Sunday, January 30, 2011

Banjir

saya mahu cerita lebih lanjut pasal banjir
tapi kemudian nanti baru cerita bila keadaan kembali tenang

sekarang mahu cerita mengenai perasaan saya
tengah berada dalam keadaan perasaan risau yang amat sangat kerana 

SATU: sekarang adalah sedang terkandas di bandar segamat kerana jalan pulang ke labis sudah terputus disebabkan banjir, menumpang di rumah bintul, dan masih perlu bekerja esok kecuali jika anda terperangkap dalam rumah tidak boleh keluar rumah langsung, perlu melapor diri ke mana2 fasiliti kesihatan berdekatan jika tidak boleh pergi bekerja di tempat sendiri, oleh itu saya akan melapor diri utk bekerja di klinik berdekatan iaitu kk bandar putra, cuma bermasalah tidak mempunyai baju yang formal utk kerja esok 
-_-"

DUA: risau memikirkan keadaan klinik sendiri, kerana baru mendapat khabar air telah mulai naik ke klinik, dan sekarang hanya meletakkan harapan kepada ppf sendiri untuk pergi selamatkan ubat, tetapi telah dikhabarkan juga bahawa kereta beliau tidak dapat melepasi jalan ke klinik kerana jalan sudah dinaiki air. risau sangat
-_-"

TIGA: bertambah risau bile memikirkn keadaan rumah sewa di Labis, mungkinkah dinaiki air atau mungkinkah tidak..kalau tengok berita dekat tv tadi seluruh bandar labis dah banjir, so most probably rumah saya juga banjir. Kalau banjir habeslah semua barang baju tv peti ais tak dapat diselamatkan sebab saya sendiri terkandas di sini tak dapat balik ke sana.
sangat risau
-_-"

hujan masih lagi berterusan di luar
risau
-_-"

No comments: