Mari belajar sejarah dan fakta mengenai daerah Segamat
Segamat terletak di utara negeri Johor dan merupakan sempadan negeri Johor dengan Pahang, Neg. Sembilan dan Melaka. Jadi masa musim cuti sekolah jalan agak sibuk sebab ramai yang lalu segamat untuk ke Pahang, kemudian terus ke Terngganu dan Kelantan. Populasi penduduk tak berapa pasti tapi kalau ikut statistik 2006 adalah sebanyak 25 ribu, mungkin sekarang sudah mencecah 30 ribu hingga ke 35 ribu
Saya difahamkan nama Segamat ni berasal daripada perkataan 'segar amat' atau 'segera amat'. Nama ni dapat dari Bendahara Tepok semasa pelariannya ke hulu Sg Muar setelah Melaka dijajah Portugis. Bendahara tu cakap 'Segera amat sampainya kita ke sini'. Kemudian bendahara mandi di sungai di situ dan setelah itu berkata 'Segar amat rasa badan ini'. Nah, lalu dari situ la nama Segamat ini muncul.
Segamat ini memang terkenal dengan banjir. Mungkin kerana terdapat beberapa laluan sungai utama yang agak banyak di sini. Sebab itu lah daerah ni kurang maju kalau nak banding dengan tempat lain, ye la, baru nak berniaga setahun dua tahun dah dilanda banjir. Sini mana ada cinema waima shopping mall sekalipun. Mungkin mereka takut kerugian kalau banjir teruk nanti.
Kalau orang luar yang tak pernah datang sini bila dengar je nama segamat macam takut nak datang. Sebab mereka tak tahu dekat mana segamat tu dan satu lagi mungkin sebab jauh. Samalah macam orang rasa Mersing tu jauh sebab ya mersing memang jauh ditambah lagi dengan jalan bengkang-bengkoknya itu. Saya termasuklah dalam senarai tersebut. Memang saya tak pernah datang segamat sebelum dihantar dicampak ke sini. Memang takut pada mulanya.
Masih segar dalam ingatan peristiwa ketika posting dengan Mr Ragu dulu.
'You both have to draw lot since neither u (me) nor u (ajeed) volunteer to go to segamat or mersing'
Yeah, last choice people.
Tempat tarikan?? hurm, mungkin tak banyak.
Kita ada air terjun Bekok. Tak pernah sampai lagi ke situ sepanjang duduk sini, tapi mungkin airnye segar amat kot. Then ada kolam air panas, pun tak pernah sampai juga. Yang ini pasti airnya panas amat sebab tuh nama kawasan tu Pekan Air Panas. Itu sahaja. Mereka kata segamat juga terkenal dengan duriannya. Ada satu replika durian yang besar di Labis, betul-betul depan klinik baru yang akan dibuka nanti. Tapi saya belum dapat rasa lagi, belum nak musim. Kita tunggu musim nanti saya lantak sepuas-puasnya.
Itu sahaja kot.
Mungkin ada fakta kurang betul, boleh google sendiri. Ini cuma menulis berdasarkan pengetahun yang ada.
Sekian untuk dikongsi
No comments:
Post a Comment