kenapa ye saya rasa lebih penat dengan hanya duduk diam mendengar sahaja sepanjang hari seperti meeting dan kursus berbanding dengan bekerja sepanjang hari yang memerlukan saya duduk bangun kemudian duduk dan kemudian bangun semula berulang kali untuk filling dan dispens juga bercakap tanpa henti perkara yang sama kepada semua pesakit
kenapa??
mungkin penat sebab meeting semalam jauh ke pontian dan perlu drive sendiri, meeting dari pagi ke petang pula tu
mungkin penat sebab kursus siang tadi memerlukan saya bangun seawal 5.30 pagi dan pukul 6.10 pagi dah keluar rumah lalu fast & furious drive pulang ke chaah dengan matlamat mahu sampai sebelum 7.15pagi...lalu rekod peribadi telah tercipta, pemanduan secara fast & furious membolehkan saya tiba dalam tempoh masa 1 jam 10 minit sahaja. Tapi tak boleh buat selalu sebab bahaya nanti kena saman ekor habis laa.
okay fine, sendiri tanya sendiri jawab
teknik pengolahan cerita alaf baru
-_-"
No comments:
Post a Comment