Thursday, December 15, 2011

Fenin~

topic hangat sepanjang minggu ini goes to SBPA!!!
yeay!!

hangat dibincangkan dari pagi bawa ke malam
dari pejabat sampai ke rumah
sampailah facebook jadi tempat untuk berkongsi pendapat

taklimat pun dah dengar
tapi ada jugak a few things yang masih blurr2 ayam
borang dah ada dalam tangan

tapi saya fenin~
cuma part kenaikan gaji tu je yang clear, the rest tuh masih kalabu asap
kahkahkah....dasar mata duitan

apepun, mari berfikir lagi

Friday, December 9, 2011

Masih Ada Yang Baik Hati

today, i did something foolish because of my carelessness

guess what??

i carelessly drove my car into a very big longkang -_-''
it happened this morning around 8.30am

after done with some business dekat kwsp, i happily walk to my car
start the engine, and was going to take a left turn into the main road from the parking when suddenly i felt weird why my car tak boleh gerak even after i press the minyak
ohh noo...so i turun dari kereta and saw the left back tyre is happily hanging di udara atas longkang but luckily the front is on the ground
boleh imagine tak??

rasa nak nanges dah masa tuh sebab kejadian berlaku di segamat, kalau area jb it would be easier sebab tahu nak cari siapa...but segamat?? nangess -_-"

then suddenly ada seorang brother ni, dia bawak motor and stop tanya 
'adik okay tak ni?? tak boleh tekan minyak lagi ni, nnt rosak kete awak, tunggu kejap, ni kena angkat kete ni'

brother tu pun turun motor, pastu panggil uncle chinese dari temple depan tu datang tolong, then ada lagi 2 brothers maybe tengah nk pergi keje kot pun sama naik motor berhenti nak tolong, sorang lagi brother dari kedai makan depan tuh berlari2 dia datang nak tolong.

lepas tuh mereka berlima sama-sama angkat kereta tuh...naseb baik kereta viva je, takdelah seberat kerete bmw kan...free kan gear, angkat bahagian kereta yang tersangkut tuh lepas tuh tolak ke atas jalan...

fuhh...hebat mereka...kalau diorang tak tolong tak tahu la cemana


lebih kurang macam ni la lakaran tempat kejadian..longkang tuh memang besar, kedalaman lebih kurang ketinggian saya mungkin...bahaya sungguh

sepatutnya kena letak penghadang jalan dekat situ sebab memang tak perasan pun kalau tayar kereta termasuk longkang

kepada yang membantu tadi, terima-kasih sejuta kali!!! sorry kalau abang2 semua lambat sampai tempat kerja sebab bantu saya...:))
masih ada lagi manusia yang baik hati
^_^

so, peringatan untuk diri sendiri, perlu lebih berhati-hati
sebenarnya ini kejadian kedua masuk longkang...huhu
the first one longkang kecik depan rumah, tayar depan left side termasuk longkang sebab terlebih budget masa corner...haru sungguh

be CAREFUL please!!















Thursday, December 1, 2011

December's rambles

Selamat Datang Disember!!!
sekejap je kan...pejam celik pejam celik dah end of year

so, what have u achieved this year???
kalau azam tahun 2011 belum capai lagi, cepat-cepatlah buat, ada lagi sebulan ni before masuk 2012
as for me, azam setiap tahun memang tak pernah berubah since these few years
 pastilah setiap tahun pun berazam nak kurusssss
haishhh, memang susah betul nak capai tu
tapi rasanya this year is a big success, dapat loose weight secara hebat, kalau dapat turun 2 kg pun kira hebat lah kan, kau ingat senang ke??? hahaha
apapun, terima-kasih TPKN kerana hantar saya posting ke segamat, sesungguhnya segamat is my appetite suppressant...kadang2 seminggu tuh tak keluar sesen pun untuk duit makan dekat sini, memang hebat

last year ada berazam utk pindah dari daerah appetite suppressant ini
but hey, i am still here lorr...terpaksa postpone ke next year
a few friends of mine dah dapat pindah balik jb...jeles tau
tapi sebenarnya, deep down dalam hati memang tak ready nak pindah lagi (bahaya sungguh perasaan ini)
because i've started to like & love this place
seriously, saya sangat enjoy kerja di sini and at this point of time, i think i don't mind working another year here
tapi tak tahu lah kalau esok lusa berubah hati, who knows kan

what else ehh...
oohh, disember is going to be another busy month for me
got an audit....again!!
dan saya telah dilantik sebagai auditor, super hebat...today's favorite word is hebat
maka akan bermulalah episod drama audit hebat bulan ini

another thing, can't wait for bonus
gaji yang dapat last week dah habis...hihihi
i went and spend them on shopping about almost half of the gaji
blame it on the words 'SALE' yang gantung everywhere here and there
beli baju je dah dekat 10 helai...cemana gaji tak habis
haisshhh...but the feeling dapat shopping tuh...perghh...terhebattt

i think i should stop my rambling here
saya akhiri teks saya pada hari ini dengan ucapan
''Saya adalah seorang yang hebat because if u don't believe that, who else will"
ermm, that doesn't rhyme well...:))






Wednesday, November 23, 2011

Penat is tired

Alhamdulillah, sudah selamat berpindah ke rumah baru semalam, at least kalau banjir lagi this time insyaAllah takkan kena sebab duduk rumah tingkat 3 atas bukit lagi ni....huhuhu

tapi hamekk kau, seharian sakit kaki tangan pinggang angkara mengangkat barang utk berpindah semalam...penat habis, tangan lenguh sampai rasa macam nak tercabut kott

bulan ini sangat2 busy...boleh dikira dengan jari bilangan hari saya masuk klinik...tskkk...macam mana nak carik patient utk completekan survey seperti yang diarahkan ni??? first week naik bas so memang tak masuk klinik langsung, second week 2 hari je masuk klinik, third week memng masuk tp busy kemas stor yg baru siap renovate & busy buat final order sekali, this week hari ni je masuk klinik, next week pulak 2 hari je, the rest yang tak masuk tuh semua kena balun hantar pergi kursus....kalaulah banyak berkursus tuh sehingga boleh kurus kan bagus...ehh

nak cuti pun tak boleh ni cemana.......arghhh....saya penattt

sekarang saya setiap hari pukul 9 malam sudah pengsan sebab penat terlampau macam kerja buruh kasar...tulaa, siapa suruh locum bila weekend, kan dah takde masa nak berehat...wiken orang cuti bersantai, tapi saya perah keringat....lepas tuh sibuk nak complaint letih...sungguh tak patut

ok lah bye, nak tidurrrr...

-_-''










Wednesday, November 16, 2011

Pepatah melayu

orang melayu pernah cakap 'Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi'

hari ini dalam sejarah, klinik baru banjir...bukan sebab hujan lebat ke hape, klinik yang mereka baru start operasi last week pada tarikh 11.11.11 banjir disebabkan tangki air bocor, mula2 second floor tempat dental banjir, then air dari second floor keluar ikut celah-celah dinding mcm air terjun turun ke first floor kawasan opd, serius macam air terjun tapi ikut celah2 dinding, cuba imagine...

sangat dramatic, dahlah kain mahupun surat khabar takde, makanya chinese paper, bed sheet dan juga langsir digunakan demi mengelakkan air terkena pada soket elektrik pada lantai...naseb baik air tak sampai farmasi, kalau sampai mahu nanges nak alih ubat semua...penat pindah dari klinik lama ke klinik baru pun tak hilang lagi dah kena punggah balik...naseb bukan klinik saya, saya cuma datang relieve staff sahaja..klinik saya masih old school klinik lama lagi....jadi saya hanya lihat mereka kelam-kabut pergi kaup air keluar...

 rumah seorang staff di quaters baru pun banjir, tapi lebih horror sebab dia banjir tahi...ya tahi  atau omputeh panggil stool or feces...blurghhh...saya masih belum pindah ke kuaters baru, maybe next week, tapi esok ingat nk pergi try flush toilet rumah baru tu dulu takut-takut la rumah tu nanti banjir tahi juga...yukss

demikian pepatah melayu "Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi"

jom saman kontraktor!! ahahahaha

Wednesday, November 2, 2011

Lets get moving

pejam celik pejam celik dah masuk november
sekejap je kan???

and so, lets get moving people!!!
bulan ni insyaAllah akan pindah dari rumah sewa sekarang ni ke quaters klinik baru
mungkin lepas raya haji, mungkin lagi lambat sebab air dan api belum masuk lagi
siapa nk tolong aku angkat tv, mini bar, katil, tilam ke rumah baru tingkat 3 tuh
kurus lah aku nanti macam ni
hihi

farmasi pulak tengah renovate skarang
memang haru-biru kelabu cokelat lah klinik sekarang ni
ubat pulak terabur sana-sini, aku nak cari pun tak jumpa mana dah
rimass oooiii, habuk bersepah sebab kontraktor tebuk dinding besarkan stor untuk aku
huahuahua....takpe as long as kau besarkan stor farmasi aku tu
dah siap nanti nk kena basuh klinik pulak, kemas semula farmasi yang dah macam setinggan tu
haishhh





Wednesday, October 26, 2011

Happy Diwali


Happy Deepavali to all Malaysian yang beragama hindu

I'll be working today, weekdays orang kerja saya kerja, weekends orang cuti tapi saya kerja, public holiday  yang orang cuti pun saya tetap pilih untuk pergi kerja...saya tahu saya pekerja yang rajin...sekian
:))





Monday, October 24, 2011

The Beauty of Nature

 The cotton like candy cloud. Location: Malaysia's airways, Spetember 2011

 The stunning sunset. Location: Batu Feringghi, September 2011

The rainbow after rain. Location: Exit after Yongpeng, Oktober 2011

p/s: all pictures taken by my phone.....and the hidden message here is: I wanna go holiday near the beach by the airplane to watch sunset and rainbow. 



Wednesday, October 5, 2011

25 years of life

I am turning 25 today

doesn't 25 sounds like too much of a number???

hehehe

syukur Alhamdullilah for these 25 years of life

semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, sihat dan bahagia di hari-hari mendatang

i did nothing much today on my birthday except being bloated with lots of foods, blame the foods!! 

and thus promise myself to go back on diet the next coming week

fighting!!!


Tuesday, September 20, 2011

Pulut Periuk Kera

alahaiii....kesian blog terabai....maaflah ye....mood untuk blog-memblog sudah lama hilang ke laut

anyway, nk citer sikit satu makanan raya yang pelik
which is Pulut Periuk Kera
makan dekat jamuan raya di klinik Pekan Air Panas, Segamat

fisrt time jumpa macam, eh apa tuh??
boleh makan ke?? tak beracun ke??
periuk kera kot...tak pernah dengar pulak boleh makan
hahaha....pelik tapi benar

untuk siapa yang tak kenal pokok periuk kera

ini rupa pulut periuk kera lepas di masak

gambar di google sahaja, i malu plak nk amek gambar masa jamuan tadi nanti nampak sangat macam jakun
tapi memang jakun pun....haha

memang dah jadi makanan tradisi dekat sini masa raya
periuk kera dibasuh dulu bersih2, lepas tuh letak pulut dan santan kemudian dikukus

biasa kita tengok orang buat pulut dalam daun pisang letak dalam buluh pastuh jadi lemang
takpun pulut dalam daun palas jadi ketupat daun palas
ada yang makan pulut dengan durian atau mangga
tapi kali ni pulut periuk kera
ahahaha

makanan rakyat malaysia memang unik-unik



Tuesday, September 6, 2011

ucap-ucapan

harap tidak terlalu lewat untuk saya ucapkan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"
 dah raya ke-8 baru nak buat ucapan, kata raya sebulan kan....hihihihi

dan juga
"Selamat Hari Merdeka Malaysia!!!! I heart you so muchhh...muahxx"




Wednesday, August 17, 2011

Of 1 year

Hello there & good morning!!

 today 17.8.2011 genap sudah 1 year working di daerah segar-amat ini
and as to celebrate that, i have taken 3 days of leave from work...muahaha
bubye pesakit, i'll be having my pre-raya holiday, cuti rabu khamis jumaat...weehoo
so see u guys next monday
and don't miss me beacuse i definitely won't miss any of u *kejam*

i'm going to help mum bake some biskut raya
then go shopping, mahu beli kasut raya, baju raya, kerongsang raya, handbag raya, tukar duit raya
u name it every errands ending with raya-ing at the back
i'll do that

as regard to 1 year working in segar-amat
i am loving my job here, colleagues are nice, patients are not that aggressive, clinic is peaceful mostly during afternoon and i can take leave as to my liking...ehh...:))
what else to ask right??

but still there are times when thing goes wrong
kalau everything goes smooth pun tak boleh la kan

bila something goes wrong somewhere tu, mulalah nak rebel macam2 kan
tengok muka patient pun rasa mual nk muntah, especially part bila mana ubat tiada stok
pening & stress sampai seminggu...haha
but mana-mana kerja pun masalah tetap ada kan

though i like working here, doesn't mean i'll stay here longer
my routines are still the sama, going back & forth between rumah senai dan rumah segar-amat
honestly, i am tired working up early every monday to drive back to segar-amat
and i often fall asleep during that time while driving... sangat bahaya!!

so, lets pray that my transfer will be approve ASAP
on the happy part, i have lost a lots of weight since i don't eat that much here 
and now, i finally met the number on the weighing scale which i have not seen for such a long time 
i miss u my dear, welcome back!!
stay with me and don't put on more kilos anymore ok
together, lets loose another few more

ok, enough rambling....nanti kang hangus plak kuih raya
:)








Monday, August 15, 2011

update hari ini

hari ini sangat penat

seperti biasa bergerak ke chaah dari rumah senai pagi isnin pukul 6.30am
tapi hari ini nasib kurang baik terpaksa buat 2 pit stop sebab sakit perut di tengah jalan
mungkinkah akibat lontong kering bazar ramadhan semalam?? 
kalau ikutkan mungkin sepatutnya lebih dari 2, tpi sebab dah lambat jadi terpaksa tahan sambil terkulat2 memandu pulang ke segamat
hasilnya, punch kad telah berwarna merah

kemudian serbuan pesakit di pagi hari ini adalah sangat di luar jangkaan
sepertinya kami membuat lelongan potongan harga sehingga 100%
kau pernah jumpa potongan 100%?? tidak pernah kan??
tambahan pula saya adalah berseorangan tanpa ditemani ppf
maka bersilatlah di kaunter farmasi itu laksana hang tuah

petang hari pula dikejutkan dengan short notice untuk ke taklimat pemakanan di sebuah kk lain
baru ingat mengelat nk ponteng, tapi tiba-tiba di sergah sister
makanya, telah diheret oleh sister untuk mendengar taklimat jadah tu

puasa pun sudah 2 minggu *tiba-tiba tukar topic*
tapi mood raya masih belum mari walaupun hari ini kebanyakan radio sudah stat pasang lgu raya
mungkinkah sebab belum pergi shopping raya lagi??
belum buat kuih raya lagi??
lagipun saya bz sampai nak shopping pun tak sempat
sabtu ahad juga sudah fully occupied

hari ini bonus sudah masuk, syukur Alhamdulillah

ok, entry habis secara tiba-tiba






Sunday, July 31, 2011

Happy Ramadhan

To all muslims around the world
"Selamat menyambut bulan Ramadhan"
semoga ramadhan kali ini lebih diberkati, insyaAllah 


Saturday, July 23, 2011

dear blog,

sorry for the lack of updates

my life has been as usual, nothing interesting happened yet nothing bad happened

the same old routines here and there

that's all for now





Saturday, July 9, 2011

Hari mem'BERSIH'

perkataan paling femes untuk hari ini ialah BERSIH
ada yang sibuk pergi perhimpunan BERSIH dan ada pula yang sibuk memBERSIH rumah....
but you better opt for the latter one la 
tak perlu sesak-sesak penat-penat susahkan diri ke perhimpunan bagai
bukankah weekend hari untuk bersantai??
percayalah anda akan lebih bahagia duduk rumah bukak aircond tarik langsir kemudian kuak lentang ke atas katil
kalau tak percaya cuba
saya sudah, anda pula???
:))

i am no one to talk about politics
dan saya juga sebenarnya blurr-blurr ayam pasal isu BERSIH ni
yelah...TV tak tengok, berita tak tonton, suratkhabar pun tak baca
kesian kan saya....hari-hari cuma bergelumang dengan pesakit dan ubat
eh??? hahaha...bergelumang lah sangat kan...apa kau buat dekat segamat ni weh??

yang pasti saya sangat bergelumang dengan FB.....nah,,,,dari situ lah saya update segala isu semasa saya
hahaha...tengok kawan2 semua post mereka stuck in jem lah, mereka benci roadblock lah, nak pergi kerja susahlah all because of those people wearing yellow shirt and those clean things kan

luckily today saya hanya memerap di Segamat
lebih baik bertemu Mat Don dari bersesak-sesak dalam jem kan
at least saya cube memBERSIHkan mereka dari ketagihan dadah bukan??
*bersih is such a nice word, isn't*
dan ahhh....segamat sungguh aman, tiada jem bagai walaupun still ada roadblock...sungguh kampung kan...ehh???
ok, bukan isu kampung yang cuba dibangkitkan di sini...
:))

saya memang tidak ada interest pada isu politics
cuma apa yang saya pasti, saya mahu kita semua hidup aman damai
at the ends nanti, kita juga yang rugi if negara kita kucar-kacir
saya sayang malaysia dan the rest of you should do the same

peace no war
&
spread the love

THE END









Friday, June 24, 2011

HPV vaccine

 i had my first dose of HPV vaccine this morning
and is feeling slightly feverish now
noticed that the skin around site of injection turned red with a little bit of swelling
arm and hand become numbness, raising left arm is causing me a pain 

better get to sleep now
got lots of things to be done this weekend
as usual, i am busy more than a bee
that is because i keep myself busy, believe me
keh..keh..keh

and oohh, as the saying goes 'Prevention is better than cure'
so don't forget to get u'rself immunize with HPV vaccine
but u have to pay since only girls age 13 years old get it for free at school

till then,
Happy Weekend People!!







Wednesday, June 22, 2011

perihal tidur

lately ni saya selalu tidur lambat, which is definitely weird for me

sebab i am the type yang suka tidur cepat regardless of what's going on the next day
example macam kalau esok ada exam pun, aku still nak tidur awal sedangkan rakan2 lain stay up secara berjemaah sampai pukul 2-3pagi...aku pulak for sure pukul 11 pm tu dah panjat katil padahal study tak habis lagi, konfiden je pergi tidur...haha

even if the next day cuti pun mata nih still automatically shut down around 11pm
tapi tu zaman belajar dulu, since start kerja lagi lah hebat sangat
pukul 10pm dah pengsan regardless weekdays or weekends
kadang-kadang seawal pukul 9 malam pun dah pengsan

cuma lately ini sahaja susah nak tidur
kadang-kadang pukul 1pagi pun masih terkebil-kebil
oh NO, insomnia kah aku???

solution????

-entry tiada motif sebab dah pukul 11.40pm tapi masih belum tidur lagi-
haishh


Tuesday, June 21, 2011

hari ini saya stress
semalam pun saya stress

saya stress sebab saya tengah marah
saya marah tapi saya tak tahu macam mana nak tunjuk yang saya ini sedang marah
bila saya tak dapat tunjuk yang saya marah, saya sentap lalu stress
mungkin saya perlu kursus 'How to potray your anger'

dan
saya penat.....sebab saya buat macam-macam benda
penat sangat sampai saya tak boleh tidur malam

penat secara fizikal saya boleh cuba gagahkan diri lagi
tapi penat secara mental....
boleh jadi haywire schizo manic tahu tak??

Full Stop


Thursday, June 16, 2011

Kisah Dongeng

Sebab dah lama tak mem'belog', maka perkara pertama nak cakap ialah
'Eh, dashboard blogspot dah berwajah baru....wahhhh....sungguh aku ketinggalan zaman kah??'

Hah...tu lah....asyik buat-buat busy kan sampai nak log in blog pun harammmm
busy buat hape pun aku tak tahu lah

sebab saja nk kasi update sikit blog yang sepi ni, maka aku nk letak video klip ni
tengah gilerr asyik dok play lagu ni berkali-kali sampai boleh habes dibuatnya bateri telepon tuh




Anyway...kisah dongeng as if fairytales, does it really exist?? wujudkah??


Friday, May 27, 2011

Wedding Galore

giler banyak wedding invitations cuti sekolah kali ini which starts tomorrow onwards
to all pengantin baru...Selamat Pengantin Baru
Semoga bahagia selamanya...insyaAllah


saya tengah rajin lalu print screen bukti ada about 20 wedding invitation which all came from FB
hanya ada 1 kad sahaja yang sampai rumah, why???
thanks to the existence of FB

mungkin tak dapat penuhi semua sebab ada utara selatan timur dan barat punya jemputan dalam masa 1 hari
but my prayer will aways be with both of u pengantin

anyway, i'm on leave today...which explain an entry for today
ye saya tahu, kepoh sungguh kan nak bagitahu satu dunia dia cuti....hahaha
tapi hari ni je dapat berehat2
i'll be busy again tomorrow sabtu & ahad

until next free time for me
bye


Sunday, May 22, 2011

kasihan kamu...
dibiar tidak berupdate wahai blog sayang...
tapi saya super busy
busy tahap sampai tidak ada masa mahu bermesra-mesra dengan dengan alam maya
walaupun hujung minggu sabtu dan ahad
maaf ye
harap kamu faham
sekarang, saya sangat penat, tapi ini apa yang saya telah pilih

semoga kita dapat bermesra-mesra alam di kemudian hari nanti
:)

Tuesday, May 10, 2011

MOTIVATED!!!

wah....
hari itu bercerita pasal mood yang baik, hari ini bercerita pula pasal motivasi
engkau dah kenapa macam bersemangat semacam je ni heh sampai perlu buat tajuk secara CAPS LOCK

mungkin terlebih hormon serotonin barangkali

eh...sebelum merepek lebih jauh......nah, ini adalah sebab untuk saya merasa bermotivasi tinggi



its an electronic weighing scale!!!
hahahaha
lama sudah saya mencari kamu, akhirnya bertemu juga kita pada harga yang agak berpatutan

jadi....saya sangat bermotivasi tinggi untuk kehilangan berat badan
dan saya sangat harap dia boleh hilang sendiri secara magis...eh, macam agak mustahil di situ

nah.... gun-chart sudah ada
jadi kamu, sila jangan hot-hot chicken poo 









Thursday, May 5, 2011

Good Mood

selalunya kalau sesi meluah perasaan di sini pastinya kerana saya sedang merasa stress
jarang sekali meluah perasaan gembira
eh, hidup saya ni stress sentiasa ke? takkan tak pernah gembira...hurmm

tapi hari ini
i am in a very very good mood because i am happy
anyone who ask me to belanja them, i'll definitely say yes straight away...that is how good my mood is today
:)))))

why??
i would just say that it has been a very happy smooth week so far
ahhh...i really love my job

but be prepare for next week
as good thing don't usually last long

eh, did i mention i already bought a new broadband
but to my disappointment, the coverage is poor here at my place in segamat
so i switch with a friend of mine who is using another provider, and now i am a happy net surfer
haha

but i don't really go net surfing nowadays
because i am fully occupied watching korean dramas at night
oppa...saranghe!!!
eh, did i spell that correctly

oh...i should stop here before i go crazy telling unnecessary lies things
bye!





Monday, May 2, 2011

I'm coming home

 i have been working more than buruh bangla or buruh indon
even they have their day off on hari Buruh
i haven't had any breaks for 3 weeks, been working back to back since then
had kursus on weekend, then had to work for methadone another 2 weekend

i am done with methadone, luckily another person is going to work on PH tomorrow
so, i would like to sing a song for u guys!!

I'M COMING HOME, I'M COMING HOME
TELL THE WORLD I'M COMING HOME
LET THE RAIN WASH AWAY, ALL THE PAIN OF YESTERDAY

i am still coming home even if there is only a day left for holiday

Saturday, April 30, 2011

Boring weekend

ahhhhh, i am stuck here in Segamat again....another weekend for methadone....sigh
and seriously.....sangat sangat sangat bosan
rasa sangat STRESS sebab sudah 3 minggu tak keluar dari daerah ini
i need a life!!!

semua orang balik kampung since cuti weekend ni 3 hari
tapi saya....-_-"
when will all these come to an end


Friday, April 22, 2011

Nah update sikit

hari ini sedikit stress & pening kepala sebab kena buat pengurusan asset
ishh...aku dahlah tak faham hape kebenda tuh semua, tiba-tiba jadi pegawai aset
surat beranak asset tuh semua tah ke mana
MA dulu yang incharge memang macam tettt...........
sekarang sape susah???
saya juga
ada stress di situ
-_-"

minggu ini tiadalah dapat pulang ke JB kampung halaman 
semuanya gara-gara kamu, kamu dan kamu Mat Don
tidak mengapa, saya pasrah sahaja

dan saya sangat bersabar menanti hari isnin
saya rindu kamu gaji
dari minggu lepas hanya tinggal ringgit malaysia satu ratus sahaja dalam akaun
oleh itu, sudah satu minggu tak makan nasi
ini semua gara-gara sikap belanja melebihi kemampuan
sebenarnya sudah terlebih shopping di langkawi tempoh hari







Thursday, April 14, 2011

No update

dear blog,
i am sorry for neglecting you
you won't be updated because i still hasn't got my broadband yet
and i'll be busy these few days
but the main reason for not being able to blog is because i am internet-less
which lead me to a very early sleep time every night
i used to update u during working hour/ lunch break or weekend at home
but sigh....i won't be home for 3 consequences weeks
due to kursus and methadone

so,
April is really a busy month

see u later!

Saturday, April 9, 2011

KB1M

Hari ni nak cerita pasal KB1M
apa itu KB1M????
siapa tahu sila angkat tangan macam usop wilcha
hahaha

okay...okay, cut the crap hantu Kak Limah balik rumah dan mari balik ke pangkal jalan
actually KB1M sebenarnya stand for 'Klinik Bergerak 1 Malaysia'
dekat semenanjung Malaysia ni baru ada 2 biji, sebiji di Perak dan sebiji lagi di Segamat
ishh...beruntung betul penduduk daerah Segamat ni kan

KB1M ni dirasmikan ahad minggu lepas dan mula beroperasi isnin lepas
kiranya baru 5 hari lah beroperasi sehingga hari Jumaat semalam



lokasi yang bas ini pergi adalah kawasan-kawasan kampung orang asli dan felda-felda
hari pertama sahaja doktor yang follow bas ni dah mabuk naik bas sebab jalan ke kampung ni bukan macam jalan dekat highway tu tapi berlubang sana sini, standard la jalan kampung kan, lagilah masuk kampung orang asli, jalan tanah merah lagi...
last-last doktor surrender dia pergi sendiri drive kereta the next following day tu, hehehe

and since ada MO, ubat farmasi kena jaga & so the first week PF yang perlu follow untuk monitor penggunaan ubat....dan saya dengan gembiranya naik bas selama TIGA hari masuk kampung sana sini
setiap pagi naik bas nak masuk kampung tuh feeling dia macam nak pergi holiday ke langkawi pun ada jugak
*sebenarnya seronok weh tak perlu pergi kerja dekat klinik mengadap patient pelbagai ragam tuh*
kihkihkih

tapi paling seronok sebab orang kampung semua baik hati
mereka preparekan kami sarapan pagi dan makan tengahari
ahhh...i love u makcik pakcik...muah...muah!!

dan Alhamdulillah sambutan dari mereka amat menggalakkan

 kaunter farmasi yang comel

drawer ubat

 2 biji katil, sebiji lagi di belakang. Total: 3 biji katil
Belakang ada mini bar utk store fridge item, ada troli ubat, ada machine ultrasound, ada mesin penimbang, ada 2 aircond dan1 generator untuk guna bila enjin bas off
kerusi beroda ada 4, imagine macam mana kerusi beroda itu berdegung sana sini berlanggar masa bas bergerak
dan sekarang pula kau cuba teka berapa berat bas ni
dan berapa kelajuan maksimum dia boleh pergi
eh, kalau bijak cuba teka juga berapa harga bas ini termasuk semua equipment semua ni

tapi paling best sebab ada toilet cantikk, tapi belum boleh pakai sebab takde air -_-"

tapi lepas ni PPF pula yang naik bas sebab PF lebih diperlukan diklinik
. ohh sedih.
takpe kalau stress kerja klinik boleh request naik bas sekali-sekala

jadi, makcik pakcik rakyat jelata semua, kerajaan dah susah-susah buat kemudahan ni semua harap dapat dihargai dan bagi kerjasama
dan harap janganlah komplen yang bukan-bukan lagi

Terima-kasih






Tuesday, April 5, 2011

Entry Khas

ini entry khas untuk mummy surya

CONGRATESS!!!!!!
tak sangka weh kau dah jadi emak budak skarang
dulu kita sama-sama ponteng kelas macam budak2, hehe

tapi muka kau serius relax macam tak sakit sangat je beranak mase kat spital hari tuh, terus aku rasa macam nak beranak jugak...hahah

kakak auntie ckin meet b/o surya

nanti lagi 3 bulan kita jumpe ye baby sebab mummy awak nak cuti lama sangat
hehe

Sunday, April 3, 2011

Langkawi pic

Here's a few pictures from langkawi trip
tak banyak pung, sebab sokmo busy shopping je

breakfast dulu deh, they are having laksa perlis, oh mereka adalah staff nurse

 kemudian kita naik bot and it was raining heavily that morning, seram jugak la naik bot masa hujan lebat tengah2 laut

sampai jeti langkawi, hoyehh, itu IK kami @ inspektor kesihatan, cuaca pun agak mendung di langkawi

sakan mereka borong minyak gamat tapi saya tengok je

the next day kami pergi island hoping pula, di hadapan saya itu EO bersama suami dan 5 orang anaknya juga operator telefonis kami dengan anaknya

kami ke tasik dayang bunting, ye saya tahu saya rajin siap buat penjelasan secara bergambar lagi, tempat ini sangat cantik, subhanallah....tapi nescaya sakit kepala lutut kaki semua mendaki tangga bagai batu caves untuk ke tasik dayang bunting itu

kemudian ke tengah laut tempat ternakan ikan dalam sangkar, heh cumel sungguh ikan buntal itu, dan paul si sotong kurita juga ada di sini, ingat nak suruh dia buat prediction, tapi seperti malu-malu sotong duduk di dasar sangkar sahaja

akhir sekali ke pulau beras basah, subhanallah sangat indah

kemudian menangkap hasil-hasil perkakas dapur, maka poket seluar telah terkoyak secara rabak -_-''

hasil tangkapan segar dari langkawi
tiba-tiba bag masing-masing beranak daripada satu menjadi sehingga enam
ye, wanita memang hebat bila bershopping

sekian

Friday, April 1, 2011

Hello April

Hello, hello
sekejap je dah April
sekejap ke??  kadang-kadang macam sekejap, kadang-kadang macam lambat kot

will be kinda busy this april, kursus + methadone
eh, dulu saya pernah berbangga kerana hanya perlu kerja methadone sebanyak 4 kali sahaja tahun ini
anda tahu tak rupa-rupanya langit itu tidak selalunya cerah kan....haha

suddenly orang hospital taknak buat methadone lagi
so, we in kesihatan sahajalah, dulu sebab orang hospital tolong buat sekali so dia punya rotation tu jadi lama 
sekarang dah jadi semakin kerap
but still okay sebab once every 2 months sahaja, still manageable

April ni genap 9 bulan ter'campak' ke segamat ni
surat pertukaran pun dah ada dalam tangan ni
tunggu masa sahaja nak isi
surya, ko tolong save kan tempat dkt JB utk aku k..hehe
take time sikit nk fikir the best reason utk letak dalam surat tu
tapi yang sebenarnya saya segan dengan bos saya
rasa macam too soon utk isi
macam belum banyak memberi khidmat di sini, yet saya tak mahu berlama-lama di sini

fening rasa
ok bye
and happy weekend!!


Wednesday, March 30, 2011

Weekend Escape

Holla!
i just got back yesterday morning from a short rombongan cik kiah ke Langkawi
bertolak dari segamat jumaat malam 9pm, reach kuala perlis around 8am, then reach langkawi around 12noon
heh, keras punggung duduk lelama dalam bas kemudian bot pula

and definitely burnt a big hole in my pocket
because i have became so makcik-makcik membeli periuk belanga bagai
walaupun mula-mula rasa macam tak mahu beli sebab i don't cook that much pun and my mum don't bother having pyrex or vision or corelle or luminarc u name it all, but because u go with makcik-makcik, so u end up being makcik-makcik membeli those things, or is it just a denial state taknak mengaku diri dah layak digelar makcik
 i am getting old these days
-_-''


oh, did i told u it was rombongan organised by my pkd
dan saya dan bintul adalah staff termuda yang follow
the rest semua adalah, ermm, quite older than us, maksudnya semua range 30-50 of age, and some of them even thought that i am the daughter of one of the older staff
sebab most of them adalah orang ofis dan mereka tak kenal saya since i did not go to ofis that much sebab jauh kot 50km

overall, we had fun 
went for island hoping, cable car, beras terbakar, makan mahsuri dan sempat singgah di padang besar Perlis

will upoad pictures later
saya masih tiada broadband sekarang, update semua ini pun dekat klinik
tapi waktu rehat okay, waktu kerja kita kerja
hehehe, boleh percaya tak statement saya tuh

ok bye





Sunday, March 27, 2011

It is not Fine

Its a FINE country


Location: Tampenis Avenue, Singapore

even parking at u'r own flat area require a parking coupon or else u get FINE 

who does that anyway
no wonder they're a pretty rich country

i know our county won't do that, but i do hope that at least we can apply charges on medicine as it should be
because the way right now, it is not fine
:))

Friday, March 25, 2011

conversation 1

Staff: Makcik ni makan macam biasa eh, blaa...bla...blaa (seramah kami sedia membantu)
Pesakit: ok, plastik ade? (acuh tak acuh mendengar)
Staff: Tiada (sambil tersenyum ramah)
Pesakit: Apesal la miskin sangat kerajaan ni (sambil berlalu pergi without even a thanks)
Staff: -_-"

that is one super annoying patient


Wednesday, March 23, 2011

kswp vs pencen

help me!!! tah tahu mahu pilih between kwsp and pencen
arghhh
*nyanyi* tak tahu antara dua...lallalala

ye, saya tahu orang ramai cakap ambillah pencen, sebab duit tu masuk macam gaji setiap bulan tapi separuh je la masa kita dah bersara nanti, more secure i guess
sebab kwsp tu macam simpanan je, lepas pencen segebuk dapat ribu-riban
tapi bukit tu kalau ditarah jadi lah landai, lepas tu jadi sungai, kalau nanti lemas susah kot, eh yeke?
paham tak peribahasa yang saya cuba gunakan ni?
kalau pencen dia takkan habes, sebab dia bayar macam gaji bulan2
at the same time kalau op for pencen pun still bole menyimpan sendiri kan, kekonon mcm simpan dalam kswp jugaklah

tapi...tapi...what if i quit from gomen?
what if lah kann, we don't know what the future behold for us kan
sebab sometimes tu i really feels like quitting, penatnya kena kerja
or i quit from gomen, then pergi retail or industry or jadi lecturer tp tu kena further study dulu la
or
what if malaysia got dispensing rite
of cos lah saya dah jadi mata duitan nak pergi buka farmasi sendiri sebelah klinik Dr. Raju, tak pun klinik Dr Tan tak pun klinik Dr. Ali ke
eh saya ada sepupu doktor, sekejap kira ada 1, 2, 3...haa, ada 3 orang
kalau mereka bukak klinik kot2 masa tuh dah ada dispensing rite, bolehlah kita join venture saya supply ubat ye, hihihi
tapi...tapi...mungkinkah kita akan dapat dispensing rite?
kamon lah, indonesia pun dispensing rite tau
or
takpun, kot-kot saya kawin orang kaya ke lepas tuh terus jadi stay-at-home-mum
ohh, mesti bahagia kan masa tuh, duduk relax je dekat rumah, house chores sume maid buat, kata kawin orang kaya, haruslah hire banyak maid kan...haha, lepas tuh bila bosan je keluar shopping atau pergi melancong 

oh well, fikir....fikir....fikir
but i think the last option is the most best-est 
:)



Monday, March 21, 2011

Garden Theme Wedding

nah gambar2 sekitar majlis kahwin berkonsep wedding dalam taman
ahhh, cantik...rasa macam nk kahwin STAT

The beautiful wishes card hanging on a the small ranting2 pokok

The meja makan beradab and meja tetamu pihak lelaki

The simple yet beautiful pelamin

The usage of lotss and lotss of fresh flower...love them

The khemah and a few small hut around it for guest to hang around while waiting for pengantin to arrive, its a good idea sebab kalau tak we'll usually stay at meja makan until pengantin arrive, and then kesian dekat guest yg baru smpai sebab meja semua penuh, at the end u kena halau ask to bangun from meja so that other pople can eat too...i used to experienced that a lot in many wedding i attended...do u??

and also a gazebo for them to hang around

okay kalau huts and gazebo pun penuh, u'll just hang around camwhoring with the tasik sebagai background, at that point of time i really wish i have a DSLR camera when all these pictures were taken by my phone only

finally, pengantin pun sampai

Selamat Pengantin Baru!!!
may u guys live happily ever after
and oohh, good luck untuk forensic exam next week, or is it this week eh??

eh, one more thing that i love about this wedding is that family pihak pengantin perempuan punya dress is super gorgeous, don't have any picture of them...they are wearing cream dress, nampak macam angelic gitu

sekarang siapa rasa macam nak kahwin stat
tapi nk kena pakai banyak duit kalau mahu cantik begitu kan

last but not least
while waiting for pengantin to arrive

Lokasi: Taman Botani, Putrajaya
dah cakap dah tempat ni cantik sbb tu perlu kamera canggih
-_-''


Saturday, March 19, 2011

cuti sekolah & kahwin

Cuti sekolah sinonim dengan musim kahwin
and so, i would like to wish
Congrates & Selamat Pengantin Baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan mereka pada musim cuti ini

and i managed to attend one beautiful garden wedding last week in Taman Botani, Putrajaya
semoga berkekalan ke akhir hayat kepada Asyraf & pasangannya Dr. Alya


seriously sangat suka the garden theme wedding, sangat cantik & so sweet
will share more photos taken duriang the wedding & around the taman later on

toddles
happy weekend people!!