Saturday, January 15, 2011

kerana ubat

dulu masa belajar perkara pertama pikir bila masuk sem baru ialah
 'Bila duit JPA nak masuk ni, wa nak shopping der'
eh, eh, silap tuh....kami nak beli buku laa 
^_^

tapi sekarang bila dah kerja
'Bila duit nak masuk ni, wa nak beli ubat der'

Motif di sini ialah: 
keadaan saya tengah kronik dan kritikal
saya perlu beli ubat...BANYAK ubat
kalau tiada ubat, hari-hari yang saya lalui sangat hampa tanpa semangat
 lemah lesu longlai lembik lembab

heh senang cakap malas nak pergi kerja der
kalau asik-asik nak menjawab ubat takde
hah, cemana tak lemah semangat begitu

tengok kawan-kawan dekat tempat lain pun sama
shortage of supply juga
-_-''

dan sangat bersetuju dengan kata-kata seorang rakan rx di FB
kenapa nak dimanjakan sangat pesakit methadone sedangkan pesakit lain yang kronik pula kekurangan ubat, tapi pesakit methadone ubat konfem cukup, tak payah risau

dan kenapa perlu klinik 1 malaysia dibuka pula sedangkan yang sedia ada pun kekurangan bekalan ubat, yang jadi mangsa nanti pesakit juga. Ditendang ke sana ke mari seperti main tarik tali

Memang berlaku adegan tendang menendang ni, tapi tak juga masuk goal kan. hospital tiada ubat lalu SPUB ke klinik kecil. kami pula lagi lah tiada ubat lalu disuruh ke hospital semula. Heh, sakit yang simple pun boleh jadi kronik kalau begitu

Pernah terbaca juga artikel di internet pasal klinik 1 Malaysia
ada yang tidak setuju
memang kita nak tingkatkan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit sebab tuh mereka buka klinik 1 malaysia
tapi saya rasa banyak sahaja tidak cukup, tak guna banyak kalau bekalan ubat pun tak cukup, itu tak ada, ini tak ada, kalau tujuan klinik itu untuk setakat check darah dan BP tanpa perlu bagi ubat saya setujulah sesangat nye

apa yang penting?
Kerjasama!!
heh, bukan tu lar tapi
kualiti lebih penting daripada kuantiti
maksudnye biarlah sedikit tetapi kualiti dijamin yang terbaik

sekian
terbebelpanjangpulapasalketidakpuashatian

No comments: