Tuesday, February 8, 2011

Banjir 1.0

Terimalah episode bersiri Banjir dari saya..Hihi

Dekat segamat ni hujan lebat setiap hari dah mula dari malam selasa 25 Januari lagi. Lepas tuh hujan berterusan hari-hari berikutnya dengan waktu petang panas sekejap lepas tuh sambung balik hujan malam. Dan ternyata kerisauan aku tentang air sungai yang makin tinggi pada waktu itu menjadi kenyataan. Sungai telah melimpah dengan girangnya ke seluruh kawasan segamat nih.

Sabtu tu aku ada meeting so aku tido rumah bin malam tuh. Ahad pagi tu hujan masih lebat so aku bergolek-golek je la dalam sejuk kat rumah bin. Tunggu-tunggu jugak berita dekat TV samada air dah naik ke belum, ada jalan dah kena tutup ke tak sebab aku nak balik Labis lagipun isnin kan kena kerja. Tapi takde pun berita banjir keluar kat TV, balik-balik cerita pasal pilihanraya DUN Tenang. Haa, tak ke bengang tu. Orang dok risau pasal banjir, kat TV dok cerita pilihanraya. Cett!!

So aku decide nak redah je balik Labis petang tuh. Pukul 5pm aku gerak dari rumah bin. Hujan masih lebat. Tetiba sampai dekat depan Stesen Tenang tuh aku nampak banyak kereta pull over tepi jalan. Eh, eh kenapa ni. Rupa-rupanya jalan depan tuh dah naik air tak boleh lalu. Huarghh.. Then terus u-turn dan dengan tak malunye pegi ke rumah bin semula.



ni video yang sempat aku rakam masa air naik dekat depan jalan tuh, tapi x berapa nak clear sangat, haha, malu sebenarnye sebab macam aku je terhegeh-hegeh nak rakam2, orang lain takde pun dok keluar kamera hape kan. Ada jugak kereta yg degil lalu, naseb la rosak enjin korang nanti

Jalan menghala ke Tangkak

Bandar Segamat 30/1/2011
Kawasan rumah kedai 30/1/2011
Kesian Kancil tersebut
Credit: Gambar diambil di FB
Rumah bin ni kawasan tinggi, so memang tak risau lah pasal rumah naik air sebab kitorang conclude kalau sini banjir satu segamat ni konfem tenggelam lah, tinggal bumbung je. Nauzubillah. Malam ahad tuh kitorang dok kalut la pasal banjir. Hujan pulak bertambah lebat tak berhenti2. Masing-masing sibuk dok message eh, eh sini dah naik air, sana dah naik air. Dah macam bilik gerakan banjir dah rumah bin malam tuh. Kitorang tengah dok risau2, housemate bin pulak dok risau cemana nak balik cuti CNY. Ohh, mentang-mentang lah korang student gembira je ye. Jeles sungguh.

Malam tuh dalam 9 lebih PPF aku message cakap klinik dan naik air. Pastuh dia tak dapat nak pergi ke klinik untuk selamatkan ubat sebab kereta tak lepas air dah naik agak tinggi. Wahh, masa tuh aku punye risau tahap macam orang kehilangan anak dalam kesesakan orang ramai masa tengah mega sale dekat SOGO. Hihi. Faham tak risau yg macam mana mase tuh. Kalau tak faham tak tahu lah. Aku suruh dia cuba jugak kalau tak susah wehh...susahh...bajet dah lah restricted, mana aku nak cekau ubat nanti kan. Aku pulak memang lah tak lepas nak ke klinik sana sebab aku pun terkandas dekat Bandar segamat ni.

Akhirnya setelah berusaha dapat jugak dia pegi tapi naik Storm pakcik dia, baru boleh lepas jalan. Masa tuh air baru masuk klinik. Dalam satu jam lepas naikkan ubat ke tempat tinggi air dah sampai paras lutut. Dekat luar klinik air dah paras pinggang. Nasib baik klinik dah ditinggikan lepas banjir besar tahun 2006 dulu, kalau tak konfem teruk. Lepas ubat dah selamat semua baru lah lega sikit.

Dah setel masalah semua dekat pkul 12malam tuh barulah tido. Baru nak terlelap tetiba ada call masuk, boss kitorang mintak tolong tumpangkan seorang JM yang terkandas tak boleh balik buloh kasap. Kesian JM tuh, dah lah hantar kes patient nak bersalin naik lori askar since air dah tinggi sangat hanya lori besar je boleh lalu, pastuh tak bole balik ke rumah semula terpinga-pinga dia sensorang dekat A&E hospital. So kitorang pun pergilah ke hospital misi menyelamat ambil dia dalam hujan yang masih lebat tengah malam hampir pukul 1 pagi. Hishh, sungguh dramatic. Last2 dekat pukul 2 pagi baru dapat tido.


huh, jenuh aku bercerita, okaylah.
sekian kisah hari pertama banjir

No comments: