Saturday, September 14, 2013

Europe Day 6

Day 6: 30 April 2013: Selasa

Location: Paris --> London

Hari ni hari last kami di Paris. Plan hari ini ialah check out hotel, then drop bag di Gare Du Nord Station dan sambung jalan di paris. Kami akan bergerak ke London jam 5:43pm by Eurostar train.

So pagi tu kami check out hotel & naik metro ke Gare Du Nord Station. Ia merupakan international train station yang mana kau boleh naik train untuk ke mana2 negara lain di europe ni. Sampai sana kami terus cari lokar untuk simpan beg luggage kami. Bayaran adalah sebanyak 9.50 Euro per lokar untuk tempoh 24 hours kalau x silap.

Gare Du Nord Station

Luggage kami, kecik je...yang besar tinggal dekat rumah maksu di The Hague

Setel letak bag, kitorang terus gerak ke Galeries La Fayette which is a very high class & high end punya shopping complex. Mampu tengok je weh, nak beli menangis nak sebab balik malaysia nanti tak cukup duit nak wat lucnh. Haha. So, window shopping la kita kat situ.

Yeay, dah sampai dengan menaiki metro yang efficient

Interior design of Galeries La Fayette, ko tengok betapa mewahnya design dia...x macam shopping complex pung

Shopping la sangattt
Setelah puas mencuci mata dekat sini, kami bergerak dalam misi mencari macaroon. Masa ni rasa macam frust sangat sebab tak jumpa kedai macaroon ni dekat mana. Orang cakap kalau datang Paris mesti rasa Laduree Macaroon sebab sedap sangat. Sesat barat kitorang masa ni. Nak cari lokasi kedai intenet takde. Kitorang kat europe ni tak beli pun dia punya simkad. Kalau di Paris, nak activekan simkad je dah take 3 days baru boleh pakai, so no use la kan.

Menapak je la tanpa hala tuju sebab nak habiskan masa sementara nk tunggu train petang. Tengah jalan2, tetibe boleh pulak terjumpa kedai Laduree tuh, wah...rasa macam nak melompat2 sebab x sangka akhirnya boleh terjumpa jugak.

Akhirnya terjumpa kedai Laduree tanpa sengaja

Wide selection of macaroon with variety of flavors

Desserts....nyum...nyum

Laduree is actually a cafe...tapi saya cuma nak rasa macaron dia yang sedap tu...harga x ingat la berapa, tapi rasa macam +/- 1.5 euro per pieces. Sumpah sedap habis macaron dia, x manis, soft & crunchy at the same time. Pernah rasa yg dkt malaysia punya macaron, ya ampuuun, manis yang amat sangat. Boleh diabetes dibuatnya. Haha

Dalam 3.30 pm macam tu kitorang dah gerak ke Gare Du Nord station semula sebab nak kena check in train awal. After check in, sempat lagi beli perfumes dkt tax free kedai dalam station tu. Train station dia nih dah standard mcm KLIA pulak.

Tepat 5. 43pm, train Eurolines pun bergerak ke London. FYI, dari Paris ke London memakan masa dalam 2 jam sejauh lebih kurang 500km. Kira macam dari JB nak ke Perak kot. Train ni sama laju macam naik flight. Train akan lalu dalam tunnel yang ditebuk di bawah laut yang dipanggil English Channel Tunnel. Kagum weh. Tapi masa lalu bawah laut tu tak nampak pun ikan, sebab lalu dalam tanah bawah laut. Cuma rasa berdengung semacam je. Harga tiket Paris - London by Eurolines adalah Euro 50.

Dalam train...seat dia siap ada meja attach dkt in front seat mcm dalam flight...I is jakunn
After about 2 hours journey, kami pun sampai lah ke St Pancras International Station di London. Suhu di London lebih sejuk berbanding di Paris. Lepas sampai kami terus beli Oyster Card. Kira macam touch & go card untuk memudahkan proses naik transport di sini. Then terus check in hotel. Hotel kami dekat je dengan station ni sebab senang sikit tak payah nak heret bag jauh2.

Di London, kami stay di Meridiana Hotel selama 4 hari. Rate untuk semalam ialah 84 pound sterling per night. So untuk 4 malam, sila kira sendiri dan convert ke duit RM.

Yeay, dah smpai St Pancaras International Station

Meridiana Hotel thay we stayed in
Lepas check in, solat dan terus keluar balik saje nak jenjalan area situ. Masa ni dah dekat 9pm kot, tapi hari masih cerah. Maghrib dalam 9.30pm macam tu. So kalau nak pergi Europe, pergi lah masa hari siangnya panjang, kalau musim sejuk, siangnya pendek je nanti.

Bus merah double decker trade mark London

St. Pancras International St with it amazing architecture
Malam tu kitorang cuma makan maggi. Lepas tu terus tido...sambung esok pulak day 7 k.

Sekian. Bye~