Hari ni nak cerita pasal KB1M
apa itu KB1M????
siapa tahu sila angkat tangan macam usop wilcha
hahaha
okay...okay, cut the crap hantu Kak Limah balik rumah dan mari balik ke pangkal jalan
actually KB1M sebenarnya stand for 'Klinik Bergerak 1 Malaysia'
dekat semenanjung Malaysia ni baru ada 2 biji, sebiji di Perak dan sebiji lagi di Segamat
ishh...beruntung betul penduduk daerah Segamat ni kan
KB1M ni dirasmikan ahad minggu lepas dan mula beroperasi isnin lepas
kiranya baru 5 hari lah beroperasi sehingga hari Jumaat semalam
lokasi yang bas ini pergi adalah kawasan-kawasan kampung orang asli dan felda-felda
hari pertama sahaja doktor yang follow bas ni dah mabuk naik bas sebab jalan ke kampung ni bukan macam jalan dekat highway tu tapi berlubang sana sini, standard la jalan kampung kan, lagilah masuk kampung orang asli, jalan tanah merah lagi...
last-last doktor surrender dia pergi sendiri drive kereta the next following day tu, hehehe
and since ada MO, ubat farmasi kena jaga & so the first week PF yang perlu follow untuk monitor penggunaan ubat....dan saya dengan gembiranya naik bas selama TIGA hari masuk kampung sana sini
setiap pagi naik bas nak masuk kampung tuh feeling dia macam nak pergi holiday ke langkawi pun ada jugak
*sebenarnya seronok weh tak perlu pergi kerja dekat klinik mengadap patient pelbagai ragam tuh*
kihkihkih
tapi paling seronok sebab orang kampung semua baik hati
mereka preparekan kami sarapan pagi dan makan tengahari
ahhh...i love u makcik pakcik...muah...muah!!
dan Alhamdulillah sambutan dari mereka amat menggalakkan
kaunter farmasi yang comel
drawer ubat
2 biji katil, sebiji lagi di belakang. Total: 3 biji katil
Belakang ada mini bar utk store fridge item, ada troli ubat, ada machine ultrasound, ada mesin penimbang, ada 2 aircond dan1 generator untuk guna bila enjin bas off
kerusi beroda ada 4, imagine macam mana kerusi beroda itu berdegung sana sini berlanggar masa bas bergerak
dan sekarang pula kau cuba teka berapa berat bas ni
dan berapa kelajuan maksimum dia boleh pergi
eh, kalau bijak cuba teka juga berapa harga bas ini termasuk semua equipment semua ni
tapi paling best sebab ada toilet cantikk, tapi belum boleh pakai sebab takde air -_-"
tapi lepas ni PPF pula yang naik bas sebab PF lebih diperlukan diklinik
. ohh sedih.
takpe kalau stress kerja klinik boleh request naik bas sekali-sekala
jadi, makcik pakcik rakyat jelata semua, kerajaan dah susah-susah buat kemudahan ni semua harap dapat dihargai dan bagi kerjasama
dan harap janganlah komplen yang bukan-bukan lagi
Terima-kasih
No comments:
Post a Comment