Monday, February 28, 2011

Move on

February has always been a short month
with 28 days and 29 days once in a 4 years 
but February this year has been the longest one for me
and i'm hoping for a better March
so, lets move on

Thursday, February 24, 2011

Banjir 9.0

Proses pengeringan




Tuh semua surat-surat rasmi dan juga sijil-sijil dari sijil pengawas sekolah rendah sampai lah ke degree, semua basah lencun kena banjir. Habes kembang semua dakwat tulisan atas sijil semua.
 T_T
Terpaksa susun keringkan bawah kipas, nak susun bawah matahari takut terbang ditiup angin plak nanti



Ahh, ni rupe kete mase banjir. Kehidupan NOMAD 
Dalam kereta ada payung, ubat untuk team banjir, towel, bantal, baju untuk dipakai, pencuci lantai, maggi milo. Seminggu ke hulu ke hilir mengangkut benda ni.
Seminggu duduk rumah bin, 4 kali lah check out rumah dia waktu pagi angkut sume barang macam dah nak berambus terus, tapi tetibe petang datang balik sungguh tak malu sebab ade je halangan untuk balik rumah sendiri.
Anyway bin, jasamu sangat kukenang~
len kalu aku datang lagi...hehe

ok, ini post yang terakhir untuk banjir
cukuplah sampai 9.0 kot

-THE END-

Tuesday, February 22, 2011

Banjir 8.0

Lawatan mengejut YBMK ke klinik


Liow Tiong Lai memberi ucapan

Beratur-beratur, tiong lai bagi angpau....haha

Sesi temuramah dengan wartawan nanyang siang pau

Pagi sabtu 6.2.11 tuh tetiba sahaje mereka inform liow tiong lai nak datang. Hah, tak ke kelam kabut, petang tuh nak datang, pagi baru bagitau. Heh, bukan calang-calang orang kot, menteri tuh. Dahlah hari sabtu kan, klinik pun belum abes kemas lepas banjir tuh. Luckily kami semua memang on stand by mode. Saya memang dah ada dekat klinik pagi tuh sebab kena layan Mat don minum dadah.

Tujuan lawatan adalah tak lain tak bukan kerana banjir
part yang paling best adalah bila Tiong lai bagi angpau rm10 dan 2 biji limau oren, seisei ni!!

harap boleh dapat bajet tambahan beli ubat, pretty please???
dahlah ubat naik harga, harap bajet sila lah naik juga...


Sunday, February 20, 2011

Banjir 7.0

Pembersihan Rumah

iman ni tolong menyibuk je, main air memang kegemaran dia

tuh baju busuk terendam air banjir, serius busuk macam baru balik camping tak mandi seminggu

askar import nih


kerja-kerja pembersihan dibuat pada 3.2.11 which is hari raya cina pertama, maka terpaksalah kami membuat tarian singan lawan naga dalam air di sini

dalam 3 jam dah selesai membasuh semua, cuma tinggal yang minor2 sahaja

nasib bertuah sebab ada bantuan askar diimport khas dari jb, kalau nak harap basuh sendiri konfem 30 jam pun tak habes, mana nak sembur air, mana nak sental, mana nak tolak air kuar lagi, boleh membasuh sambil menangis begitu

terima-kasih~

Friday, February 18, 2011

Banjir 6.0

hahaha, gelak dulu sebelum pape
saya dah cakap saya akan cerita pasal banjir sampai boleh buat orang muntah sampai banjir lah, pastu mesti dehydarate habes lah kan

Bantuan Makanan



Bantuan makanan ni dapat hari rabu 2.2.2011
setiap keluarga yang rumah mereka dilanda banjir layak dapat bantuan ni
diorang datang naik lori besar bertulis Hospital Sultanah Aminah
*aku tatau pulak hospital ada lori, kalau ambulans pajero van tuh ade lah kan*
bantuan ni dia hantar ke setiap klinik untuk staf yang menjadi mangsa banjir
dapat 2 botol 5L mineral water, 5kg beras, milo, maggi dan telur
oklah kan, rezeki orang bagi kita ambil, Alhamdulillah~

tapi beras tuh aku hantar balik jb, kalo nak harap aku masak kat sini, sampai ke tahun depan lah tak habis-habis beras 5kg, buat habes rosak dengan kutu beras je ade lahh kan, kalo maggi tuh laju sahaje

hurrm, ape lagi nk cite pasal banjir
pikir-pikir~




Wednesday, February 16, 2011

Banjir 5.0

Lagi fenomena selepas banjir






all pictures were taken 2 days after flood in my neighborhood area
kebanyakannya mengalami kerosakan harta benda yang boleh tahan teruk
tengok sahajalah timbunan perabot kerusi tilam depan rumah mereka itu
semua tu duit tu weh, mana tak sedih
memang tak sempat nak selamatkan banyak barang sebab air naik sangat cepat, lebih utama selamatkan diri dan benda-benda lain yang penting sahaja
tapi kalau tengok bandar segamat lepas banjir lagi teruk, macam itulah pusat longgokan sampah sedunia
berpeluhlah pihak perbandaran nak bersihkan agaknya

semoga kita semua bertabah~





Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W

I made this yesterday


 resipi al-campak sesuka hati sahaja, icing sememeh, yelaa, takde proper equipment, icing sumbat dalam plastik potong bucu dia pastuh picit atas kek, tu pasal comot je
but still yumm-eah okay



Monday, February 14, 2011

Banjir 4.0

Rumah selepas banjir

Yang coklat itu lumpur, warna tikar getah sebenar adalah Hijau, tapi tiada rupe langsung kan

Lumpur setebal 1 inci, hamek kau, tak ke jenuh aku nak membasuh tuh




Tilam adalah basah terendam dalam banjir, terpaksa tumpang lagi tido rumah bin dan ulang-alik ke tempat kerja, taknak jauh pulak 50km dari klinik ke rumah dia, pengsan~

Baju adalah basah terendam banjir dan paling penting berlumpur, ahad dah banjir, tapi khamis baru dapat basuh baju, kau bayangkan betapa busuknye baju aku tuh 4 hari berendam air kotor bukannye sabun, rendam sabun 4 hari pun busuk ape, jenuh aku membasuh 5 baldi baju, dan ada baju yang terpaksa dibuang, banyak jugak kot~

Khamis juga baru dapat basuh rumah, ingat nak cuti rabu basuh rumah tapi tak dibenarkan sebab cuti adalah BEKU, memang aku stress masa tuh, kita kena kerja tolong orang lain yang susah sebab banjir, tapi takde orang nak tolong kita yang sama-sama affected juga sebab banjir, stress~

Barang-barang memang semua tak dapat diselamatkan sebab masa air naik aku tersangkut di tempat lain, paling sedih terpaksa buang Drug Info Handbook sebab lunyai abes lembik kena air, waaa, mahal tuh, then lagi sedih bila tengok semua sijil-sijil dalam fail aku rosak, dari sijil pengawas sekolah rendah sampai la sijil PMR, SPM, degree semua, surat tawaran kerja, surat lantikan semua lunyai lembik, sedih~

Kamera kesayangan aku rosak kena air banjir, dulu masa zaman uitm kamera rosak kena air jugak sebab 'ter'bawak masuk dalam sungai masa BTN dulu, ok fine, memang jodoh aku dengan kamera beli sendiri tak panjang, so sila bagi saya hadiah kamera~

ok, thats all for now
but things are getting better slowly
semoga semua urusan dipermudahkan, InsyaAllah~

Saturday, February 12, 2011

Happy Weekend!!!

Good morning everyone!!!
weekend is here finally
and i'm home after 3 weeks stucked in segamat
hooo-yeah *sambil joget2*

 will be at home until tuesday
wa cuti isnin derr, balas dendam kena keje 4 hari masa CNY kan

anyway, Happy Lazying Around this Weekend!!

Friday, February 11, 2011

Banjir 3.0

Klinik Selepas Banjir






gambar semasa banjir tiada
perkhidmatan lumpuh selama 3 hari sebelum CNY holiday
sebab tuh isnin lepas klinik macam diserang beribu todak *pesakit pula sangat rakus*
sekian~

Thursday, February 10, 2011

Banjir 2.0

semalam Segamat masuk TV program Bersamamu
semangat tengok kot2 ada kelibat 
kesian tengok chinese people yang affected by banjir nak sambut CNY
sedih kot
makan besar pun ala kadar je

mereka cakap banjir 2011 ini lebih teruk dari 2006
walaupun cuma 2 hari, tapi air naik lebih cepat dan tinggi dari dulu

my chinese friend PF terpaksa datang kerja 1 day prior to CNY sebab byk benda kena setel sebab klinik dia banjir
sampai ayah dia merajuk since dia balik rumah lambat untuk makan besar, kerja punya pasal

fakta yang diberi oleh Tok Janggut 
'Fenomena banjir ni berlaku sebab udara panas dari kawasan Somalia bertemu dengan udara sejuk dari Filipina lalu berkumpul di ruang udara Johor menyebabkan hujan tanpa henti selama seminggu'
fakta atau auta???

hari pertama banjir semua kedai runcit ran out of food
paling best sebiji telur mahupun roti tak nampak kelibat langsung
semua orang berpusu berebut beli makanan untuk preparation kalau banjir berterusan sebab tahun 2006 dulu selama 4 hari
dan semua orang juga pergi isi minyak in case kereta stuck dalam banjir x boleh gerak or minyak habis supply kalau kita terputus hubungan dari dunia luar
semua orang tu termasuk lah saya

masa banjir memang tak rasa affected sangat sebab menumpang rumah orang
tapi lepas banjir banyak pulak masalah yang timbul 
fenin~

The end for today's rambling

Wednesday, February 9, 2011

Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Tuesday, February 8, 2011

Banjir 1.0

Terimalah episode bersiri Banjir dari saya..Hihi

Dekat segamat ni hujan lebat setiap hari dah mula dari malam selasa 25 Januari lagi. Lepas tuh hujan berterusan hari-hari berikutnya dengan waktu petang panas sekejap lepas tuh sambung balik hujan malam. Dan ternyata kerisauan aku tentang air sungai yang makin tinggi pada waktu itu menjadi kenyataan. Sungai telah melimpah dengan girangnya ke seluruh kawasan segamat nih.

Sabtu tu aku ada meeting so aku tido rumah bin malam tuh. Ahad pagi tu hujan masih lebat so aku bergolek-golek je la dalam sejuk kat rumah bin. Tunggu-tunggu jugak berita dekat TV samada air dah naik ke belum, ada jalan dah kena tutup ke tak sebab aku nak balik Labis lagipun isnin kan kena kerja. Tapi takde pun berita banjir keluar kat TV, balik-balik cerita pasal pilihanraya DUN Tenang. Haa, tak ke bengang tu. Orang dok risau pasal banjir, kat TV dok cerita pilihanraya. Cett!!

So aku decide nak redah je balik Labis petang tuh. Pukul 5pm aku gerak dari rumah bin. Hujan masih lebat. Tetiba sampai dekat depan Stesen Tenang tuh aku nampak banyak kereta pull over tepi jalan. Eh, eh kenapa ni. Rupa-rupanya jalan depan tuh dah naik air tak boleh lalu. Huarghh.. Then terus u-turn dan dengan tak malunye pegi ke rumah bin semula.



ni video yang sempat aku rakam masa air naik dekat depan jalan tuh, tapi x berapa nak clear sangat, haha, malu sebenarnye sebab macam aku je terhegeh-hegeh nak rakam2, orang lain takde pun dok keluar kamera hape kan. Ada jugak kereta yg degil lalu, naseb la rosak enjin korang nanti

Jalan menghala ke Tangkak

Bandar Segamat 30/1/2011
Kawasan rumah kedai 30/1/2011
Kesian Kancil tersebut
Credit: Gambar diambil di FB
Rumah bin ni kawasan tinggi, so memang tak risau lah pasal rumah naik air sebab kitorang conclude kalau sini banjir satu segamat ni konfem tenggelam lah, tinggal bumbung je. Nauzubillah. Malam ahad tuh kitorang dok kalut la pasal banjir. Hujan pulak bertambah lebat tak berhenti2. Masing-masing sibuk dok message eh, eh sini dah naik air, sana dah naik air. Dah macam bilik gerakan banjir dah rumah bin malam tuh. Kitorang tengah dok risau2, housemate bin pulak dok risau cemana nak balik cuti CNY. Ohh, mentang-mentang lah korang student gembira je ye. Jeles sungguh.

Malam tuh dalam 9 lebih PPF aku message cakap klinik dan naik air. Pastuh dia tak dapat nak pergi ke klinik untuk selamatkan ubat sebab kereta tak lepas air dah naik agak tinggi. Wahh, masa tuh aku punye risau tahap macam orang kehilangan anak dalam kesesakan orang ramai masa tengah mega sale dekat SOGO. Hihi. Faham tak risau yg macam mana mase tuh. Kalau tak faham tak tahu lah. Aku suruh dia cuba jugak kalau tak susah wehh...susahh...bajet dah lah restricted, mana aku nak cekau ubat nanti kan. Aku pulak memang lah tak lepas nak ke klinik sana sebab aku pun terkandas dekat Bandar segamat ni.

Akhirnya setelah berusaha dapat jugak dia pegi tapi naik Storm pakcik dia, baru boleh lepas jalan. Masa tuh air baru masuk klinik. Dalam satu jam lepas naikkan ubat ke tempat tinggi air dah sampai paras lutut. Dekat luar klinik air dah paras pinggang. Nasib baik klinik dah ditinggikan lepas banjir besar tahun 2006 dulu, kalau tak konfem teruk. Lepas ubat dah selamat semua baru lah lega sikit.

Dah setel masalah semua dekat pkul 12malam tuh barulah tido. Baru nak terlelap tetiba ada call masuk, boss kitorang mintak tolong tumpangkan seorang JM yang terkandas tak boleh balik buloh kasap. Kesian JM tuh, dah lah hantar kes patient nak bersalin naik lori askar since air dah tinggi sangat hanya lori besar je boleh lalu, pastuh tak bole balik ke rumah semula terpinga-pinga dia sensorang dekat A&E hospital. So kitorang pun pergilah ke hospital misi menyelamat ambil dia dalam hujan yang masih lebat tengah malam hampir pukul 1 pagi. Hishh, sungguh dramatic. Last2 dekat pukul 2 pagi baru dapat tido.


huh, jenuh aku bercerita, okaylah.
sekian kisah hari pertama banjir

Monday, February 7, 2011

I need Holiday STAT

i seriously need a holiday STAT
life has been hectic since banjir last week
been stucked here in segamat 
when others are enjoying & rejuvenating with their long CNY holidays and i am not
i had 4 days in a row of CNY holiday spent in klinik from 9am to 3pm
how's that sound??? depressing isn't it??
i haven't finish cleaning my things yang berlumpur kena banjir
and to make it worse, patients adalah sangat banyak hari ini, klinik banjir dengan patient pula
:((
and ubat masih belum habes kemas since banjir the other day
ubat juga banyak tidak sempat dipacking
and i am on my own since my ppf is on medical leave
STRESS giler kott!!!


Friday, February 4, 2011

Miserable

I just had one whole miserable hard week
sebab klinik banjir
sebab rumah sewa pun banjir 
sebab masalah dengan team banjir 
sebab masalah ubat
sebab bengang dengan MA
sebab kena sound dengan pengarah kesihatan negeri 
sebab tak boleh balik on CNY since masih kena standby untuk team banjir

:(

i cried when a friend of mine call untuk tanya how's things going
and i even cried more after that while driving
sangat stress, emotionally unstable, physically tired

sungguh dramatic kan, yeah i know

lepas nih muntah lah korang dengar cerita pasal banjir aku ni, i dont care, i nak publish post pasal banjir hari2 sampai i rasa penat then stop
because u don't always get to experience this
and i wish i will no longer be here in segamat if banjir happens next time
*by that i mean i already get transferred out from here* 

until next banjir post
bye~

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Choi

Happy Chinese New Year to all chinese people!!!
Gong Xi Fa Choi