gaji itu adalah HAK
dan hak itu mesti diberi, kalau tidak diberi maka ia harus dituntut

sekian

Friday, January 28, 2011

Jumaat

Maaflah tajuk semakin kurang kreatif
saya malas mahu brainstorm tajuk ape mahu letak

anyway, masih lagi cerita yang sama
which is Hujan
ye, hari ni hari ke-3 hujan berlarutan walaupun semalam siang ada seketika waktu di mana mentari meyinar gemilang, tapi kan dah cakap ada awan hitam berarak kelabu
*eh, eh, dah lah hitam, pastuh kelabu pulak, krisis warna sungguh aku ni*
pagi tadi pun patient tak berapa ramai, dalam 20++ je kot sebab semua malas nk harung hujan lebat keluar rumah pergi klinik

dan saya telah mengambil langkah bijak untuk off sahaja petang ini
tidak mahu mengambil risiko perrgi kerja takut nnt x boleh balik semula ke labis kerana air sudah mula naik di pertengahan jalan waktu saya balik rumah rehat tengahri tadi, sudahlah kereta saya itu spesies comel tak boleh berenang kalau banjir, lainlah kalau kereta spesis lasak lain yang boleh berenag tuh kan




itulah sungai belakang taman yang saya duduk nie
sikit lagi, sikit lagi je tuh nak melimpah ruah
ni kalau hujan berterusan sampai malam ni konfem akan terlimpah jua
ladang-ladang sawit dan kebun-kebun getah tepi jalan semua dah naik air tadi
tak dapek lah nak gie motong gotah yo

dan juga telah mendapat arahan bawaha cuti telah dibekukan sehinggalah bilik gerakan banjir ditutup kelak, cemana nak sambut raya cina ni...heh
sudahlah minggu ni saya tak dapat balik jb sebab esok ada meeting
saya suka hari hujan, tapi saya pasti saya tak suka kalau hari banjir

sekian, lintas-langsung dari Labis, Segamat
at 1.33 pm

Thursday, January 27, 2011

Khamis

mood untuk berblogging sekarang berada di tahap paling rendah
atau paling mudah orang panggil MALAS

siang tadi mentari menyinar gemilang walaupun ade awan hitam berarak kelabu 
makanya, sekarang ini hujan turun mencurah-curah ke muka bumi
air sungai sebelah tuh pasti naik lagi malam ni
jangan dia melimpah masuk ke rumah ini sudah

hujan semakin lebat, internet pula semakin lambat
oleh itu malam ni mari tidur cepat
sudahlah, selamat malam semua~