hari ini sangat penat
seperti biasa bergerak ke chaah dari rumah senai pagi isnin pukul 6.30am
tapi hari ini nasib kurang baik terpaksa buat 2 pit stop sebab sakit perut di tengah jalan
mungkinkah akibat lontong kering bazar ramadhan semalam??
kalau ikutkan mungkin sepatutnya lebih dari 2, tpi sebab dah lambat jadi terpaksa tahan sambil terkulat2 memandu pulang ke segamat
hasilnya, punch kad telah berwarna merah
kemudian serbuan pesakit di pagi hari ini adalah sangat di luar jangkaan
sepertinya kami membuat lelongan potongan harga sehingga 100%
kau pernah jumpa potongan 100%?? tidak pernah kan??
tambahan pula saya adalah berseorangan tanpa ditemani ppf
maka bersilatlah di kaunter farmasi itu laksana hang tuah
petang hari pula dikejutkan dengan short notice untuk ke taklimat pemakanan di sebuah kk lain
baru ingat mengelat nk ponteng, tapi tiba-tiba di sergah sister
makanya, telah diheret oleh sister untuk mendengar taklimat jadah tu
puasa pun sudah 2 minggu *tiba-tiba tukar topic*
tapi mood raya masih belum mari walaupun hari ini kebanyakan radio sudah stat pasang lgu raya
mungkinkah sebab belum pergi shopping raya lagi??
belum buat kuih raya lagi??
lagipun saya bz sampai nak shopping pun tak sempat
sabtu ahad juga sudah fully occupied
hari ini bonus sudah masuk, syukur Alhamdulillah
ok, entry habis secara tiba-tiba