Sunday, September 22, 2013

Europe Day 7

Day 7: 1 Mei 2013: Rabu

Location: London

Hari ni kami akan ikut tour ke 3 tempat yang terletak sedikit jauh dari bandar London. Tempat yang kami akan pergi ialah:

1. Windsor Castle
2. Roman Bath
3. Stonehenge

Tour ni kami da book awal lagi dari Malaysia. Ada banyak tour yang available, cari je dekat Mr. Google. Beza satu tour ke tour yang lain ialah harga dan pakej. Ada pakej yang untuk pergi 1 tempat je, ada yg 2..tapi yang kami pilih ni 3 tempat. Tour yang kami ikut ialah Golden Tour dengan harga dalam +/-70 pound, x ingat the exact price

So pagi tu, tour akan datang utk pick up kita dekat tempat yang kita dah deal dengan mereka by emel. Pagi tu sangat sejukkk...aku masih ingat tahap kesejukannya sehingga ke tulang sumsum..huhu

Kami arrange dengan tour untuk datang pick up kami di St Pancras International Hotel, x jauh dari hotel kami stay

Dalam tour ni kami sempat berkenalan dengan 2 orang Malaysian, orang Sarawak x silap ataupun Sabah...dah lupa...sorang tuh dental lecturer datang untuk convocation, so pergi berjalan sekali lah.

Dalam bas tour kami

Tempat pertama yang di tuju ialah Windsor Castle. Perjalanan makan masa dalam 1 jam dari satu tempat ke tempat yang lain. View sepanjang perjalanan memang cantik...hijau mata memandang...akan tetapi, aku tido most of the time sebab badan letih sangat berjalan hasil berjalan dari hari2 yang lepas...haha

Admission ticket into the Windsor Castle

Dalam Windsor Castle

Kami dibekalkan dengan benda macam walkman, kau tekan2 je situ untuk dengar penjelasan setiap sudut mengenai Castle nih 


Apa ada dalam castle nih?? Macam-macam ada, tapi sayangnya no photo is allowed inside...so korang tengok dan rakam dalam memori je lah...kami spend about 1 and a half hour di sini...dalam nih ada banyak segment, ada tunjuk bedroom, meeting room, kitchen, hall tempat di mana keturunan raja2 nih duduk...cantik sangat2 especially furniture dia yang unik dan confirm mahal kan

After that, kami kumpul balik di tempat yang ditetapkan dan bergerak ke destinasi seterusnya which is Roman Bath & Pump room...naik je bas kami lunch denan bekal roti yang dibawa, after that sambung tido...selepas lebih kurang sejam sampai la di Roman Bath

itu tour guide kami...
Apa ada di roman bath house ni? Ada kolam air panas yang mana pada zaman dulu2 orang roman buat mandi...alamak, aku fail sikit bab sejarah2 ni...let the pictures do the talking...haha

The roman bath...air warna hijau tu lah kolam air panas, tapi tak boleh buat mandi, banyak kuman weh..


Spotted a man wearing a roman attire
Spend masa dalam sejam jugak dekat sini. Lepas habis tengok kolam air panas ni, kitorang pergi cari air panas pulak untuk diminum..haha...jalan2 jumpa starbuck, masa dekat europe ni hari2 minum starbuck, kalau dekat malaysia, setahun boleh kira berapa kali je dengan jari ni...since cuaca memang sejuk, hot coffee or hot choc is the best i told u...starbuck pulak bersepah dan memang murah kat sini..

menikmati hot chocolate with beautiful view

City of bath, sambil tunggu tour bas sampai
After that sambung perjalanan ke Stonehenge...tempat ni lah yang paling nak pergi sekali...masuk dalam list of 7 wonders..padahal cuma batu-bata je kan...haha...layan gambar please

yeay, sampai sudah di stonehenge

please excuse the mak datin pose by me

sekitar kawasan stonehenge ni ialah padang ragut biri2

kan dah cakap, cuma batu je...haha...akhirnya misteri batu terapung terungkai jua
masa dekat sini paling singkat, walaupun cuma batu je yang ada tapi macam a bit rushing, tak puas rasa ambil gambar, kalau lambat nanti kena tinggal pulak dengan bas, nanges tak sudah....jauh kot kawasan ni, agak pedalaman jugak & takde public transport unless naik kereta or ikut tour

overall, tour ni memang ok & recommended sangat2, tapi a bit pricey jugak...depends pada korang la, pada kitorang, this might be the first & the last one kot datang london, so why not cover these places as well kan..berbaloi2...view memang cantik

lepas habis tout tu kami menuju semula ke kota london...sampai sana around 6pm & terus kami ke bayswater untuk cari Malaysian Hall sebab lapar weh tak makan proper lagi untuk hari ni, cuma lunch roti je kot tadi...kalau nak cari makanan halal, dekat area bayswater ni bersepah2...kedai malaysia pun banyak...orang melayu pun bersepah ok...

sampai Malaysian hall terus order 'nasi goreng kampung I miss Malaysia', ok yg belakang tu aku tambah sendiri...harga memang standard lah harga kota london, ko tak payah lah convert duit RM, janji perut kenyang sudah

habis makan terus balik hotel pengsan..haha

ok, sambung nanti lagi...





Saturday, September 14, 2013

Europe Day 6

Day 6: 30 April 2013: Selasa

Location: Paris --> London

Hari ni hari last kami di Paris. Plan hari ini ialah check out hotel, then drop bag di Gare Du Nord Station dan sambung jalan di paris. Kami akan bergerak ke London jam 5:43pm by Eurostar train.

So pagi tu kami check out hotel & naik metro ke Gare Du Nord Station. Ia merupakan international train station yang mana kau boleh naik train untuk ke mana2 negara lain di europe ni. Sampai sana kami terus cari lokar untuk simpan beg luggage kami. Bayaran adalah sebanyak 9.50 Euro per lokar untuk tempoh 24 hours kalau x silap.

Gare Du Nord Station

Luggage kami, kecik je...yang besar tinggal dekat rumah maksu di The Hague

Setel letak bag, kitorang terus gerak ke Galeries La Fayette which is a very high class & high end punya shopping complex. Mampu tengok je weh, nak beli menangis nak sebab balik malaysia nanti tak cukup duit nak wat lucnh. Haha. So, window shopping la kita kat situ.

Yeay, dah sampai dengan menaiki metro yang efficient

Interior design of Galeries La Fayette, ko tengok betapa mewahnya design dia...x macam shopping complex pung

Shopping la sangattt
Setelah puas mencuci mata dekat sini, kami bergerak dalam misi mencari macaroon. Masa ni rasa macam frust sangat sebab tak jumpa kedai macaroon ni dekat mana. Orang cakap kalau datang Paris mesti rasa Laduree Macaroon sebab sedap sangat. Sesat barat kitorang masa ni. Nak cari lokasi kedai intenet takde. Kitorang kat europe ni tak beli pun dia punya simkad. Kalau di Paris, nak activekan simkad je dah take 3 days baru boleh pakai, so no use la kan.

Menapak je la tanpa hala tuju sebab nak habiskan masa sementara nk tunggu train petang. Tengah jalan2, tetibe boleh pulak terjumpa kedai Laduree tuh, wah...rasa macam nak melompat2 sebab x sangka akhirnya boleh terjumpa jugak.

Akhirnya terjumpa kedai Laduree tanpa sengaja

Wide selection of macaroon with variety of flavors

Desserts....nyum...nyum

Laduree is actually a cafe...tapi saya cuma nak rasa macaron dia yang sedap tu...harga x ingat la berapa, tapi rasa macam +/- 1.5 euro per pieces. Sumpah sedap habis macaron dia, x manis, soft & crunchy at the same time. Pernah rasa yg dkt malaysia punya macaron, ya ampuuun, manis yang amat sangat. Boleh diabetes dibuatnya. Haha

Dalam 3.30 pm macam tu kitorang dah gerak ke Gare Du Nord station semula sebab nak kena check in train awal. After check in, sempat lagi beli perfumes dkt tax free kedai dalam station tu. Train station dia nih dah standard mcm KLIA pulak.

Tepat 5. 43pm, train Eurolines pun bergerak ke London. FYI, dari Paris ke London memakan masa dalam 2 jam sejauh lebih kurang 500km. Kira macam dari JB nak ke Perak kot. Train ni sama laju macam naik flight. Train akan lalu dalam tunnel yang ditebuk di bawah laut yang dipanggil English Channel Tunnel. Kagum weh. Tapi masa lalu bawah laut tu tak nampak pun ikan, sebab lalu dalam tanah bawah laut. Cuma rasa berdengung semacam je. Harga tiket Paris - London by Eurolines adalah Euro 50.

Dalam train...seat dia siap ada meja attach dkt in front seat mcm dalam flight...I is jakunn
After about 2 hours journey, kami pun sampai lah ke St Pancras International Station di London. Suhu di London lebih sejuk berbanding di Paris. Lepas sampai kami terus beli Oyster Card. Kira macam touch & go card untuk memudahkan proses naik transport di sini. Then terus check in hotel. Hotel kami dekat je dengan station ni sebab senang sikit tak payah nak heret bag jauh2.

Di London, kami stay di Meridiana Hotel selama 4 hari. Rate untuk semalam ialah 84 pound sterling per night. So untuk 4 malam, sila kira sendiri dan convert ke duit RM.

Yeay, dah smpai St Pancaras International Station

Meridiana Hotel thay we stayed in
Lepas check in, solat dan terus keluar balik saje nak jenjalan area situ. Masa ni dah dekat 9pm kot, tapi hari masih cerah. Maghrib dalam 9.30pm macam tu. So kalau nak pergi Europe, pergi lah masa hari siangnya panjang, kalau musim sejuk, siangnya pendek je nanti.

Bus merah double decker trade mark London

St. Pancras International St with it amazing architecture
Malam tu kitorang cuma makan maggi. Lepas tu terus tido...sambung esok pulak day 7 k.

Sekian. Bye~







Tuesday, September 10, 2013

Bercuti lagi???

Alhamdulillah, i am back safe & sound from 10 days of holiday in Australia  (30/8/2013 - 9/9/2013)

Esok akan mula bekerja balik....sesungguhnya esok akan menjadi the bluest wednesday ever

Malassssnyrrr....if only everyday is a holiday...hahaha...berangan je la kan

Saya tahu saya masih ada hutang cerita trip saya ke europe, lepas tuh skarang ni saya berangan2 nak cerita trip saya ke australia pulak....hahaha

Sesungguhnya masa itu sangat mencemburui saya
walaubagaimanapun, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk habiskan cerita europe dulu, kemudian sambung cerita aussie pulak

so, mari berharap agar saya mempunyai banyak masa lapang untuk update kisah trip saya

sekian, bye~